Thursday, September 15, 2016

Second Pregnancy

Yuhuuu ye saya sudah mengandung kali kedua. Ya tidak sangka juga secepat ini sebab bajet lagi 3 tahun which is 2017 tapi rezeki awal setahun huhu. Pregnancy kali ni unexpected. Sebab memang tak plan. Perancang keluarga pun tak amik, just go natural tapi salah bajet huahua. Tapi takpe la..orang lain susah nak dapat rezeki, kita senang je , subur huhu..jadi kena lah terima dengan hati terbuka (walaupun mak ku sebenarnya bising juga).

Mula2 bila tahu pregnant macam sedih sikit sebab aku target nak breastfeed Nuh sampai 2 tahun, bila pregnant susu memang drop n lama2 macam da takde. Tapi dia still breastfeed for comfort je. Aku pun kadang2 rimas. Bagi seminit je pastu kata dah2. Dia pun tak marah sangat. Dan alhamdulillah Nuh da suka minum susu formula. Dia yang minta, mungkin tahu mak dia da takde susu.

Masa sebelum check pregnant, bila pump susu, dapat tak sampai 1 oz pun, dapat dasar botol je. Cam pelik kenapa teruk bebenor dropnya. Walaupun aku low production milk mom, tapi at least boleh dapat 1oz. Lepas check pregnancy test, baru la tau yang sudah concieve. Jadi kita berhuhuhuhuhu.
Pregnancy kali ni macam lagi teruk alahannya berbanding dengan Nuh. First trimester, takde selera makan yang teruk. Sampai berat pun turun 2kg dari 52kg ke 50kg. Plus im still breastfeeding Nuh. Lagi lah macam tak cukup zat kot. Sampai 2nd trimester pun still takde selera sangat especially lauk-pauk. Lauk yang rasa macam selera adalah ayam goreng ala KFC. Ayam panggang n segala jenis ayam lain macam tak suka juga. So makan nasi memang sikit. Tapi suka pada nasi lemak. Tapi 3rd trim tak berapa suka nasi lemak pulak. Suka roti canai pulak haha

2nd pregnancy ni mencabar juga sebab kena jaga anak pertama. So tak boleh rilek2 sangat. Nuh pulak setiap bulan sakit, memang mencabar la siap dia masuk hospital lagi kan sekali.

Cabaran ketiga, mungkin kerana kurang rehat, stress, anak dalam kandungan macam kecik sedikit. Check kat KK, baby macam kecik, kena refer kat Hospital Shah Alam. Pergi Hospital Shah Alam, alhamudillah doktor kata ok, takde masalah, bukan IUGR, baby growing positively walaupun maybe kecik sikit. Lega rasa. Kalau tidak memang susah hati tapi start tu, da makan betul2, kurma makan banyak2 , minum susu Anmum dengan harapan baby membesar dengan jayanya. Tak pasti sebab kurma ke apa, HB aku paling tinggi dalam sejarah 12 kot! Jadi makan lah kurma banyak2, insyallah HB boleh kembali normal.

Masa pregnant ni pun kerap sakit, bila Nuh demam selsema aku pun demam selsema. Paling tak boleh blah, tetiba dapat satu penyakit yang tak pernah kena pun sebelum ni, Sinusitis! Hidung tersumbat, kepala berat, sampai tak boleh buka jaws apatah lagi nak makan. Ada la kena dalam 3-4 kali sepanjang mengandung ni. Mula2 memang makan ubat selsema, lepas tu siap buat rawatan resdung lagi. La ni , amik vitamin C, alhamdulillah cepat sembuh.


Updated : da selmat melahirkan seorang baby lelaki pada 3 May 2016 :) 


1 comment:

Akina Scarves said...

Salam ziarah
jemput singgah blog saya
akinascarves.blogspot.my
untuk menambah koleksi tudung dan hijab anda

InsyaALLAH bermanfaat :)

Google