Sunday, January 25, 2009

KARNIAWAN’08 #002

cerita pasal KARNIAWAN yang lepas masih tertangguh.jadi ini entri yang tertunda pasal KARNIAWAN 2009.kalu nak cerita dengan terperinci memang sangat la panjang. jadi amik isi penting sahaja yang menarik sepanjang KARNIAWAN 2009 di UUM, Sintok, Kedah


/#/ hari pertama ketika sedang mengemas gerai, ternampak satu couple yang lain daripada yang biasa kita selalu nampak. si jejaka yang putih dan kacak n si gadis yang jelita memakai purdah serba hitam. mereka berpimpinan tangan dan sungguh romantik.awww...ingatkan budak UUM tapi rupa2nya studnt UNIKL. n baru teringat yang aku mengenali si gadis itu. kenala semasa perhimpunan pemimpin usahawan dan KARNIAWAN tahun lepas..Fasha kalau aku tak silap nama nye..memang dia sangat chantek n dia baru je berkahwin.tahniah kepada nye walaupon beliau tak kenal pon aku..semoga menjadi isteri yang solehah ;)


/#/produk yang UDM bawa : keropok sira dan pelbagai jenis keropok lagi..tudung2 - tudung manjalara, batu lipan, mawi, air mata, kerawang labuci..kain batik..sos..mutiara dari Sabah, kerongsang dan gelang kristal


/#/ pertandingan gerai terbaik jatuh kepada :
1. UM - produk mereka memang lain daripada yang lain. tudung lilit yang coraknya dibuat tangan ( handmade), sila masuk blog ini untuk melihatnya - lovedashawl, air minuman cilo = cincau + milo dan krim selulit.ingat nak beli krim selulit tu tapi mahal sangat tak mampu hoho
2. UTeM - mereka menjual t-shirt dengan design kata2 yang sangat kelakar " Emak ( bakal mak mertua saya ) Awak Suka Saya"," Diperlukan Seorang Awek".dan promosi mereka memang mantap
3. UKM - walaupun mereka menjual produk yang biasa2 sahaja, patung lembu, coklat, jubah moden tapi mereka turun keluar untuk mencari pelanggan. satu yang lain daripada lain, mereka menawarkan IQ GAME iaitu ada 3 bongkah kayu yang mempunyai bentuk berlainan n harus dipasang semula dalam masa yang ditetapkan.ramai datang mencuba.kalau berjaya dapat bawa pulang cenderahati UKM

/#/ semasa malam perasmian , tinggal 3 orang je jaga gerai - Sarah , Wani n USop..kesian kat diorang sebab tak de makanan yang disediakan..n terpaksa membeli nasi goreng ikan masin sendiri sedangkan kami di majlis perasmian makan dengan enak sekali

/#/ malam perasmian Naib canselor UUM , Tan Sri Nordin Kadri datang..aku n asma' agak gila nak berjumpa dengan dia kerana kami memang adore dia tapi tak dapat he


/#/ ramai yang tertarik dengan kura2 yang kami bawa n hias di gerai kami, kura2 pink n coklat. tapi maaf ye bukan untuk dijual..


/#/ jiran kami UMT membolot johan bagi pertandingan Rancangan Pernaiagaan ( RP ) n Anugerah Projek Usahawan Terbaik. kira2 RM 4000 mereka bawa pulang malam tu n mereka balik sejurus tamat acara makan malam..tahniah kat UMT . suka sangat tengok diorang gembira dengan kejayaan mereka.kami tumpang gembira!


/#/ baju malam perasmian dan penutup yang dipakai oleh gadis2 kontijen UDM dipuji oleh ramai pihak kerana kami memakai baju yang disponsor berwarna sama, warna maroon dan chantek hehe..terima kasih HEPA UDM kerana sudi mengsponsor baju kami ;)


/#/ dua universiti dari Indonesia dijemput khas untuk sama2 memeriahkan KARNIAWAN 2009 di UUM iaitu Universitas of Padjadjaran n Universitas Syiah Kuala , Acheh

/#/ ramai juga peseta KARNIAWAN 2009 adalah peserta yang pernah join KARNIAWAN yang lepas, yang paling ramai rasa nya muka yang da pernah tengok USM , UNIKL , UiTM


/#/ malam pembentangan RP, makanan yang disediakan untuk peserta sudah habis . oleh kerana itu, pihak sekretariat menjemput kami makan di tempat VVIP hoho..chantek tempat tu..ini la nama nye rezeki !


/#/ semasa sesi soal jawab pembentangan RP UDM yang membawa tajuk 'specialist roti canai' , kami mendapat sokongan kuat dari UMT sebab kalau la betul kedairoti canai akan dibuka di hadapan UDM seperti yang tertulis dalam RP tu , budak2 UMT pon confirm2 akan pegi makan n lepak kat kedai roti canai tu hehe


/#/ dapat jumpa balik kak ima dari UUM.kenal dia masa KARNIAWAN 2007 .seronok sangat dapat jumpa dia. itu pon terserempak dengan dia di surau masa hari terakhir di UUM. dia ada kedai gambar buka bersama abang zam . n berita paling gembira, mereka akan melangsungkan perkahwinan bulan 6 ni insyaAllah. tak sabar kamai merancang nak pegi. teringat pulak tahun sebelum ni abang zam bersungguh2 menjaga n amik hati kak ima masa KARNIAWAN 2007 hehe


/#/ hari terakhir di gerai, semua U mempromosi all out. bukan promosi barang U sendiri sahaja malah bekerjasama promosi barang2 dari jiran2 U lain..sangat seronok ketika itu. UDM pon masa petang terakhir tu berjaya menghabiskan keropok dan kerepek dengan menjualnya di sekeliling UUM

/#/ bila singgah ke gerai UDM n tahu U kami dari Terengganu, soalan pertama yang ditanya, " keropok lekor tak de ke?" he..bukan tak nak bawa tapi kami tahu pulak boleh masak2 n keropok lekor takut tak tahan lama kalau bawa

/#/ ramai jugak pelajar2 ex UDM yang singgah ke grai UDM, tapi singah2 tu bukan sahaja nak meninjau2 n membeli produk kami, tapi tanya soalan cepumas " bile konvo?" ehe..maaf la kami pon tak taw bile konvo n masih menjadi teka teki lagi. dulu kata bulan 10, pastu kata pas raya haji, then kata bulan 1, pastu kata bulan 2..pasni bulan 3 ke 4 ke 5 ? huhu tak taw la..tunggu je la ek

/#/ hari nak balik n check out, tak disediakan pon sarapan pagi..sedih..sebab sebelum tu orang besar UUM kata dia tak suka tetamu dia pulang dengan perut kosong..

/#/ sebelum bergerak pulang ke Terengganu, kami singgah di padang besar, Perlis. boleh kata UDM yang sampai dulu. pastu menyusul pulak UKM, UIA, UTeM..ahha..rombongan ke Padang Besar pulak


/#/ shopping di Padang Besar memang seronok kalau bajet banyak..gile n rambang mata dibuatnya..ramai beli teddy bear yang besar2....aku...? tak minat sangat..tunggu orang bagi je..tapi sapa nak bagi? hoho

/#/ ingatkan g KARNIAWAN ni boleh la berjimat tak keluar duit makan. tapi yang berlaku sebaliknya. Elaun yang diberi pihak U adalah sebanyak RM 75 utk 5 hari. tapi jumlah keseluruhan aku berbelanja di sana adalah RM 200++ . huhu gilew melampau

yeh..memang banyak cerita di gerai sahaja sebab aku jaga gerai..so apa yang berlaku di pusat konvensyen aku tak tahu sangat..


*feveret pix of KARNIAWAN 2009 :P *


4 comments:

Anonymous said...

Salam.
Tahniah kepada semua uni yang ambil bahagian.

Salam kenal

Abdul Hadi

'Aizat Annur said...

bilela ejat dpt follow to d nex karniawan?

HR said...

Assalamualaikum,

ni laporan penuh karniawan eh, kalo ade majalah USAHAWAN bil 59/2009 dlm tu ade laporan tentang karniawan 09. Tringat balik masa karniawan hari tu..

neway salam perkenalan

http://www.dfet.biz
http://df-art.blogspot.com

HR said...

Assalamualaikum,

ni laporan penuh karniawan eh, kalo ade majalah USAHAWAN bil 59/2009 dlm tu ade laporan tentang karniawan 09. Tringat balik masa karniawan hari tu..

neway salam perkenalan

http://www.dfet.biz
http://df-art.blogspot.com

Google