Saturday, August 15, 2015

Setahun bersama Nuh Irsyad

Kepada anakanda ku Nuh Irsyad,

Macam sekejap je rasa my dear baby son sudah mencapai umur setahun. Rasa dia masih still baby lagi mungkin sebab dia tak pandai jalan lagi kot.

Membesarkan dia setahun ni ada susah, ada senang. Banyak mama belajar jadi seorang emak walaupun bukanlah emak yang perfect tapi sentiasa mahukan yang perfect untuk anakku. Dari lepas bersalinkan Nuh, mama memang nak buat blogpost ni khas untuk Nuh, untuk menceritakan pengalaman membesarkan anak sulung Mama ini.

Nuh boleh dikatakan easy baby semasa dalam pantang, Nuh selalunya tidur je waktu malam dalam pantang kecuali time nak menyusu je bangun. Mama tak kisah pun kalau Nuh nak bangun meyusu waktu malam sebab Nuh memang kena minum susu sekerap 2 jam sekali. Kalau tak bangun lagi mama risau sebab takut Nuh lapar atau susu mama pun da penuh. Takde meragam sangat, dan seingat mama hanya ada sekali je Nuh meragam n menangis2. Waktu lain, you are a good baby boy.

Nuh is a light sleeper baby. Memang senang terjaga dan tidurnya sekejap2 sahaja. Ni kadang2 buat mama stress. Dah besar nanti, hang banyak tidoq, siap la hang! Kalau tidur siang, bila kita letak kat tilam, mesti terjaga. Kalau nasib baik, dapat la tidur 15 minit kalau tiada gangguan bunyi yang boleh mengejutkan Nuh. Lagi2 kalau angku buka pintu gedegang, sabor je la Mama sebab Nuh mesti terjaga punya. Tapi bila da besar sikit, Nuh dah boleh tidur lama sikit kalau Nuh tidur dalam bilik. Dalam bilik kurang bunyi sikit. Nuh bangun tidur mesti menangis cari Mama, dah la tak buka mata lagi.

Nuh seorang baby yang agak lambat perkembangannya tapi mama tak risau sebab mama tahu insyallah Nuh akan ke tahap itu satu hari nanti. Kalau mama risau, mama doa je kat Allah. Alhamdulillah doa mama dikabulkan. Masa bulan Ramadhan, mama doa gigi Nuh cepat tumbuh sebab orang asyik tanya takde gigi lagi bila dah sebelas bulan ni. Tengok2 masa raya, gigi Nuh tumbuh 5 batang. Wow! Yang comelnya, tumbuh gigi taring dulu. Nuh boleh mengesot masa umur 8 bulan, merangkak, tepuk tangan masa lagi seminggu nak setahun. Belum boleh berjalan, suap makan sendiri masa umur setahun, mama tak risau sebab mama pun boleh berjalan masa umur mama 1 tahun 3 bulan.

Nuh dah kenal orang, dah tahu siapa mama, siapa ayah. Kalau malam2, ayah takde, tak tidur sebelah dia atas katil, mesti dia cari ayah. Kalau ayah takde, dia cari ayah dalam bilik. Nuh paling suka uci. Kalau Uci turun bawah, mesti dia kejar uci dan minta Uci dukung dia. Dah kenal Angku, Uncle Jim, Ummi Na, Ummi Nani, Ummi Aisyah.

Alhamdulillah sehingga umur Nuh setahun, mama still dapat breastfeedkan Nuh tanpa campur apa2 susu formula. Tapi tak sure masa lahir tu Nuh da minum susu formula ke tak. Masa mama sedar dari operation lepas Nuh lahir, terus mama minta Nuh dari nurse sebab mama nak susukan Nuh. Nuh pandai latch minum susu. Dan perjalanan penyusan Nuh bagi mama juga mudah sekali. Masa Nuh takde gigi lagi, Nuh pernah menggigit  masa menyusu, mama picit je hidung dia. Lepas tu Nuh tak buat lagi . Tapi bila ada gigi, nasib tak gigi da.



Menjelang Nuh umur 1 tahun ini, Nuh baru mencapai berat 7.5kg, kurang dari berat yang diharapkan. Part ni mama memang risau. Nuh kuat makan juga, suka makan, cuma berat je susah nak naik. Uci selalu bebel kat mama suruh bagi susu formula. Maybe lepas setahun ni, mama akan try bagi Nuh susu formula walaupun Nuh tak suka minum botol susu.

Favorite show Nuh adalah lagu2 Didi & Friends and Super Simple Song
Makanan kegemaran : Nasi putih, kurma, kismis.

Happy birthday my dear baby! Mama n ayah loves u to the moon at back. Terima kasih sebab hadir dalam hidup mama n ayah , berpeluang kepada kami untuk merasai menjadi ibu bapa. Bukan mudah rupanya menjadi ibu bapa ini. Amanah dari Allah yg mama akan cuba sebaik boleh untuk didik menjadi muslim yg cemerlang. Senyuman dan tawamu menceriakan hidup mama di kala mama bersedih, mencairkan hati mama bila mama rasa nak marah.

Takde kisah perkembangan Nuh dalam blog mama tapi setiap bulan mama ada hantar email kat Nuh :)





1 comment:

nieja said...

kejapnya dah setahun eh..
hpy bday nuh!

Google