Monday, January 04, 2016

IKEA Personal Shopper Malaysia

Zaman sekarang ni, macam2 idea kena cari untuk tambah pendapatan. Perbelanjaan makin meningkat tapi pendapatan tahap sama je pun tak boleh. So kena berusaha.


Hasil idea suami isteri, kami bersetuju menjadi Ikea Personal Shopper. Target orang Shah Alam dan juga pos barang Ikea kepada customer di seluruh Malaysia. Kalau orang Shah Alam yang nak beli barang Ikea tapi malas nak beratur panjang, penat nak pusing Ikea cari barang, boleh contact kami. Kami boleh tolong belikan barang Ikea dengan servis caj yang sangat berpatutan.

Kalau ke Ikea , nak kena cari barang, pusing2, bayar tol, bayar parking , beratur panjang, angkat barang berat dan macam2 lagi kan? Tapi sebagai Ikea personal Shopper , kami akan tolong belikan barang Ikea untuk anda.

Harga servis caj bergantung pada jenis item dan bilangan item. Makin berat item, makin tinggi servis caj. Kalau beli barang banyak, kita akan kita sekaligus servis caj juga. Jangan risau, harga servis caj kami amat berpatutan dan tak kan lebih dengan kos kalau anda ke Ikea sendiri :)


Kami akan ke Ikea Damansara sebab itu Ikea yang terdekat dengan kami. Cuma maaf kami tak dapat belikan barang di Ikea Cheras. Ya memang ada sesetengah item ada yang di Ikea Cheras, tiada di Ikea Damansara seperti Sofa HEMLINGBY.

Cara nak order barang Ikea dengan kami?
1) Whatsapp +60132465911
2) Bagi list barang yang hendak dibeli. Boleh browse barang Ikea di Website Ikea
3) Kami akan hantar list quotation yang mengandungi harga barang, servis caj dan postage jika ada
4) Jika bersetuju dengan harga quotation yang kami berikan, boleh membuat payment
5) Kami akan menghantar barang kepada anda apabila kami selesai membeli barang di Ikea

Antara barang yang hot di Ikea adalah Hyllis, Raskog Troli,Pruta, Cirkustalt

Boleh like juga Instagram Ikea Personal Shopper dan Facebook Ikea Personal Shopper untuk update dari kami.


No comments:

Google