Saturday, May 08, 2010

Kali kedua bercuti-cuti Malaysia di Kuantan

Mula-mula nak pergi. Lepas tu tak nak pergi. Lepas tu pikir lama sekali. Lepas tu tak nak pergi. Lepas tu telefon ibu dan ayah tercinta, minta sponsor, akhirnya pergi lah ke Kuantan. Terima kasih emak dan abah . jasamu akan ku kenang sampai bila2 dan akan cuba membalasnya satu hari nanti :D

Trip ke Kuantan lagi, ke mana? Ke rumah ejah lagi. Takpe, beliau sudi menerima kami sebagai tetamu dengan hati yang terbuka

Hari pertama, kita pergi mandi pantai. Kita mandi di Pantai Sepat. Yehhh !!!! sangat tidak pernah mandi pantai kot. Kali terakhir mandi pantai adalah ketika berumur 1 tahun kot. Boleh tak? Haha jakun sekejap ye kawan-kawan. Mandi pantai, main ombak, minum air laut yang masin dengan kanak-kanak yang menjerit keriangan. Makcik-makcik kanak-kanak pun menjerit kejakunan


Aktiviti tetap jika ke Kuantan adalah memakan ikan bakar petai di restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur yang best. Tak percaya sila google dan anda akn jumpa ramai yang thumbs up kepadaa restoran ini.Kali ini ditaja oleh ‘teachers, lawyers and Petronas servants’ katanya. Alhamdulillah rezeki murah. Semoga rezeki ‘teachers, lawyers and Petronas servants’ semakin murah juga. Aminnnn… Book sampai 5 meja. Best makan dengan keluarga besar. Tak payah malu-malu, nanti tak kenyang

sedap gila kot makan yang ditaja, sampai kekenyangan dan ketidakhabisan makanan. Malam itu lauknya sungguh banyak dan memang sedap la sampai menjilat jari. Ada lala, ada ikan bakar petai (saya makan ikan bakar saje, tak makan petai, jadi tiada apa2 yang berbau selepas itu), ada sotong celup tepung, ada kerabu mangga, ada tomyam, ada sup cendawan, air tembikai, pendek kata macam-macam ada. Sampai ratah lauk saje.


Keesokan harinya, kanak-kanak tidak ke sekolah sempena cuti peristiwa, MakChek mereka balik ke Kuantan. MakChek mereka mempunyai kuasa veto untuk memberi kanak-kanak cuti untuk bersukaria di Gambang Waterpark pula. Sukahati je MakChek ini. Haha tapi bagus juga, jika tiada kanak-kanak , kemeriahan untuk bersukaria di Gambang Waterpark pun kurang juga


Gila buang pantang larang aku hari itu. Mandi manda di tengah panas matahari buat aku semakin negro. Waaa..tidak..tapi paling seronok bermain gelongsor-gelongsor yang banyak dan mencabar pada mulanya. Menjerit ketakutan dan keseronokan. Tapi lepas berkali-kali naik, dah tak takut pon…

Hari seterusnya, macam biasa, hanya berjalan-jalan di East Cost Mall sambil cuci mata dan beli belah tingkap sahaja ataupun nama saintifiknya ‘window shopping’. Sebab utama perkara ini berlaku kerana bajet tidak mencukupi dan harus menahan nafsu perempuanku untuk membeli-belah

Aku tak tahu la kenapa, setiap kali ke Kuantan , ada je perkara yang buat aku sedih. Uwaaaaa.. apa lagi , mesti la melayan perasaan lagi ketika di dalam kereta

Tapi rindu amat pada family tercinta di Shah Alam, bandaraya yang tak selamat dah tu. Tengok nasi goreng pagi , mak ejah masak, teringat nasi goring emak yang sedap, makan beramai-ramai bersama keluarga Ejah, teringat keluarga untuk makan bersama-sama juga, tengok ayam dan ikan yang tidak dimasak lagi, teringat menolong ibu memasak di dapur, bila melayan kanak-kanak, teringat kepada adik-adik saya yang gedik di rumah. Oh rindu rinduan..

Mahu mencadangkan kepada bapa tercinta untuk holiday di Kuantan la cuti sekolah ini. Agak-agak bapa mahu tak?

anyway, selamat hari ibu, emak saya yang best. saya sayang emak banyak2. sob2 tidak dapat meraikan hari ibu lagi. kali terakhir ketika meraikan hari ibu di bluewave barangkali? ayoo lamanya..


8 comments:

Ratu Syahadah said...

wow best ikang bakor~~ weee... ble aku nk smpai kuantan bersama2 kwn2 gak ni. big boss xlepas lg. klu nk, pegi dgn mereka. haha.

aiyyya kak. memang terkena sumpahan kuantan lg ke ? sumpahan pntai timur. ada je layan feelings. sabo2.~~ :P

nti 15.5 jgn lupa dtg KB lak ow k.

zhie xi (^_^) said...

bestnyer....bercuti-cutian...huhuhu...(^_^)...

haziQah said...

eda : tak tau la sumpahan apa ..ayyoo..big boss? ayah ke tii? haha

zhie xi : best2 jom pegi lagi heee

amar haziq said...

dulu sy tggal di kuantan..bandar indera mahkota

dah lama tak makan kt tanjung lumpur..
ikan bakar kat situ sedap2..=>


jenguklah blog saya k..
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

mie said...

memang dah lama berhajat nak pergi gambang waterpark..
tp, masa x mengizinkan..
hehehe

Ijan said...

comelnya penguin itew. :D

Azrul said...

cuti skolah nk pi tanjung lumpur la.. dgn wife lalala

haziQah said...

yeh mari pergi lagi :)

Google