Thursday, April 15, 2010

port lepak baru Riyaz..orang kaya kah?

Semakin lama, entri-entri saya semakin pendek-pendek belaka penulisannya. Apakah sebab musababnya. Boleh je kalau hendak menulis panjang2 dan merepek tidak tentu hala tapi lebih baik merepek di dalam peperiksaan sebab tulis blog tidak dapat markah atau menjamin masa depan T___T


Saya suka makan dan saya sangat menghargai makanan-makanan yang sedap apatah lagi tidak akan berkira untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk makan makanan sedap. Selain itu, makanan sedap juga sangat membantu saya mengatasi tekanan dan mengurangkan kesedihan dalam hati. Sangat sadis di sini

Oleh kerana itu, setelah evilolyta sering makan sedap2 dan lepak di Riyaz Heritage , saya pun turut terpengaruh dengan beliau untuk lepak di sini. Bila melihat laman sesawang Riyaz Heritage yang terletak di Pulau Duyung Kuala Terengganu, ada offer untuk makan petang atau bahasa orang putihnya hi tea buffet, saya amat la teruja untuk mencuba makan di situ


Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Itu lah peribahasa yang amat sesuai apabila saya diajak makan hi tea buffet di Riyaz dengan percuma! Terima kasih banyak2 kepada syuzana dan dot dot dot kerana memberi saya makan dengan bahagia di sini. Semoga dimurahkan rezeki dan berlimpah-limpah amin….^^,

Kami makan dengan gembira sekali dan teruja melihat pelbagai makanan yang disediakan. Semua makanan hendak dicuba dan dimakan. Apa yang ada ? satay, kebab, mee kari, mee goreng yang panas2, soto, sushi, buah-buahan segar yang boleh dimakan secara rojak atau disaluti coklat, nasi goreng bunga kantan , sosej , ayam masak tak ingat, cucur udang, keropok lekor, murtabak,desert yang terdiri dari kek-kek yang manis lagi menjilat jari seperti kek black forest dan pemanis mulut melayu seperti sagu gula melaka.


Sangat lah berpuas hati ok! Semua makanan2 itu anda boleh makan tanpa had sampai la habis pun tak pe sebab tiada siapa akan memarahi anda, Cuma kena sediakan perut yang besar untuk makanan2 sedap dapat mendiami di dalamnya. Semua makanan enak2 tu harga berapa? RM 25++ !! tidakkah sangat berbaloi??


by nik wafdi

Selepas makan sebelum kenyang ( ye ke?) , kami menikmati pemandangan di hadapan Riyaz yang sangat mendamaikan dengan rumput karpet yang menghijau. Pemandangan cantik begini seharusnya tidak patut melepaskan peluang bergambar atau berfotogedik. Ketika tengah bergedik-gedik bergmabar, dengan tidak semena-mena , ada jurugambar yang menggunakan kamera DSLR mengrequest untuk mengambil gambar kami berlima.

Rezeki bergambar dengan kamera canggih pula di hari jumaat yang mulia ini. Tiba-tiba juga ada orang korea dan jepun juga mahu bergambar dengan kami. Rezeki apakah ini :p


Esoknya pergi lagi ke Riyaz selepas membeli belah di PC Fair @ TTC. Eh orang kaya ke apa ni? Perasan kaya je T____T malam syahdu ini pula melayan live band dari abang-abang yang kacak sambil makan pizza. Sangat sedap berbanding pizza hut dan sangat tidak muak.


Selepas ini,Verandah Café, Riyaz Heritage akan menjadi port lepak baru. Siapa mahu join? Bukan orang kaya saje boleh lepas sini, orang biasa2 pun bisa dong..jangan kata saya orang kaya, sebab bapa saya yang kaya sebab dia bekerja, saya tidak bekerja jadi tidak boleh kata saya orang kaya, hanya orang yang berkemampuan =)


5 comments:

Evi LoLyta said...

sy evilolyta aka ratusyahadah. sy ler yg ajor die lepak ri-yaz. haha.
gle best pegi ri-yaz~~~ :P nyummy. 1st class place, 1st class foods, 1st class live band owh k~ :P

_anees^ said...

yay!~
saya jugak pencinta makanan sedap!

raffly said...

tak semestinya nak makan kat tempat camtu kena kaya kan ? betol tak ? semua orang boleh makan kat situ. :)

ﮐذﻣﯥﺮﺍﭬﮐﺎﺮ said...

hye, salam perkenalan...
saya mra, dari terengganu..

wahhhhhh, makan kat RIYAZ, mahal tu.. apa perasaan makan di tempt xklusif??hehehhe

haziQah said...

evi : hoyeh..saya suka tmpat cmtu..da fall in luv weeee

anees : mknan sdap sgt bgs kn hihi

raffly : yeh btul2..dtg je..xde sape akan halau..asalkan ada duit la huhu

mra : prasaan? bse2 je hehe..best2..rsa tng n rlex je :)

Google