Thursday, August 14, 2014

Persiapan Barang Baby

Persiapan Barang Baby

Bila tahu saya mengandung, seawal kandungan seusia 2 bulan dah pergi survey barang baby di expo dan karnival baby. Masa awal2 tu saje jalan2 nak tengok apa yang selalunya orang jual di karnival dan expo baby. First baby expo yang kami pergi adalah di SACC Shah Alam. Masa tu memang tak beli apa2 lagi sebab memang tak tahu nak beli apa. Haha. Pusing je semua booth tapi tak singgah pun hehe.

Lepas kandungan semakin membesar, kena la buat list barang baby yang kena beli. Pening je rasa tengok list blogger lain kat internet. Rasa lagi complicated dari checklist nak kahwin. Mula dengan perlahan2, maka dapat la juga kejar sehingga hujung pregnancy ni. Setiap bulan dah buat list dan bajet apa yang hendak dibeli untuk anak tersayang.

Kami still suka cari barang2 baby di Karnival dan expo baby. Dua karnival baby yang saya suka adalah Pureen Clearance Stock Sale dan Mom and Baby Expo di Midvalley. Kedua2 karnival tu juga memang sesak gila ramai orang. Orang yang berebut, tolak menolak tu jangan cakap la. Belum buka pun dah ramai yang beratur depan pintu masuk.


First barang baby yang kitorang beli adalah pampers Huggies di Expo Baby Putrajaya. Sebenarnya nak pergi pesta buku kat PICC tu tapi da ada expo baby tu, masuk aje la sekali. Harga pampers Huggies kat situ murah la juga compare kalau beli kat kedai or shopping store. Sebab dia ada pakej. Macam kitorang beli 2 set newborn dan 2 set size S. 


Pureen Stock Clearance Sale buat dekat kilang dekat Glenmarie. Yang bahagian baju tu memang ramai serbu la bila pintu buka je sebab memang murah serendah RM3 kot. Saya Cuma sempat grab 2 baju je, tu pun tepi2 sebab bila orang da start tolak, memang terpaksa melarikan diri la. Pergi ke kawasan toiletries baby pula ada macam2 dari pampers baby, sabun mandi, syampoo, pencuci baju, botol susu dan semua brand Pureen. So kami banyak shopping kat situ. Kakak ipar yang kirim banyak benda kat sale ni sebenarnya. Siap bagi list nak kena beli apa. Tapi saya yang tak buat list ni pulak beli melebihi apa yang kakak ipar kirim. Kuikui. Kami shopping kat situ dalam masa sejam je. Masa balik pula, memang ramai yang datang lagi dan jalan ke situ agak jam.


Mom & Baby Expo 2014 @Mid Valley Exhibition Center , kami sampai Mid Valley dalam pukul 9am lebih tapi ramai da beratur depan pintu masuk sedangkan buka pukul 10am. Semua bangsa ada dekat baby expo tu. Bila pintu masuk buka, ramainya laaa beratur nak dapat free gift. Tapi kitorang malas nak beratur, so terus pergi ke booth2 lain. Jalan2 ke depan dan jumpa booth Pureen! Borong lagi dekat booth Pureen. Since kat situ tak ramai orang lagi, boleh la beli baju baby, towel, selimut dan toiletries lagi . Pergi booth Pureen tu sampai dua kali pulak tu sebab rasa ada yang tak cukup lagi. 


Selain booth Pureen, ada booth Autumnz kot. Maternity bra kat situ murah. Rugi beli 1 je sebab tak tahu size apa sebenarnya T_T Ada 1 boot ni jual barang2 menyusu baby. Saya beli botol susu Tommy Tippie kat booth tu. Rupanya2 booth tu kedai dia kat Shah Alam je. Lagi satu booth yang best adalah booth Fiffy. Kat situ pun banyak baju baby yang murah2.



Kedai barang baby yang saya suka pergi pula adalah Marissa Shoppe yang terletak di Seksyen 20 Shah Alam. Kawan yang recommend kedai tu. Saya follow facebook dan instagram dia. Harga barang baby kat kedai tu memang murah nak dibandingkan dengan kedai baby yang lain macam One Baby World. Saya pernah beli storage bottle bamble bee, milk storage dengan booking dan bayar dulu secara online sebab takut habis, then weekend baru pergi ambil. Bila da sampai kedai pulak, macam2 la pulak yang diborongnya. Selain tu saya beli romper set, travel mat, tempat mandi baby dan juga makanan2 best yang ada kat kedai tu. Kalau nak jadi ahli kat Marissa Shoppe, kena buat pembelian RM 100++ boleh apply dgn tambah RM 10.


LOKASI: NO 7A, TINGKAT 1, PUSAT PERDAGANGAN SURI PUTERI,SEKSYEN 20,SHAH ALAM ( Belakang Suri Puteri Serviced Apartment) , CLOSE ON WEDNESDAY


1 comment:

thehealthinspector said...

Best kan shopping barang baby??

Sedikit tips untuk shopping;
http://thehealthinspector.wordpress.com/2014/12/03/tips-shopping-barang-baby/

Google