Eceh siapa berani untuk gagal? Siapa je nak gagal?tak de sape pon nak gagal kan. Tapi adat la bila manusia tu menemui kegagalan, akan berasa sedih, kecewa, marah, geram, putus asa, tak de semangat hidup. Tapi kegagalan its not the end of the world. Tapi ia adalah permulaan untuk kejayaan (quotes by pamiesz)
Gagal..tak semestinya dalam pelajaran..gagal dalam bercinta, gagal dalam perlumbaan, gagal dalam makan..eh ada ke gagal untuk makan..ada la wei..ada orang gagal untuk makan nasi..bila makan nasi je dia muntah, tu gagal juga namanya hehe
Tapi siapa yang tak pernah gagal? Kalau ada siapa2 yang tak pernah gagal, memang tak lengkap hidup dia. Sebab hidup ni kan macam roda, kejap kita di atas, kejap kita di bawah. Kadang-kadang bila kita di atas, kita terlalu asyik sampai terlupa yang kita bukan sentiasa di atas. Jadi Allah akan memberi kita ujian untuk kita berfikir dan menilai kesalahan kita yang lalu. Itu juga tanda kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Kita jatuh sebab Allah nak kita lagi berusaha , kalau tak kita tak akan sedar dan bersyukur dengan apa yg kita ada di sekeliling kita (quotes by angah)
Siri-siri kegagalan aku : masa sekolah dulu, aku boleh dikatakan antara pelajar yang bijak. Semua orang pun anggap aku bijak. Dari tadika, mesti dapat nombor satu, masuk sekolah rendah pun, aku akan dapat nombor satu hingga tiga, kira tiap-tiap tahun mesti naik pentas amik hadiah. Sekolah menengah pula, dah tak dapat nombor satu hingga tiga tapi still top 10 dalam kelas. Dan part yang paling best, tak pernah gagal subjek add math, fizik, kimia, biologi yang orang lain kebanyakannya gagal huhu Walaupun tak gagal, tapi tak de la power pun markahnya, atas pagar je.
Jadi pendek kata masa sekolah dulu, aku jarang menemui kegagalan. Gagal bercinta pun tak pernah sebab reject orang aku pernah la :p
Tapi lepas tamat je sekolah, habis je SPM , satu persatu kegagalan menemui aku. Dia kata “ hye, nama saya gagal, kita tak pernah jumpa kan? Saya nak berkenalan dengan awak boleh?”
Kegagalan pertama aku, ujian memandu, orang lain kalau gagal ujian memandu, gagal ujian jalan raya, tapi aku gagal ujian bukit. Frust betul sebab kawan aku dah lulus so kena amik ujian sekali. Sebab da gagal ujian bukit, bapa ku pun training aku drive kat bukit bukau dekat rumah aku dan selepas itu alhamdulillah berjaya dapat lesen kereta
Lepas tu sekali lagi diduga tak dapat melanjutkan pelajaran di matrikulasi, permohonan aku tak Berjaya. Sedih gila frust menonggeng betul sebab result aku ok la sangat dan patutnya memang layak masuk matrik tapi tak Berjaya. Sebab kawan2 aku yang resultnya lagi rendah dari aku pun dapat masuk matrik. Buat rayuan pun tak dapat wuwu GAGAL melanjutkan pelajaran di matrikulasi
Last2 aku masuk form 6 sebab aku tolak diploma sains di UiTM kota kinabalu. Masuk form 6 je, semangat belajar aku makin menurun. Kalau kat kelas tidur je. Result pun apa lagi..tidur juga la.
Bila STPM, result aku boleh tahan la tapi matematik aku gagal separuh hoho gagal jugak tu
Bajet dengan result tak seberapa tu, isi pulak kemasukan ke university yang terkenal macam UM, UKM, UiTM. U mana je nak terima result gitu. Tapi UDM, U yang aku tak pernah tahu pun kewujudannya sudi menerima aku belajar di sini walaupun dengan kos aku tak minta. Sekali lagi aku GAGAL mendapat kos pilihan tapi redha je sebab tak tahu pun nak belajar apa
Setelah 5 semester belajar di UDM ni pula, aku GAGAL satu subjek, design engineering and software testing. Memang sedih sangat apabila kawan2 lain lulus tapi kita gagal pula. Tapi aku bukan gagal sorang2 la. Gagal berjemaah huu tapi takut kena extend
Dalam percintaan pula..haa yang ni aku taw mesti korang bersemangat sikit nak dengar kan..bercinta? sekali kot pernah bercinta secara rasmi.yang lain..secara tak rasmi banyak la dan secara yang tak rasmi tu la yang selalunya gagal. So tutup kisah cinta di sini
So gagal itu adalah asam garam dalam kehidupan. Memang takut nak gagal lagi tapi itu la yang mengajar kita dan menguatkan kita. Dan yang paling penting kita akan terjaga dari tidur yang nyenyak lagi indah. Dan akan lebih berusaha dengan kuat dan tak main2 lagi
Segala yang berlaku ada hikmahnya dan setiap kegagalan aku tu memang aku terjumpa dengan hikmahnya walaupun aku tak de kawan bernana ‘Hikmah’.
Jadi masuk tahun baru ni, memang dengan semangat berkobar2 nak belajar bersunguh2 dan kuat. Harap2 istiqamah sampai habis belajar.