Friday, May 28, 2010

BBQ with J2EE Trainers


Fakta pertama : saya suka menguruskan sesuatu majlis
Fakta kedua : saya suka membeli belah kat pasar basah, beli ayam, beli ikan, beli sayur, beli bawang. Rasa sungguh menyeronokkan
Fakta ketiga : saya suka masak sedap-sedap dan bagi orang makan
Fakta keempat : saya bahagia tengok orang suka masakan saya
Fakta kelima : saya rasa puas hari bila semuanya berjalan lancar


Kalau nak tahu, trainer J2EE kami memang sangat murah hati lagi comel. Seminggu sebelum berakhirnya kursus J2EE, miss Jessnor Eina telah mensponsor kami untuk mengadakan BBQ. Wah sangat menarik. Dan saya dengan bersemangat lagi sukahati telah sukarela untuk menguruskan bbq ini dengan dibantu oleh beberapa orang rakan kelas


Mula- mula mesti la ke pasar basah di Batu Enam untuk membeli ayam dan ikan segar. Beli ayam sebanyak 7 ekor dan tak ingat berapa ekor ikan bersama-sama miss jess dan Encik Fendi. Kemudian ke mydin mall pula untuk membeli dan belah. Ahha beli barang-barang kering dan sedikit peralatan. Kemudian, Miss Jess yang murah hati ni belanja kami makan di kedai nasi kampong 24 jam pula. Alhamdulillah, murah rezeki hari itu .

Sampai ke rumah yang diduki secara haram, (oops !) terus bersemangat membersihkan ayam. Berhenti solat kejap, sambung blender bahan2 untuk perap ayam. Blender telah dipinjamkan oleh k.teha .Bawang2 dan bahan2 yang perlu dipotong pula telah dipotong dengan jayanya oleh Zhie Xi, Kazama, My name Is Khanna, K.liza, Wawa dan Biha . terima kasih banyak kerana membantu :D


Setelah segala bahan2 telah siap diblender, apa lagi? Kita campurkan semua bahan kepada ayam2 yang telah dibersihkan tadi. Kita main campur je garam, kunyit, bahan2 blender, sos tiram, madu dan sewaktu dengannya sambil tangan beku sebentar semasa menggaul ayam. Kak jima pula telah menyediakan coleslaw yang sangat sedap


Masakan seterusnya adalah dadih strawberry. First time , I masak dadih u. haha nasib baik jadi walaupun pada mulanya rasanya agak manis. Kita beralih pula, memasak mashed potato. Kentang direbus kemudian dilenyek2kan. Mashed potato dibuat oleh ejah sambil dimonitor oleh saya . (macam bagus je aku ni). Periuk telah dipinjamkan oleh Biha.


Malam kejadian di chalet Anees, budak2 lelaki yang tolong masak ayam dulu. Kita dera mereka dahulu supaya membakar ayam. Makanan2 lain adalah seperti nasi goreng yang encik fendi beli, meehoon goreng dan air anggur dan nenas.


Makan2, gelak2, kacau miss jess n faris lagi :p lepas tu nyanyi2 dengan iringan petikan gitar encik fandi, penyanyi utama tentulah miss jess lagi. Kemudian bergambar2 kenang2an


Oh terima kasih banyak kepada both trainer J2EE kerana telah sponsor BBQ yang best ini. Semoga murah rezeki dan kalau panjang umur boleh jumpa lagi :))


8 comments:

Ratu Syahadah said...

ada live band jgk mlm tu ? gitar je ? haha~ comell je~~

jess@pu3pulai said...

1.correction..bbq disponsor oleh kedua2 trainer... sbnrnye en fendi mengeluarkn 56.7 % drpd keseluruhan perbelanjaan bbq.....oleh sebb saya da mintak awal2 duitnya drpd en fendi

2. ada live band. sepatutnya nyanyi ramai2...tp semua org segan...jd, terpaksa lah trainer syok sendiri nyanyi dan main gitar....

3.apsal gambar kelas senior sgt bersepah?.....hihi

4.terima kasih iqa kerana menjadi pengurus acara utk majlis ini..next time buatla trip g singapore..bole sy join lg.::wink::

jess@pu3pulai said...

owh...another correction...

J2EE now are called 'JAVA EE'

haziQah said...

eda : haha..live band gitar je la..xde bnyk2 gitar pon heheh

miss jess :
1. oo..harap maaf dgn statment di atas..encik fendi pon sponsor juga ye.

2. haha live band plg best nyanyi sorg2 je hehe

3. itu la nama seni bgmbr haha

4. sma2 ..oh spore? kami mmg tringin nk g sne weeee

Faris Adli said...

miss jess tak bagitahu ada nyanyi2..klau tak mcm2 lirik lagu dicari dan mcm2 lagu dinyanyi masa mlm tu..koleksi lagu yg ada agak banyk..

sebelum pegi singapore, pegi rumah miss dulu

Anonymous said...

aiyo bedi, baju tuuu jugak.. =.=

haziQah said...

faris : ptot nye ko bwa laptop skali..leh jgn lupa lirik :P

anonymous : knapakah dgn baju bedi?

Anonymous said...

Baju tu jgk la dia nk pakai haha

Google