Wednesday, April 28, 2010

Jejak kasihan

Kau tahu kan , di mana ada haziqah pasti di situ ada botol air. Botol air bagaikan nyawa kedua dalam hidup dia. Dia boleh mati tipu2 jika tak ada botol air di sisi dia sebab dia akan kehausan dan kemudian akan rasa nak pengsan dan sakit kepala yang amat sangat. Sebab tu la dia amat memerlukan botol air yang ada air masak di sampingnya

Dan kalau kau nak tahu juga, dah berapa kali da botol air dia bertukar ganti macam tukar pakwe. Eh dia tak de pakwe, jangan tertipu. Botol air dia bertukar ganti sebab…jeng jeng jeng..sebab asyik tertinggal di merata-rata tempat. Antara tempat2nya adalah seprti dalam bas transnasional, bus skybus, air bus air asia dan sewaktu dengannya. Sadis bukan? siapa suruh cuai

Kali terakhir dia tertinggal botol air adalah di café baru UDM. Hanya selepas 3 jam dia hendak ambil botol air yang tertinggal itu, botol air nya hilang..WTHeaven. makcik cleaner amik botol air aku ke..waaaa…makcik gi la beli kat mydin kalau nak botol air pink saya..uwaaaa..betapa sangat sedih sebab botol air tu baru pakai tak sampai sebulan sebab sebelumnya botol air tertinggal di salam bus skybus wuwu

Akhirnya saya telah membeli botol air baru yang sejibik dengan botol air lama. Saje malas mahu bertukar selera


Tapi setelah sepurnama bulan, tiba-tiba sangat jejak kasihan..kerana telah bertemu semula dengan botol air lama..waaahh apa cer ni? Terjumpa dekat sink basuh tangan dan macam tersorok sikit. Padahal sebelum ni tak nampak pun dia tersorok sikit

Apa2 pun saya sudah ada 2 botol air kaler sama..satu da buruk satu masih cantik lagi..tapi sayang both..oh yang hijau pon saya sayang juga kehkeh


Thursday, April 22, 2010

UDM photography Competition : 1 UDM




saya model , saya jurugambar..macam mana tu?

Bila saya jadi jurugambar, saya ambil gambar orang

Bila saya jadi model, orang ambil gambar saya HAHA bukan syok sendiri ok

Ini gambar2 yang menang masa UDM photography Competition dengan tema : 1 UDM anjuran FRIT UDM, akan jadi acara tahunan. Jadi tahun depan jemput2 la masuk ye





Gambar saya jadi model dapat nombor 2 dan 7 :D

Gambar saya jadi jurugambar? Tidak menang apa2..tapi yang pasti gambar saya merata2 da kat UDM haha bajet popular ..wekkk



:


Gambar oleh : syazwina ; model : haziqah, ejah n ong


Thursday, April 15, 2010

port lepak baru Riyaz..orang kaya kah?

Semakin lama, entri-entri saya semakin pendek-pendek belaka penulisannya. Apakah sebab musababnya. Boleh je kalau hendak menulis panjang2 dan merepek tidak tentu hala tapi lebih baik merepek di dalam peperiksaan sebab tulis blog tidak dapat markah atau menjamin masa depan T___T


Saya suka makan dan saya sangat menghargai makanan-makanan yang sedap apatah lagi tidak akan berkira untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk makan makanan sedap. Selain itu, makanan sedap juga sangat membantu saya mengatasi tekanan dan mengurangkan kesedihan dalam hati. Sangat sadis di sini

Oleh kerana itu, setelah evilolyta sering makan sedap2 dan lepak di Riyaz Heritage , saya pun turut terpengaruh dengan beliau untuk lepak di sini. Bila melihat laman sesawang Riyaz Heritage yang terletak di Pulau Duyung Kuala Terengganu, ada offer untuk makan petang atau bahasa orang putihnya hi tea buffet, saya amat la teruja untuk mencuba makan di situ


Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Itu lah peribahasa yang amat sesuai apabila saya diajak makan hi tea buffet di Riyaz dengan percuma! Terima kasih banyak2 kepada syuzana dan dot dot dot kerana memberi saya makan dengan bahagia di sini. Semoga dimurahkan rezeki dan berlimpah-limpah amin….^^,

Kami makan dengan gembira sekali dan teruja melihat pelbagai makanan yang disediakan. Semua makanan hendak dicuba dan dimakan. Apa yang ada ? satay, kebab, mee kari, mee goreng yang panas2, soto, sushi, buah-buahan segar yang boleh dimakan secara rojak atau disaluti coklat, nasi goreng bunga kantan , sosej , ayam masak tak ingat, cucur udang, keropok lekor, murtabak,desert yang terdiri dari kek-kek yang manis lagi menjilat jari seperti kek black forest dan pemanis mulut melayu seperti sagu gula melaka.


Sangat lah berpuas hati ok! Semua makanan2 itu anda boleh makan tanpa had sampai la habis pun tak pe sebab tiada siapa akan memarahi anda, Cuma kena sediakan perut yang besar untuk makanan2 sedap dapat mendiami di dalamnya. Semua makanan enak2 tu harga berapa? RM 25++ !! tidakkah sangat berbaloi??


by nik wafdi

Selepas makan sebelum kenyang ( ye ke?) , kami menikmati pemandangan di hadapan Riyaz yang sangat mendamaikan dengan rumput karpet yang menghijau. Pemandangan cantik begini seharusnya tidak patut melepaskan peluang bergambar atau berfotogedik. Ketika tengah bergedik-gedik bergmabar, dengan tidak semena-mena , ada jurugambar yang menggunakan kamera DSLR mengrequest untuk mengambil gambar kami berlima.

Rezeki bergambar dengan kamera canggih pula di hari jumaat yang mulia ini. Tiba-tiba juga ada orang korea dan jepun juga mahu bergambar dengan kami. Rezeki apakah ini :p


Esoknya pergi lagi ke Riyaz selepas membeli belah di PC Fair @ TTC. Eh orang kaya ke apa ni? Perasan kaya je T____T malam syahdu ini pula melayan live band dari abang-abang yang kacak sambil makan pizza. Sangat sedap berbanding pizza hut dan sangat tidak muak.


Selepas ini,Verandah Café, Riyaz Heritage akan menjadi port lepak baru. Siapa mahu join? Bukan orang kaya saje boleh lepas sini, orang biasa2 pun bisa dong..jangan kata saya orang kaya, sebab bapa saya yang kaya sebab dia bekerja, saya tidak bekerja jadi tidak boleh kata saya orang kaya, hanya orang yang berkemampuan =)


Thursday, April 08, 2010

Project Presentation vs Documentation week

Project Presentation week
Selasa : Compiler RE > NFA > DFA
Rabu : Cluster Computing
Khamis : Bengkel = E-exam
2 malam tidur yang tidak cukup, menjelang subuh baru tidur kejap. Kerja last minute begini la huahua

Minggu depan – Documentation Week
Hantar report > Cluster, Bengkel, Method,Software Testing

Current Mode: searching and thinking for final project. Any ideas??


Gambar curi2 atau kandid untuk pertandingan fotografi UDM. Tak menang kot T_T Tapi tak pe, gambar saya jadi model menang kot :D


Tuesday, April 06, 2010

sedang jatuh cinta - angau




Dalam usia ini ( oh baru 23 tahun kot)
Sudah tidak kuasa lagi mencari cinta manusia
Cinta yang palsu, cinta skandal, cinta simpanan
Cinta mak bapak n adik2 saya lagi bagus
Paling bagus cinta pada Allah yang Esa
Tapi sekarang sedang jatuh cinta dengan benda ini boleh tak?

Benci la apsal kau sudah meragut hatiku
Apsal kau dah mencuri hati ku?
Sila pulang balik jika kau tak bagi aku memilikimu
Padahal aku yang tak mampu lalalalala~



sumber gambar : Apple iPhone



Saturday, April 03, 2010

Karnival sukan FITS

Selama setahun daku bersara kejap dari dunia sukan sebab malas nak gelapkan muka lagi dan konon2 mahu concentrate study pula, tapi semester ini sekali lagi BCS semester 6 telah turun padang so BEWARE haha macam bagus :P

Semester lepas macam malas nak masuk apa2 acara disebabkan aku antara penganjurnya, jadi macam malas menyerabutkan kepala otak dan badan. Dan kali ini turun dengan azam berkobar-kobar untuk merebut semua pingat emas yang ditawarkan


Memang aku dah target emas untuk setiap acara walaupun aku tak masuk, tapi budak kelas aku yang masuk terutamanya yang perempuan mesti kena dapat emas. Sukan2 yang dipertandingkan adalah basketball, memanah, bola baling, futsal dan sukaneka dan tambahan untuk lelaki adalah street soccer sebab dorang tak main basketball. Cuma budak2 kelas aku sedikit kecewa sebab tak de acara bola jaring disebabkan ada acara sukan staf yang guna court bola jaring


Aku masuk basketball dan futsal tapi futsal hanya main luar padang, boleh tak? Haha orang lain lari2 kejar bola dalam court, aku pun lari2 bagi sokongan macam kejar bola luar court. Best gila main basketball , siap buat skill macam bagus haha. Thanks to aizat arif,coach kami sebab mengajar kami main basketball dengan cemerlang dan sokongan dari Mr Manager, Najmi dan sokongan kuat Bedi dan Shah :D saya sayang team basketball saya sebab bermain dengan cemerlang .kak dayah n kak jima memang terbaik!!


Alhamdulillah, kelasku menang acara
basketball-emas
memanah – emas dan gangsa
bola baling- gangsa
futsal- emas
weee..mencapai target.
Budak lelaki pula menang street soccer- perak, bola baling-emas, futsal-perak :D


Tapi acara sukaneka yang ada galah panjang dan tarik tali je kami tak masuk sebab bagi chance kat orang lain untuk menang wawawa..padahal tak cukup kuat nak tarik tali pon T_T

Sangat berpuas hati dengan kemenangan kami , kepuasan yang tidak tahu bagaimana nak digambarkan, eceh perasaannnnnn…


tahniah kepada pemenang yang lain dan terima kasih banyak2 sangat2 to my classmate yang menjayakan aktiviti ini - kak dayah, kak jimah, kak ana, majdah, ejah, izzah, alang, syuzana, kak huda, kak naim, bedi, najmi , aizat, ajib dan team bola cinta ! :D

tahniah juga kepada penganjur sebab telah mengadakan acara sukan yang terbaik dan sangat meriah ..jumpa lagi nanti !


Google