Saturday, February 11, 2017

Pengalaman berpuasa dan menyusukan anak

Pengalaman berpuasa dan menyusukan anak.

Bulan Ramadhan kali ni , first time berpuasa sambil menyusukan anak. Nuh bukan lah baby yang kuat sangat menyusu , lagi2 sejak da makan ni , dia menyusu bila nak tidur or meragam je ( untuk rasa comfort).

Awal2 Ramadhan tak boleh berpuasa sebab period. Lepas tu try la puasa. 2 hari pertama memang penat dan rasa tak bermaya. Takde la lapar or haus sangat tapi badan rasa lemah sangat. Lepas je 2 hari puasa, malam tu terus demam panas. 2 hari malam demam panas kaw kaw punya. Kat tapak kaki panas sampai kena sembur air macam baby demam pulak. Badan pun kena lap2 dengan towel basah hihi.

Masa demam tu memang tak puasa sebab badan terkejut kot. Lepas baik demam alhamdulillah puasa pun dah kuat. Cuma Nuh pulak rasa macam kurang dapat susu. Bila pam susu nak capai 2oz pun dekat setengah jam. Pampers Nuh pun tak penuh walaupun seharian tak tukar pampers. Hmm.. terpaksa ambil rukhsah untuk tidak berpuasa juga.

Walaupun dah cuba makan kurma banyak2, minum air banyak2 tapi macam tak jalan je. Berat pun makin berkurang


No comments:

Google