Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Tuesday, June 01, 2010

Gerabak khas untuk wanita sahaja @ koc Wanita , KTM

Kepulangan ke shah alam tempohari dengan menaiki bas udara. Saya sungguh tidak larat menaiki bas darat sebab tempoh masa yang lama, lagi2 waktu siang, lagi lah sangat bosan bila naik sorang2. Macam bila nak sampai ni? Kalau naik bas malam tak pe je sebab masa untuk tidur dan bila terjaga sudah sampai. Tapi bapa tidak membenarkan menaiki bas untuk pulang ke Bandar halaman pada waktu malam sejak kejadian bas sani hari itu

Naik bas udara pun macam lama juga. Ambil masa 5 jam juga. Contoh jika penerbangan adalah pada pukul 8 pagi, harus ke lapangan terbang pada pukul 7 pagi. Kemudian perjalanan menaiki bas udara mengambil masa 50 minit sehingga sejam. Lepas sampai, naik bas darat pula ke KL Sentral dan kemudian naik keretapi ke Shah Alam. Sampai di Shah Alam pula naik kereta , baru lah sampai ke rumah pada pukul 12 tengahari

Ketika sudah lama tidak menaki keretapi komuter KTM, ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Sebelum itu, Kak Pah ada memberitahu untuk menaiki coach pink untuk berjalan2 ke KL. Saya pun macam pelik, apakah itu? Adakah kenderaan awam yang baru? Tak pernah dengar pun


Masa membeli tiket di KL Sentral, ternamapak satu pamplet tentang Coach Pink itu. Rupa2nya ialah gerabak khas untuk wanita sahaja yang berwarna pink. Di kepala otak sudah terbayangkan gerabak itu warna pink. Mesti cantik punya.Macam tidak sabar mahu naik. Tapi bila keretapi sampai, tiada gerabak pink tapi hanya lah gerabak yang diletakkan stiker memberitahu khas untuk wanita

Macam seronok menaiki keretapi yang hanya ada wanita sahaja di dalamnya. Tapi sangat tak puas hati bila ada lelaki yang menaikinya juga. Rasa macam nak halau je lelaki2 yang tak paham bahasa itu. Lelaki2 tu kebiasaannya orang2 bukan warganegara Malaysia yang scary2. Anda paham siapakah yang saya maksudkan? Buat2 paham la ye..


Tapi terfikir macam bahaya juga bila semua perempuan menaiki gerabak merah jambu tersebut. Cuba bayangkan jika tiba2 ada lelaki yang cuba merompak dan mengacukan senjata kepada semua wanita yang berada dalam gerabak itu, mesti semua wanita akan menjerit ketakutan dan tidak tahu hendak buat apa. Macam bahaya juga apabila diserang


Tapi macam best juga bila ada seorang pegawai yang memeriksa gerabak merah jambu itu supaya tiada lelaki yang tidak paham bahasa akan menaikinya. Lelaki2 yang tak paham bahasa itu akan dihalau dari gerabak itu. Hati saya melonjak keriangan dan rasa puas hati sebab lelaki2 tak paham bahasa itu kena halau. Haha. Tapi pegawai itu pun hensem juga *wink*


Jadi mari lah kita kaum wanita menaiki gerabak merah jambu itu unless anda bersama kekasih anda , sila lah naik gerabak sebelah ye. Oh gerabak merah jambu itu terletak di tengah2. Lelaki2 sila lah jangan buat2 tak paham bahasa, nak naik juga gerabak merah jambu. Tak malu ke sorang2 je lelaki dalam gerabak itu. Bahaya juga jika mereka mahu mengambil kesempatan. Waa takot..takot..!

bas udara = air bus


Sunday, February 21, 2010

Baling amaran sembunyi tangan belakang parking?

Siapa kat rumah dia tak cukup parking dalam rumah sebab :
1. Memiliki banyak kereta
2. Tak muat sebab kawasan dalam rumah kecik sangat

Ini masalah biasa di kawasan perumahan di Bandar-bandar seperti shah alam. Sebuah rumah sekurang-kurangnya mempunyai 2 buah kereta yang kadang-kadang kawasan halaman rumah yang kecil sahaja. Jadi alternative lain adalah meletakkan kereta di luar rumah atau dengan kata lain di jalan raya depan rumah anda. Betul tak?

Nak tanya sikit..kawasan kosong di hadapan rumah anda tu adakah milik anda atau milik awam? Setahu saya la yang tidak bijak ini, itu adalah milik awam kerana yang milik anda hanyalah kawan dalam rumah anda dan juga depan rumah anda yang tidak menghalang anda keluar rumah. Kalau kawasan lain yang kosong yang membolehkan anda meletakkan kenderaan anda tidak diklasifikasikan sebagai hak milik anda? Betul tak apa saya cakap ni atau anda tak paham apa yang saya nak cerita ni?hoho

Senang cerita mari kita melihat satu amaran di bawah ini

“HORMATI HAK TUAN RUMAH INI TERHADAP PARKING INI”

Assalamualaikum…. Awak bayar ke jalan raya ni sebagai parking awak? Awak bayar ke kat MBSA nak jadikan tempat ni parking awak? Kalau awak bayar sewa kat MBSA boleh la buat petak parking, ni saya tak Nampak pun petak parking apatah lagi tertulis nama awak sebagai hak parking awak


contoh ruang kosong di hadapan rumah

Lol saya bukannya nak cari gaduh tapi adat lah berjiran , bertolak ansur. Bukannya kami menghalang kawasan rumah awak tapi letak kereta je pun. Lagi pun awak bukannya selalu parking pun kat situ kan.

Memang lah keluarga kami banyak kereta. Kadang-kadang memang berebut dengan jiran pun untuk mendapat tempat parking kereta. Tapi tak de la sampai nak keluar amaran kan..setakat merungut dalam hati je la. Lepas tu cepat2 la balik supaya dapat tempat parking. Kalau parking dah penuh, pandai-pandai la cari parking yang jauh T_T

Apa-apa pun, lepas dah buat amaran , tak berani keluar rumah tunjuk muka. Kenapakah wahai jiran yang baik hati? Tak kan baling batu sembunyi tangan?


Monday, September 14, 2009

ethical hacker



buat julung2 kali dalam sejarah Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), portal pelajar UDM dihack! apa ke jadahnya hack portal UDM? hack la website UDM ke haha

apa benda menatang hack ni.ok menurut kamus dwibahasa oxford fajar, hack bermaksud potong ,tetak.hacker pula orang yang pandai tetak. owh bukan2.dari istilah komputer pula perbuatan mengakses komputer atau sistem secara tidak sah terutamanya secara meneka ataupun mendapatkan kata laluan menggunakan wireshark.OOPS!

kenapa perlu ada hacker dalam dunia pengkomputeran sekarang.bukankah buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali?hacker ni sebenarnya bukanlah seorang yang jahat pun.hacker ni biasanya akan cuba2 memasuki sistem dan jika berjaya akan meninggalkan kesan di sistem tersebut.contohnya la paling mudah dan senang, kita lihat apa yang telah berlaku dalam sistem portal pelajar UDM itu.hacker tersebut telah meninggalkan kesan dengan menulis berita di portal.walaupun ayat dia agak kasar dan "Cuma silapnya bila dah boleh hack kamu bolehlah menaip dgn kata2 yang sopan dan nasihat yg sinis kepada pihak atasan utk mendengar perkara ini iaitu masalah wiyerless" - ayat Aizat Anwar

for your information, jangan risau, tiada maklumat yang boleh dicuri oleh hacker tersebut kerana hanya beliau boleh akses kepada berita sahaja dalam portal tersebut.maksudnya, tambah berita, delete berita dan sewaktu dengannya.nak masuk untuk mendapat maklumat pelajar perlu ada password lain untuk akses ke tahap yang lebih tinggi , hacker tersebut tak de password kot sebab tak dapat sniff :p so tak perlu risau lah data anda diubah ke, dicuri ke, digodam ke , sebab si hacker ni memang tak boleh pun buat benda2 ni.haha jahat tak aku bila gelakkan mereka yang takut maklumat pelajarnya dirosakkan :D

hacker amat berbeza dengan cracker.cracker tu apa pulak? cracker adalah sejenis biskut yang sedap dimakan begitu sahaja.tapi dari istilah pengkomputeran, cracker lebih kurang macam hacker tapi dia tak beretika sebab ceroboh ke dalam sistem dan rosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama nak untung .nah cracker yang patut anda takuti, bukannya hacker.sebab cracker la yang mempunyai niat jahat biasanya untuk mencuri maklumat user.setakat hacker UDM ni nak main2 je.kalau hacker luar I tak taw :p

memanglah kalau dari kita lihat dari segi etika, memang tak beretika langsung pun si hacker dan cracker.tapi dari maksud tersirat, hacker lah yang dapat membuka mata si pembuat sistem yang sistemnya itu tidak selamat dan mudah sungguh diceroboh. jadi, sistem keselamatan dalam sistem itu akan dipertingkatkan untuk mengelak sistem dicerobohi semula.tiada kemusnahan dilakukan.

dan kalau korang nak tahu, betapa lemahnya sistem kat UDM ni sampai sistem jabatan bendahari pun senang je nak dicerobohi oleh si pakar network security ni.OOPS I DID IT AGAIN!

buruknya penggodaman pula apabila sistemnya digodam, sesuatu organisasi itu akan menutup sistem untuk membuat siasatan.ini menimbulkan ketidakselesaan sebab ganggu kerja kita. nak kesan penggodam ni pulak bukannya senang, dah la kos tinggi pula

Oh cuma harapan dan cadangan saya buat si hacker ni, tak perlu lah lagi nak hack portal tu.sebab saya takut kalau apa2 tindakan undang-undang kena kat awak.nanti saya jugak sedih.eh kenapa pulak? sebenarnya nak kata portal tu kena hack tak juga, sebab sekali lagi saya nyatakan di sini, beliau boleh tambah, delete berita je.sebab tu berita merepek tu kejap ada kejap tak de macam chipsmore.saja nak buat gempak sekejap kat UDM :D

cadangan : buat sistem keselamatan rangkaian, encrpt ,hash , dan guna lah cryptography untuk maklumat2 lagi sulit kat UDM ni.ini baru student kot yang hack portal.kalau orang luar, guane?

rujukan :
buku etika warna kuning, etika dalam pengkomputeran
wireshark

agak2 kalau, lecturer saya yang ajar subjek etika dan network security baca entri ni, dia bagi tak markah tambahan? hoho
senior saya yang bijak, kalau ada tersalah maklumat dalam entri ni kabo deh.saya budak baru belajar, kalau salah janganlah marah hehe


Monday, August 31, 2009

semua orang pun boleh menjerit merdeka tapi apa yang merdeka?

semua blog pun tulis pasal kemerdekaan.semua orang pun bersyukur lahir di negara bertuah ni yang aman damai walaupun kadang2 ada orang yang saja bikin kacau bilau padahal sebenarnya dia nak buat aman je tapi orang lain yang buat kacau bilau.pahamkah ayat ni?

sape kata duk kat Malaysia tak best?memang kau tak reti bersyukur.biar pun Malaysia ni negara panas dan lembap ( belajar geografi sekejap) dan tak de salji turun pun, bukankah lagi bahagia tak perlu membazir beli baju sejuk bulu2 tebal-tebal.kasihan kepada orang miskin tak de duit nak beli baju mahal2 lagi berbulu dan tebal.silap hari bulan kucing yang jadi mangsa.apa kejadahnya kucing jadi mangsa?

semua orang pun letak bendera Malaysia.kalau saya nak letak bendera hijau putih boleh? haha mati aku kena AUKU

tapi adakah dengan menggantung bendera Malaysia di kereta, bilik anda, anda sudah diklasifikasikan sebagai seorang yang patriotik?


budak ni pegang bendera Malaysia.betul ke dia dah patriotik?
sumber gambar : abang Google


saya pantang betul bila ada orang yang mengutuk negara sendiri.tak suka gi la pindah negara lain.macam kes namewee permainkan lagu Negaraku.memang 73v?c%oi9#V$ la

sebab syukur tinggal di Malaysia
1.dapat makan macam2 jenis makanan daripada pelbagai kaum dan etnik.saya suka makan capati.anda?
2. dapat tengok cerita macam2.melayu , cina, india, tamil , hindustan, omputih
3. dapat kenal macam2 bangsa dan budaya sebab tu boleh buat konsep 1Malaysia yang macam best je
4. negara pun dah maju dengan macam2 bangunan pencakar langit dan shopping complex yang menjual barang2 branded walaupun masih ada rakyat yang masih miskin, rumah tak de api, tak de letrik

hahah alasan tipikal sahaja

tapi the reality is, adakah semua rakyat Malaysia betul2 sudah merdeka?lagi2 dari segi pemikiran dan jurang antara kaum dan agama.betul ke orang melayu cina dan india sudah boleh menjadi kawan baik, makan sama2, lepak sama2.mungkin ada..tapi berapa peratus je, cuba bilang.melayu tetap gang dengan melayu,tapi india dan cina sahaja yang mungkin boleh menjadi se gang.takk payahla nak nafikan, boleh tengok kat universiti anda sendiri dan juga sekolah2

alhamdulillah merdeka kali ni tak de konsert2 sebab menghormati bulan ramadhan.ke ada?.kat UDM pun tak de jugak sambutan dan konsert2 yang bosan yang hanya menyanyikan lagu yang sama dan orang pun sama.jadi tak perlu scan kad matrik untuk dapat markah koko.

sambut merdeka kat masjid atau surau lagi terbaik.boleh tak pemimpin kita buat program sambut merdeka kat masjid?pasti semua rakyat lebih patriotik dengan adanya iman yang mantap dalam diri semua rakyat.yang bukan islam pula macam mana? boleh je join sekali , tak salah bukan.maksud saya bukan program yang dibuat dalam masjid la..

apa saya dan kawan2 buat di malam merdeka.tak main lah nak sambut2 ni.sambut bantal dalam bilik lagi best
1.bercerita masalah peribadi masing2 sampai saya yang tak de masalah tiba2 pun tercalit masalah sama.adoii..malam merdeka yang terbaik punya
2. tak de dengar bunga api.kalau tak boleh gak keluar bilik tengok bunga api
3. bergayut dengan kawan2 yang sedang belajar bahasa inggeris dan speaking bersama mereka sampai terguling2 sebab sangat comel mereka berbahasa inggeris.apa ni tak patriotik langsung di malam merdeka :p
4. siang : kelas tambahan data communication nak bagi soalan apa masuk midterm.aiyooo
5. sakit dan penat otak sampai sangat lapar di siang hari. mana boleh cakap lapar masa tengah puasa la

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 52.dah tua negara Malaysia ni.se oga sentiasa mendapat rahmat dari yang maha Esa

Selamat Hari Jadi juga kepada Muhammad Izzuddin B Rosli yang baru je mendapat kunci kemerdekaan pada umur 21 tahun pada 1 Sepetempber 2009.owh sudah semakin tua rupanya sahabatku ini tapi kenapa macam masih lagi muda? amalkan petua beliau : senyum dan gelak sokmo sambil berdebat :D

lelaki pertama, perempuan kedua, perempuan ketiga.apa kesudahannya?


Friday, August 14, 2009

persahabatan vs percintaan

ingat tak siapa kawan pertama korang? dan macam mana korang berkenalan dengan dia? there is always first time.tapi seriusly aku tak ingat siapa kawan pertama aku tapi aku ingat crush pertama aku pada umur 6 tahun haha


sahabat..tak sama macam kawan..kawan datang dan pergi..kawan hanya sekadar kawan , yang hanya kenal nama dan muka kita sahaja.tapi sahabat tahu segala2nya tentang diri kita. dari A to Z.dari yang tersurat hingga tersirat.dari kekuatan hingga kelemahan kita.dari kekurangan hingga kelebihan kita.dia juga boleh menerima segala2nya tentang kita walaupun ia buruk pada pandangan orang lain.dan yang paling penting, dia sanggup menolong dan berkawan dengan kita di waktu susah dan senang. tak sekalipun merungut , semuanya sebab sayangkan sahabat


permulaan dalam percintaan pastinya bermula dengan persahabatan.kata orang 'tak kenal maka tak cinta'.kalau kita tak berkawan dengan orang itu dan tak mengenalinya, bagaimana mahu menjalinkan perasaan dalam hati bukan?dari bersahabat, semakin rapat, maka akan terjalinlah sesuatu hubungan yang disebut cinta

dengan kekasih hati,yang pasti kita lebih sayang kan kekasih hati lebih daripada sahabat kita, kita lebih risaukan kekasih hati kita lebih dari sahabat kita, kita akan lebih tension apabila bergaduh dengan kekasih hati kita berbanding sahabat kita. don't deny it my dear...

dua orang yang berbeza dalam hidup kita.tapi keduanya memainkan peranan yang penting dalam hidup kita

kalau seorang sahabat menasihati kita, kemungkinan besar kita tidak akan mempedulikan kata2 nasihat sahabat kita, tapi bila kekasih hati memarahi kita sekalipun, cepat2 kita minta maaf dan memujuknya

ada orang, bila sudah masyuk bercinta, akan lupa sahabat yang sentiasa menolong dan menyayanginya sebelum ini.terus buang kawan.terasa hati la kawan kita.ye la kalau bergaduh dengan kekasih hati, dengan siapa nak bercerita? dengan sahabat jugak kan.bila dah gembira bersama kekasih hati kembali, mulalah lupa sahabat kembali



tapi bagaimana pula persahabatan antara lelaki dan perempuan?bukankah lelaki dan perempuan itu macam magnet, sentiasa tertarik antara satu sama lain? mungkinkah persahabatan itu dapat mengelakkan perasaan seperti cinta itu wujud? biasanya, bila seorang lelaki dan perempuan itu bersahabat, pasti akan ada harapan untuk memiliki dari salah satu pihak, tidak kiralah pada si jejaka atau si gadis itu. bila semakin rapat, pasti akan wujudnya perasaan sayang.sesuatu yang amat sukar dihindari apabila perasaan suka itu muncul dalam hati.dan kadang2 ia bisa merosakkan persahabatan itu kerana hadirnya perasaan cinta.so lebih baik simpan je perasaan itu dalam hati hoho

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang… Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada!! Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi.

Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan. Tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..

ceh..skema betul entri ni.macam entri copy n paste jah
but it is really my own words


Wednesday, June 17, 2009

Terengganu, I LOVE YOU

pertama kali menjejak kaki ke Terengganu sekitar Januari 2006, aku tak menyangka akan ke Terengganu lagi dalam masa yang terdekat.ketika itu percutian pertama beramai-ramai bersama keluarga tercinta.sungguh seronok tinggal di banglo di Pantai Batu Buruk.lagi-lagi rumah tersebut terletak bersebelahan pantai je.jadi orang bandar ni jakun sekejap dan teruja sungguh dengan pantai dan ombak

julai 2007, aku ditawarkan menyambung pelajaran di UDM Terengganu.kali kedua menjejakkan kaki ke Terengganu dan aku akan menghabiskan masa 4 tahun di sebuah negeri pantai timur yang bernama Terengganu

sebut je Terengganu, pasti orang ramai akan teringat keropok lekor, batik,pantai dan pulau-pulau yang cantik.yeh..itu semua memang sinonim dengan Terengganu.memang tak boleh dinafikan lagi, itu semua la yang menarik pelancong-pelancong datang ke Terengganu

makanan

keropok lekor yang dijual di tepi jalan di KL sangat berbeza dengan keropok lekor Terengganu.keropok lekor di KL banyak dicampur dengan tepung dan mengurangkan rasa ikan di dalamnya.sebab itu keropok lekor Terengganu adalah terbaik.kat Terengganu ni tak de la orang nak jual keropok lekor tepi-tepi jalan macam kat KL , memang tak kan jumpa kecuali kalau pasar atau bazar.keropok lekor yang sedap selalunya akan dijual di kedai-kedai khas yang menjual keropok pelbagai jenis dan orang ramai akan beratur panjang untuk membelinya.memang takkan putus-putus pembeli keropok lekor.dan anda boleh membeli keropok yang direbus atau digoreng dan akan diberi sos khas untuk keropok lekor itu


selain itu, makanan kegemaran aku di Terengganu adalah nasi kerabu.ahha sebenarnya tak tahulah nasi kerabu ni asal Terengganu atau Kelantan tapi nasi kerabu memang superb.nasi Kerabu adalah berwarna ungu dan ada banyak sayur yang rangup.enak dimakan bersama ayam panggang, telur masin dan tentu sekali budu penyedap rasa.dan tak lupa juga nasi air , korang mesti mau cuba.rupa dia macam bubur sahaja tapi dia amat unik juga dan mengenyangkan


makanan laut yang dicelup tepung dan digoreng amat terkenal dan banyak dijual di pantai-pantai Terengganu seperti pantai Teluk Ketapang.ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung amat menyelerakan lagi-lagi kalau diminum bersama air kelapa.nikmat sungguh tak boleh cakap

air paling terkenal di Terengganu adalah cocunut shake.kat mana-mana mesti ada jual cocunut shake ni.bukan sahaja di restoran-restoran malah pasar malam pun banyak menjual air cocunut shake ini.air cocunut shake ini dibuat dengan mencampur air kelapa dan dikisar bersama aiskrim vanilla.sungguh umph!

sata dan nasi dagang juga terkenal di kalangan pelancong-pelancong Terengganu, tapi aku kurang gemar hehe

sebenarnya banyak lagi makanan yang enak-enak dan anda tak pernah makan boleh dijumpai di Terengganu.tempat makan kegemaran aku :
1.NR cafe macam berada di Bali pula
2.Restoran Sri Wangsa - mahal tapi sedap gila
yang lain tak ingat nama kedai dia..taw makan je

tempat perlancongan


selain daripada pulau-pulau yang terdapat di Terengganu, banyak tempat menarik lagi yang boleh dilawati di Terengganu.yang paling terkenal tentunya Pasar Payang.di situ anda boleh membeli pelbagai produk Terengganu seperti keropok kering, keropok lekor, telur penyu dan juga baju-baju dan batik.selalunya harga yang dijual di situ gak mahal memandangkan tempat tumpuan membeli-belah pelancong.kalau time tengah ramai orang memang tak cukup oksigen kat situ, penuh karbon dioksida, panas je.boleh pengsan taw

tapi ramai yang tak tahu sebenarnya tudung-tudung yang pelbagai jenis dan fesyen boleh dibeli dengan harga yang cukup murah di stesen bas MBKT.jangan beli tudung kat pasar payang sebab anda akan menyesal dan akan rambang mata untuk memilih tudung pelbagai jenis di tingkat atas stesen bas MBKT.memang puas hati beli tudung di situ


masjid kristal yang tersergam indah yang pernah menjadi satu kontroversi satu masa dulu antara tempat2 yang wajib dilawati di Terengganu.bila bergmbar berlatarbelakangkan masjid kristal seolah-olah berada di Taj mahal pula hoho

pulau

pulau-pulau yang terdapat di Terengganu tak perlu dinyatakan lagi yang memang confirm2 orang dah lama dah tahu.pulau redang, pulau kapas dan pulau perhentian menggamit seribu macam rasa bila berada di sana.padahal aku tak sampai lagi ke sana haha

loghat
loghat Terengganu selalunya akan ditambah 'ng' di belakangnya.contohnya seperti 'makang ikang'=makan ikan.tapi tak semua perkataan ditambah 'ng' ok.uniknya loghat Terengganu ni kerana orang luar Terengganu pasti tidak boleh menuturkan cara loghat Terengganu yang betul kerana loghat Terengganu hendaklah disabdukan apabila menyebutnya.kalau tak, orang Terengganu da tahu anda ini bukan orang Terengganu.buruk dan kelakar bunyinya bila orang luar Terengganu cuba berbahasa Terengganu.tapi yang dah duk kat Terengganu tu kalau tak cuba berbahasa Terengganu , anda memang rugilah..berkawanlah dengan orang Terengganu dan anda pasti boleh bercakap Terengganu.practice makes perfect.oh ya perkataan Terengganu pertama yang aku belajar adalah 'bekeng' maksudnya garang.sebab masa minggu orientasi dulu semua orang kata kakak-kakak pembantu mahasiswa bekeng hehe bagi aku loghat Terengganu dan Kelantan memang best didengari dan dicakapi sebab kadang-kadang orang yang bercakap Terengganu dan Kelantan bunyinya amat kelakar dan aku pasti tergelak dengan orang yang bercakap loghat Kelantan dan Terengganu yang sangat pekat ;)

kalau kat Malaysia ni, Terengganu dan Kelantan lah antara negeri yang kuat semangat kenegeriannya.memang kalau kat KL tu orang Terengganu dan Kelantan akan dipandang negatif.bukan kerana mereka jahat, tapi hanya semata-mata mereka adalah orang Terengganu dan Kelantan je.kalau ternampak mamat-mamat hensem tapi bila dia bersuara berloghat Terengganu atau Kelantan, terus direject oleh gadis2 di KL. he memang begitu keadaannya.tapi bila aku dah duk di Terengganu ni, kalau mereka adalah orang Kelantan dan Terengganu lagilah aku suka nak berkawan.

tapi kalau nak bershopping barang2 branded , tak perlu lah cari shopping kompleks kat Terengganu ni.kalau ada pun ada kat kemaman je, Mesra Mall.kat kuala Terengganu tu , Plaza Paya Bunga tah bila nak buka pun tak tahu.







entri ini dibuat khas kerana aku amat menyayangi Terengganu umumnya dan Kuala Terengganu khasnya.aku memang da jatuh cinta dengan Terengganu.tengok je lah kuiz-kuiz yang aku buat dalam facebook , semuanya dapat markah tinggi dan layak dipanggil orang Terengganu dan kelantan.haha perasan..

oh aku ada dua tahun lagi untuk berada di terengganu.macam mana ni? kebanyakan tempat menarik di Terengganu aku tak pergi pun lagi..oh..

dan aku memang bersyukur sangat dicampakkan di UDM yang disayangi ini sebab di sini aku dapat belajar macam-macam budaya dan perkara baru yang tak mungkin aku dapat di KL :D

gambar didapati di Google images.terima kasih Google image.i lap u jah <3


Wednesday, June 10, 2009

Sisters in Islam lulus bahasa Inggeris SPM?


dua isu yang hangat diperkatakan ramai orang sekarang.dan aku tertarik juga mengulasnya apabila melihat sahabat-sahabat blogger mengutarakan isu ini di blog masing-masing.mari kita membuka minda sebentar dengan isu yang matang sikit.dah umur 22 tahun ni kena pandai buat-buat matang huhu

Kementerian Pelajaran Malaysia telah meminta pandangan daripada orang ramai tentang mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai syarat untuk lulus dalam SPM dan mendapat sijil.cadangan ini banyak menerima pelbagai reaksi positif dan negatif dari orang kenamaan dan juga orang ramai.kita boleh lihat penggunaan bahasa inggeris sebenarnya amat meluas di kalangan masyarakat dunia kerana bahasa inggeris merupakan bahasa utama dunia

kalau nak ikutkan, sebelum mengambil SPM, kita da belajar bahasa inggeris hampir 11 tahun.lama tu...jadi mengapa pelajar-pelajar masih tidak lulus dalam subjek bahasa Inggeris walhal dalam tempoh 11 tahun pasti banyak perkara yang sudah dipelajari

kalau sesuatu perkara itu wajib, manusia selalunya akan mengambil berat perkara tersebut berbanding sesuatu yang tidak wajib.tapi kadang-kadang benda yang wajib pun manusia sering leka untuk menunaikannya , contohnya solat 5 waktu

cadangan untuk mewajibkan lulus dalam bahasa inggeris di peringkat SPM sebenarnya dalah satu cadangan yang baik.bukan untuk menafikan penggunaan bahasa ibunda kita ,bahasa Melayu tetapi dengan dunia yang semakin pesat ,kita juga tidak boleh menafikan pentingnya penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia ini


di Universiti , kita boleh lihat kebanyakan kursus yang kritikal memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang baik dalam bahasa Inggeris walaupun masih ada kursus yang diajar dalam bahasa Melayu . tetapi jika seseorang itu yang fasih berbahasa Inggeris walaupun bukan dalam bidang pelajarannya ,bukankah orang lagi berasa kagum dengannya?

jika seseorang yang mengambil jurusan keagamaan, bukan bermakna dia hanya perlu menguasai bahasa Arab sahaja.jika dia dapat menguasai bahasa Inggeris juga bukankah itu satu kelebihan dan menjadikan dirinya mempunyai nilai tambah berbanding orang lain yang sama bijak dengannya dalam ilmu agama?

sekarang kita seharusnya mempunyai fikiran dan minda lebih terbuka dalam menilai isu ini.saya sendiri boleh melihat di universiti saya, UDM,mahasiswa-mahasiswi dalam jurusan pengajian Islam tidak lagi segan untuk berbahasa Inggeris dan mereka sendiri menyedari pentingnya bahasa Inggeris itu dalam kehidupan akan datang

bangsa-bangsa lain di Malaysia kebanyakannya mampu menguasai 3 bahasa sekaligus, contohnya bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.orang Melayu mungkin hanya pandai berbahasa Melayu sahaja atau yang mengambil jurusan agama mungkin mampu berbahasa Arab juga.tapi berapa keratlah sangat.ini semua terjadi kerana kita masih mahu mengenepikan kepentingan bahasa Inggeris.tak malukah kita dengan bangsa lain yang semakin maju sedangkan kita masih mahu berada di zon selesa.bagaimanakah kita hendak bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang di Malaysia ini?

kita lihat realiti sebenar,ada orang Melayu yag masih gagal dalam subjek bahasa Melayu tetapi bangsa lain mampu mendapat markah tertinggi dalam subjek bahasa Melayu.walaupun kita berbual, bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu, belum tentu juga lagi kita benar-benar tahu dan faham bahasa Melayu itu sendiri

dalam konteks ini, kita boleh lihat bagaimana bangsa lain berusaha bersungguh-bersungguh untuk mendapat A dalam subjek bahasa Melayu sedangkan orang Melayu sendiri duk relax je ingat da pandai bahasa Melayu

kenapa bangsa lain boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik sedangkan orang Melayu tidak boleh?semuanya bergantung kepada usaha. 'nak seribu daya, tak nak seribu dalih'

untuk membolehkan seseorang itu menyambung pelajaran di peringkat ijazah di Malaysia, seseorang itu harus mengambil ujian MUET.di universiti saya, kebanyakan pelajar hanya mendapat band 2.band 2 itu juga boleh dikatakan cukup-cukup makan sahaja.tapi kita tak boleh nak salahkan mereka juga kerana persekitaran di UDM juga tidak menggalakkan seseorang itu berbahasa Inggeris kecuali jika anda adalah pelajar jurusan TESL atau undang-undang.kadang-kadang saya sendiri sedih melihatkan keadaan tersebut.penggunaan bahasa Inggeris memang dianggap pelik dan janggal bila mahu berkomunikasi kerana mungkin akan dilabel gedik dan tunjuk bagus.tetapi saya memuji usaha dari MPP UDM yang menggunakan dwibahasa bila berlangsungnya majlis-majlis yang mereka anjurkan.sekurang-kurangnya pelajar dapat merasakan suasana penggunaan bahasa Inggeris .

tetapi situasi kepelikan menggunakan bahasa Inggeris di kalangan pelajar mungkin kurang berlaku di universiti-universiti lain di Malaysia terutamanya yang terletak di Lembah Klang.mereka yang tidak pandai berbahasa Inggeris disisihkan dan meraka akan berasa kurang bijak dan mahu bersaing sesama sendiri

saya rasa dengan teknik pengajaran yang berkesan dan kreatif boleh meningkatkan minat pelajar-pelajar berbahasa Inggeris.jadi itu bukan suatu masalah jika betul teknik dan caranya digunakan untuk mengajar bahasa Inggeris di kawasan luar bandar dan pedalaman.guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris harus berfikir secara kreatif untuk meningkatkan minat pelajar menguasai bahasa Inggeris.bukan sekadar hanya menggunakan buku semata-mata.

janganlah kita menganggap pelajar di luar bandar itu kurang bijak.yang banyak berjaya juga sebnarnya pelajar-pelajar yang tinggal di luar bandar seperti Nik Madihah mendapat 19A1 & 1 A2 dalam SPM2008 lalu, sedang tempat dia membesar dan mengulangkaji adalah di sebuah rumah dan dalam keluarga yang sangat sederhana. Ayahnya bekerja sebagai nelayan, menyewa rumah yang “sempit dan uzur” RM90.00 sebulan seperti dikatakan Utusan Online.jadi ini tidak boleh dijadikan alasan mengapa pelajar luar bandar tidak boleh berjaya walaupun hidup dalam kedaifan .jika kuat semangat benda mustahil boleh menjadi kenyataan

tetapi saya juga bersetuju dengan saudari Acax yang mengatakan guru harus memberi penekanan dalam aspek grammar bukannya komunikasi semata-mata.pelajar-pelajar banyak hilang markah dalam grammar sedangkan mereka mempunyai banyak isi untuk diketengahkan di dalam karangan mereka.walaupun seorang pelajar itu boleh menulis karangan yang panjang berjela tetapi apabila dia mengabaikan aspek grammar, markah boleh turun dengan mendadak serta merta.


walaupun begitu dalam isu matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris sahaja saya kurang setuju.kerana subjek itu boleh dikatakan subjek yang kritikal juga dan perlukan pemahaman yang kuat dalam bahasa ibunda sendiri.bila betul-betul dah memahami benda yang asas yang diajar di sekolah dan bila kita sudah matang untuk berfikir dengan sempurna , pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukan lagi satu masalah di peringkat Universiti

saya juga bukanlah seorang yang pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.saya juga teringin menjadi seorang yang fasih dalam berbahasa Inggeris tapi itu tidak mungkin akan terjadi jika saya tidak berusaha ke arah itu

dalam isu Sister in Islam pula , walaupun mereka menggunakan nama Islam dalam persatuan mereka tetapi mereka ada menentang ajaran Islam dalam sesetengah perkara .tak payah tengok jauh-jauh, tengok betulkah cara mereka menutup aurat.sempurnakah?apa-apa persatuan atau pertubuhan yang menggunakan nama Islam walhal sebenarnya mereka tidak memperjuangkan Islam yang sebenar yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah patut dihapuskan kerana mereka ini boleh menjadi musuh dalam selimut atau duri dalam daging yang bisa merosakkan dan meruntuhkan Islam itu sendiri

4:140. Dia menurunkan kepada kamu di dalam Kitab, "Apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah dinafikan, dan diperolok-olokkan, janganlah duduk bersama mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; jika tidak, kamu adalah serupa dengan mereka." Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik, dan orang-orang yang tidak percaya, kesemuanya di dalam Jahanam.


Saturday, January 03, 2009

Buka buku baru

Alhamdulillah sudah masuk tahun baru Islam dan tahun baru 2009..tahun baru selalunya mesti berkaitan dengan azam baru..semua orang sibuk buat azam baru padahal dia tak sedar azam lama masih tak tercapai..sama la macam aku he aku pon tak ingat apa azam aku tahun lepas..hehe

Tahun 2008 memberi aku banyak pengalaman berharga tak kira la suka atau duka. Tahun 2008 juga adalah tahun aku banyak bergiat aktif dalam aktiviti2 yang dianjurkan dalam universiti. aku suka nak menyibuk jadi sekretariat untuk mana2 program yang dianjurkan sebab aku suka nak cari pengalaman dan juga mesti la nak menyumbang kepada universiti tercinta..tak rugi sertai program2 ni walaupon penat bila da selesai memang ada satu kepuasan yang dapat dicapai.itu yang pentingnya.pastu boleh jumpe n kenal orang baru jadi kawan2 kita pon makin ramai kan seronok tu

2008 pon aku rasa seronok sangat dapat jumpa n bekenalan dengan pemimpin2 mahasiswa, dapat belajar dan berkongsi pendapat dengan mereka , bergaduh mulut pon ada jugak..satu yang amat menarik.sampai orang atasan UDM pon baca blog aku siap print lagi..tak ke seronok haha

Selalu aku tengok atau tanya azam baru kebanyakan nya sangat umum..kalu umum sangat takot tak tercapai plak akalmu hoho ok sebuk pasal azam aku tahun ni apa?

Keyword aku tahun ini adalah RAJIN ! rajin ni unsur paling penting dalam hidup aku tahun ni..tanpa RAJIN semua keja tak boleh jalan..bila ada RAJIN pasti aku akan berjaya di tahun 2009 ni biiznillah..

Macam orang lain jugak semua nak meningkat mana ada nak menurun..oops ada kot benda yang harus turun lagi..minyak..haha..minyak tak de kena mengena dalam hidup aku sebab bukan aku yang tentukan harga minyak ..tapi aku je yang beli minyak..eh ada la kena mengena dalam hidup aku sebagai pengguna minyak he sudah2 jangan nak merepek lagi..balik kepada azam ..nak tingkatkan pelajaran , tingkatkan pointer tingkatkan amal ibadah , tingkat kan sedekah jariah, tingkat usaha, tingkat… mangkuk tingkat sume la yang bertingkat2 hoho

Tingkatkan pelajaran caranya adalah : sesibuk mana pon aku, pada malam hari atau esok hari nya awal pagi2aku MESTI mengulangkaji apa yang lecturer ajar kan sebelum itu.ingat… MESTI atau WAJIB ! Takde sebarang kompromi hoho

Amal ibadah pulak hendaklah rajin turun surau dan solat berjemaah di surau sekurang2nya waktu maghrib dan isyak..baca quran setiapselepas waktu solat dan cuba menghafal surah2 baru..biar sedikit tapi istiqamah insyaAllah..

Ok bukan semua harus meningkat di tahun baru ni..ada jugak yang perlu turun..contohnya berat badan he jadi untuk menurunkan berat badan hendaklah mengurangkan pengambilan makanan yang tidak penting dan juga harus bersenam sekurang2nya 3 kali seminggu..jom jogging petang2 dan juga..kurangkan tidur ye kawan2

Mulut jahat dan laser ni juga harus dijaga sebaik2nya supaya tak terlepas lagi kata2 yang boleh menusuk kalbu orang..ala tapi korang ni kadang2 jangan la amik hati cepat sangat..he tapi mungkn gurauan aku korang tak paham kot so tak leh la nak salahkan..tapi mulut harus jaga betul2 tahun ni..cakap benda baik2 dan perlu sahaja..puji n bodek saje..haha

Yang kat atas sume untuk diri sendiri..tak boleh cam ni tak leh pentingkan diri je..

Untuk keluarga dan ibu bapa tersayang..anak mu ini akan belajar bersungguh supaya satu ari nanti leh balas jasa mak abah dan bagi je duit bile mak abah minta hoho..n RAJIN buat keje umah bile balik cuti hehe dan kepada adek2 ku yang nakal tapi tetap aku sayang.. kakak mu ni akan jadi baik tak garang da n tak marah2 sangat lagi tapikalu kena suruh minta map la ye ..he macam selama ni aku garang adek aku takot

Untuk kawan2 yang dikasihi saya akan jadi kawan yang baik jugak..kalau ada apa2 yang saya eh tolong insyaAllah saya akan tolong

Untuk lecturer2 yang dihormati ..saya akan cuba tak tidor dalam kelas, beri sepenh tumpuan semasa pembelajaran n buat assignment sebaik mungkin..hoho..macam mana ye tak nak bagi tidur dalam kelas..sapa boleh tolong..tak taw la tapi sem lepas cepat btul syahid lagi2 kelas petang adoii..

Dan untuk…………bos saya merangkap teman tapi mesra…..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haha..tak nak bagitahu..tak de pape pon..syuhh…………… :p

ni pulak kad yg diberi kawan2 blogger

from zahirah


daripada Muhd Faa'iz Bin Safei@Suhaimi Al-Khattat Al-Azhari

mari la sama2 berdoa kemenangan untuk saudara kita di palestin yang berjihad menentang israel laknatullah.berdoa sahaja la yang kite mampu buat sedangkan saudara kita diserang dengan zalim oleh musuh2 Islam. semoga Allah memberi kekuatan kepada saudara2 kita di PAlestin


dan qunut nazilah memohon kemenangan kpada mujahidin, kesabaran kepada umat ISlam dan kehancuran Israel serta golongan munafiqin dan murtadin yang bersama mereka


Sunday, December 21, 2008

bukan sume orang suka kat kite

ini apa yang aku tulis di buletin friendster tentang keputusan peperiksaan yang lambat keluar dari tarikh yang dijangkakan




UDM dan keputusan peperiksaan
"akhir nye result sbnar kua 22 dec sperti yg ditulis dlm portal..mari gelak rmai2 he
sabar je la ralat
rmai btul on9 ari ni kat portal ingat kua result huhu"



dan di bawah ini pula respon2 dari apa yang aku tulis di atas

respon pertama :
"hahah taw xpe"

respon kedua :
"hari tu kitaorg tya dia ckap 21 diaorg pos la k.iqa...
hhuhuhuh pening2...
:)"

respon ketiga :
"ok la tu kuar lambat..result aku mesti teruk..huhuhu"

respon keempat :
"haiya... i dunnoe wat to say to u la.. alwayz there when thingz when bad.. maybe when u r in their shoes, doing things they (UDM STAFF/ WORKERS or wutever u called them) do, then u will noe how things are.. just sit.. and think about it.. kita xperlu bercerita tentang everything.. adakah membuka atau menyebarkan keaiban org itu baik?? i dunnoe.. to me its not good.. ive learned it first hand.. i noe.. and to u.. my advice is.. what goes around, comes around... hmmm... kinda like Earl said in "My Name is Earl", the movie bout hukum karma stuffz.. xkisahla.. just sit back, relax, think a bit, say what is to say... if its bad or in any way will conduct towards -ve result, better not say it.. save it.. u'll need it.. hehe.. just friendly advice.. i'm not that perfect anyway.. saling ingat mengingati.. Wsalam.."


3 respon yang sama2 gelak ngan aku sebab kelewatan keputusan dikeluarkan dan satu respon yang tak puas ati dengan apa yang aku joke kan...

dan ini pula dari seorang mahasiswa yang meluahkan perasaan kelambatan keputusan exam..mngkin agak sedikit emosi daripada aku yang hanya ketawa bile keputusan yang ditunggu tak kuar lagi
mahasiswa kecewa

"tndkn bhgn akdmk menukr tarikh result,membebnkn pelajr utk memhn ke IPT len,coz fully rsult 4 all sem x dpt d kluakn lg.mpp bertindk,bantu kami!!!!
"
sumber : blog MPP UDM


lirik lagu "aku bukan musuh harta" oleh Dr Asri bekas mufti perlis yang digam RTM kononnya lirik nya kasar..tang mana kasar tu ye..ke sebenarnya depa ni terasa sangat..bak kata orang 'sapa makan cili dia la rasa pedasnya..
sumber lirik : http://putrarevolusiblogspotcom.blogspot.com/


Monday, October 13, 2008



entri kali ini saya tujukan kpada saudara SiarIslam yang menulis pnjang lebar di shoutbox saye sampai 3 mukasurat tu
walaupon saudara SiarIslam mnggunakan nama samaran tapi saya tahu sape dia sbnarnye berdasarkan cara dia mnulis
tapi x kesah la..ok saudara SiarIslam saya akan menjawab sume komen anda tentang saya dan saya sedikit pon tak marah kat anda walaupon anda kutuk saya malah saya tergelak membacanya sebab saya tahu apa yang anda tahu

persoalan pertama
"cerita PRK ni guane sebenarnye? saudara aizat, hg duk kutuk2 MPP, HEPA & Aspirasi, tapi bukan Hang dulu pun mcm tu jugak ke dulu?"
aizat dulu sememangnya MPP, HEPA n ASPIRASI
tapi bile duduk dalam satu organisasi yang tidak menjalankan fungsi seperti yg kite harapkan
contohnye kite taw apa yg organisasi kite buat itu salah tapi takkan kite mau duk diam je tanpa memperbetulkan kesalahan kite
takkan kite mau organisasi kite terus hanyut dlm kesesatan
bile kite nak btulkan apa yang salah selalunya kite akan ditentang
contoh yg plg mudah nak diambil seperti ketika nabi Muhammad S.A.W cube mnyebarkan dakwah secara terang2an dan membetulkan apa yg salah di kalangan arab Quraisy
lihat saje bagaimana baginda ditentang dgn hebat walaupon baginda hanya mahu membetulkan apa yg salah
saya bukan la mahu membela aizat saje tapi saya cuma mahu memberitahu satu realiti saje
dan aizat adalah salah seorg yg cuba membetulkan apa yg salah supaya khidupan mahasiswa UDM lebih maju aman makmur

persoalan kedua
"saudari haziqah, yg hang duk ngikut belakang aizat nape?? awk takde pendirian yg teguh dan xlayak jd pemimpin.. jd pengikut je lah gitu gak..nak jadi pemimpin, mesti tetap pendirian dan xmudah terpengaruh.. maaf lah.. tapi ambo cuma nak "Betul".. nak betul ja yg xbetul.."
saya tidak mngikut blakang aizat jika pndirian saya tidak sama dgn aizat
dan saya bukanlah pngikut membuta tuli
jika saudara aizat tiada saya tetap dgn pndirian saya
cuma aizat hanya la seorg leader yg saya boleh follow
anda boleh mngatakan saya tidak layak jadi pmimpin
dan saya mngakui saya belom layak utk mnjadi pmimpin sebab saya masih bnyak kekurangan tapu saya adalah seorg follower yang kuat sebab saya tahu saya akan mnyokong kuat leader saya

persoalan ketiga
"awk jelas tgk aizat telah buat hal kat MPP dan GPMS, dia tu mcm pembelot.. yg hg duk ikut pembelot guane kire"
saya sudah mnjawab soklan ketiga ini di persoalan pertama
saya tidak rasa dia seorg pembelot tapi saya tahu yg dia sbnarnya amat sayangkan MPP dan GPMS dan dia sbnarnya mahu yang terbaik utk MPP dan GPMS

persoalan keempat
"sekali lg sy mintak maaf lah, pndapat personal ambo, awk dan lain2 ni cuba memecah belahkan student UDM.. memalukan..Tolong jgn wujudkan sentimen2 yg negatif dalam fikiran pelajar.. kita nak berpadu.. berkerjasama.. awk ni memecahbelahkan.. jgn lah.."
ayat2 ni amat mnggelikan hati perot saya
tapi ini satu tuduhan yang berat
saya tidak sekali2 cuba memecahbelahkan student UDM
dan saya boleh kata 70% student UDM bersetuju dgn pndirian saya
kami hanya mahu hak kami terbela dan sbnarnya la kami la yang mahu menyatupadukan student UDM
dan kami tidak sekali2 mahu mnwujudkan sentimen2 negatif dalam kalangan pelajar itu sndiri tapi kami mahu menerapkan sentimen positif supaya minda student2 UDM terbuka dgn lebih luas dan dapat mnilai hal yg baik dan salah dan tidak berfikaran jumud

persoalan kelima
"awk telh kene indkoktrin oleh org yg salah.. sy bsimpati dgn awk.."
saya la yg sebenarnya harus menujukan ayat ini kpada anda dan saya la yg harus bersimpati kepada anda

persoalan keenam
”tapi jgn risau, awk masih ada peluang untuk mengubah ape yg patut.. cuma nasihat sy, jgn mudah terpengaruh k.. tetapkan pendirian..
jgn ikut secara lurus bendul.. awk kene fikir yg mane baik dan buruk..
kaji latar belakang saudara aizat.. awk masih belum kenal dia dgn betul.
aizat tu pndai menggunakan insan2 yg boleh "dimakan" olehnya..
sekian sahaja.. sy secara jujur, xside mane2, saya di side yg benar dan rasional.. harap fhm.. kita harus berusaha menyatu padu.. bukan memecah belahk"
terima kasih kerana menasihati saya dan saya terima nasihat anda secara terbuka
insyaAllah saya tahu menilai siapa yang kawan siapa yang lawan

persoalan ketujuh
"Bersyukur dgn apa yg ada.. MPP yg menang tanpa bertanding pun ada kredibiliti masing2.. sume xperfect.. MPP yg menang tanpa bertanding yg awk kutuk tu lah byk membuat pembaharuan pada UDM le ning.."
Saya mengakui yang MPP yang menang tanpa bertanding mempunyai karisma dan kredibilti mereka sndiri tapi bukankah lebih baik jika mahasiswa sndiri yang menilai kredibiliti pmimpin pilihan mereka? Masing2 mmpunyai pndapat masing2 dan yang terbaik pasti lah akan menang

persoalan kelapan
"so.. jgn kutuk mereka.. mereka ada kelebihan masing2.. kita harus memberi peluang, bukan mematahkan semangat.
kalau setiap benda yg mereka nak buat, kita patahkan usaha mereka, kita xkan ada kemajuan.."
saudara yang dihormati, saya mmpunyai hak utk mngutuk pmimpin saya jika apa yang dibuat pmimpin saya itu betul atau salah sebab itulah hak rakyat biasa utkm mnegur pmimpin mereka..tapi kan saudara yang hebat, saya rasa saya jarang mngutuk MPP tapi rasanya saya mngutuk orang yang mnjaga MPP

persoalan kesembilan
"sy kadang2 pening dgn awk, kejap2 sokong MPP, kejap2 kutuk... mcm2.. awk kene tetap pendirian k.. sy terpaksa kate begini sbb sy tgk awk ni..
sbb sy tgk awk ni sedap2 je ngate ke org lain, dan tidak ada org yg berani ngate ke awk.. so, sy nk jadi org pertama.."
saya akn mnyokong MPP jika apa yg MPP buat itu adalah utk kbaikan student tapi saya akan mngkritik jika apa yg MPP buat itu salah.salahkah saya mengkritik MPP jika apa yg pmimpin saya buat salah? Dan saya rasa mngkritik hanya lah utk kbaikan MPP bukan utk mnjatuhkan
tu la yang saya pelik saya tidak pnah bniat mnjatuhkan MPP. Jika saya mmg berniat utk jatuhkan MPP saya langsung tak kan join program yg MPP laksanakan dan tak kan berkawan baik dan bermesra dgn MPP.saya juga tak mungkin akan mnjadi secretariat MPP jika saya palang MPP
tapi kan saya rasa dalam blog saya ni saya banyak memuji MPP je especially dalam program2 yg dilaksanakan
owh terima kasih kerana sudi kutuk saya, saya suka ktukan begitu sebab kutukan begitu membuat saya ketawa sorg2. saudara yg dihormati, anda masih tidak kenal siapa saya.
Dan saya tidak marah langsung dgn anda tapi sila lah kritiksaya lagi supaya saya tahu apa kekurangan saya sbgai insan yg lemah
Dan sebagai seorg pmimpin MPP haruslah bersedia dari segi fizikal dan mental sbb mmg biasa seorg pmimpin itu akan dikritik dan dibenci rakyat nya walaupon dia seorg yg amat berkaliber


Friday, September 05, 2008

Merdekah Kite?

Er…salah tajuk ke entri aku kali ni..?
Tak la..mane ade salah..
Relex la beb baru je baper ari kite smbut merdeka
Tak kan smngat kemedekaan dalam diri da ilang kot
He walaupon da masuk bulan ramadhan, bulan puasa
Tapi aku tetap nak tulis entri berkaitan dgn Merdeka

Seperti di universiti lain dan juga seluruh tempat di Malaysia
31 Ogos disambut sempena hari kemerdekaan negara kite
Macam2 aktiviti kebudayaan kononnye dilakukan kononnye sempena meraikan kemerdekaan negara kite
Dan tak lupe juga forum2 dan seminar berkaitan kemerdekaan


Di UDM plak..satu forum yang dianjurkan oleh kelab bahasa dan intelektual pelajar (KBIP)UDM amat menarik perhatian dan aku semesti nye tak melepaskan peluang utk mnyertai forum yg dianjurkan pelajar spt ini
Sebab nye bile pelajar yang buat tanpa dikacau oleh org atasan
Suara pelajar itu sendiri dapat didengar sebaik mungkin
N di situ juga pelajar itu agak bebas memberi pendapat tanpa perlu takot dgn siapa2

Tajuk yang dipilih sempena forum itu adalah “ Kelesuan Semangat Patriotik dalam Kalangan Mahasiswa”
Selain tajuk dia yg best , moderator dan ahli panel dia yg mntap juga menjadi sebab knape aku tak sabar2 nk join forum tu
Moderator , amar arafat, pelajar law n TYDP law
Ahli PAnel
Shaiham , YDP persatuan mahasiswa kontemporari islam
Zaki @ Jack, pelajar TESL
Burhan, presiden kelab orator
Last but not least Isa, S/U 2 MPP UDM
Menarik bukan ahli panel dia, kalu korg student UDM mmg taw la betapa hebat nye nama2 tu
Tapi..agak sedih masa g DKU tmpat berlangsungnye forum,tak ramai org yg hadir
N rasa nye sbab terbesar tak ramai yg dtg sbb pada masa yg sama kat DABS ada sketsa arab, sume student FKI wajib hadir ke sana..
Haaa..sebab tu la sket je org yg dtg forum tu
Tp ada je student FKI yg curi2 g forum tu..hee..

Bagi aku forum tu adalah kesinambungan forum yg dianjurkan FKI msa hari terbuka FKI ari tu..
Masa tu akhi shaiham tak dpt join forum tu walaupon dia adalah salah seorg ahli panel dlm forum tu..so kali ni dpt la dia jadi ahli panel..he
Forum tu mmg hangat walaupon keadaan dlm DKU beku..
Aku la yg beku..hehe


Moderator dia mmg best la..amar arafat, mmg la terer ckp kata mng pidato kemerdekaan kn..he
Ahli panel 1 : zaki @ jack
Jack sbnarnye boleh kata lari tajuk la sbb dia ckp psl AUKU yg boleh kata tak de kena mngena dgn tajuk
Tapi jap eh ada kot kna mngena ngn merdeka, maksud jack la bg pndapat aku
Dgn AUKU mahasiswa/i masih tak merdeka sbb x bebas bsuara lagi..kna cover2 mcm aku la tulis dlm blog ni..he
So x merdeka lagi la mahasiswa/i kite
Tapi respek la kat jack cos dia berani gile kutuk AUKU n MPP dulu
Walaupon aku rasa dia adalah aspirasi
Yg kelakar nye bile jack bercakap, muka isa berkerut
Bile isa bersuara muka jack senyum sindir..huhu
Ahli panel 2 : burhan @ bob
Cara bob cakap mcm best walaupon pertama kali dgr cm mngada2 je
Dia pnye isi mantap cos mmg la dia msti buat preparation n dia da biasa dgn suasana debat kalu x , x de la dia jadi presiden kelab orator kn..
Ahli panel 3 : shaiham
Cara akhi bercakap cm bagi tazkirah kat surau je..
N of cos ada lah isi dan point yg mantap
N kbnyakan nye msti berkait dgn agama
Point yg best yg akhi shaiham ckp
“bile kite cinta kan islam dgn sndiri kite akan syg kna negara kite
N smangat patriotik akan timbul dalam diri kite sbb islam mngajar kite utk syg kn ngara kite tapi taat kpd ngara jgn mlbihi taat kpd Allah ”
Ahli panel 4 : isa
Point yg isa bg selalu nye mnjawab balik apa yg dihentam oleh jack
Isa kata kalu AUKU sekat pelajar x mungkin ada MPP kn..

Owh aku sudah bsmngat mau bertanya kan soklan kpd ahli2 panel yg mantap2 itu
Siap msg zaim ckp soh dia tnya soklan dulu sbb dia jd initializer aku utk btnya soklan..hehe
Tangan pon sudah beku n mnggeletar dgn harapan dpt btnya soklan utk ptama kali di dalam forum
Tapi harapan ku hancor berkecai..masa amat mencemburui aku bak kata pengerusi majlis
Masa da lambat sgt cos sblom tu si pemberi soklan sudah btnya pnjang lebar dan ahli2 panel pon jawab pnjg lebar juga.wuwu
Da la kalu sape tnya soklan dapat hadiah..
He tapi aku tnya soklan bukan sbb nk hadiah
Aku nak tgk kehebatan ahli2 panel mnjawab soklan
Akhir nye aku dan zaim merana kerana x dpt tnya soklan..huhu

Soklan yg bermain2 di pikiran aku sejak mngetahui ade forum ni lagi adalah..
Jeng..jeng..jeng....
Seperti kite ktahui n mmg da tahu pon..
Setiap kali hari kemerdekaan ngara kite,
mcm2 program dan aktiviti diadakan utk memeriahkan hari
Dan juga macam2 pertunjukan kebudayaan dipersembahkan..
Apakah tujuan sbnarnye kite mnyambut hari kemerdekaan?
Adakah tujuan nye utk mmupuk smngat patriotik dalam diri wargangara malaysia sekaligus utk mngingati pjuangan pejuang tanah air kite pda masa lampau?
Kalu itu la sbb kite mnyambut hari kmrdekaan..apa relevan n perlu nye kite mngisi hari smbutn hari kmrdekaan dgn program2 seperti itu?
Adekah dengan program berbentuk hiburan, mnyanyi, berdikir barat, main band
Sume lagu tu dapat ke memupuk n mnaikkan smngat patriotik dlm diri kite

Sendiri tanya sendiri jawab..he
Bagi aku tak de maknanye mnyambut kmerdekaan ke sambut apa2 pon dgn hiburan
Yg hiburan tu sume melekakan kite je drpd mngingati pencipta kite, Allah
N tak de memberi apa2 kesan dalam diri kite pon
Dan lagu yg konon2 patriotik pon kdg2 x mnaikkan smangat patriotik pon..
Ye la da pnyanyi tu nyanyi dgn x patriotik siap bleh bgelek2 lagi..mane partiotik nye?
Pastu bile da 12 tgh malam melaungkan merdeka yg kdg2 aku malas nak mnyebut nye
Cos akau rasa merdekakah kite?
Kalu dulu masa 31 ogos 1957, mmg la org2 zaman tu melaungkan merdeka drpd kebebasan drpd penjajah
Tapi skang ni kite laung merdeka bebas drpd apa
Penjajah lagi ke? Mungkin fizikal kite tak dijajah..tp pikiran kite bagaimana?
N yg plg x tahan..12 tgh malam tu masa nyanyi lagu 'keranamu msia' n 'jalur gemilang' dgn pasang audio yg kuat nak mam*** yg boleh pecah jantong
Yg dtg tu especially laki la terkinja2 mnjerit2 nyanyi dgn sungguh x bertamadun
Rasa kalu mati kat ctu rasa sia2 je idup selama ni

Lain la kalu kite smbut kmerdekaan dgn berzikir kepada Allah
Bertahmid, bertasbih dan bertakbir
Kat ctu aku boleh rasa smngat dalam diri aku mningkat
N aku rasa aku lebih patriotik bile berzikir bertakbir bertahmid
Tak percaya? Sila la buat dgn pnuh tawaduk mngingati Allah
Sebabnye bile kite mngingati Allah kite sdar kite ni hamba Nya yg lemah lagi hina
Sape la kite tanpa pertolonganNya
Dan tak de la terjadi perbuatan mlompat2 terkinja yg sungguh x bertmadun itu


Sunday, August 03, 2008

standartlah universiti mcm ni

di suatu tgahari yg sgt panas
ramai pelajar yg dtg ke cafe halimatus saadiah
membeli makan tengahari ketika perot sudah mnyanyikan lagu keroncong
aku pon sama memanjakan perot ku dgn makan tengahari yg sungguh mahal di cafe halimah

tiba2 ternampak lah sekumpulan pelajar perempuan dtg menuju ke cafe
cara mereka berpakaian seperti baru balik dr sukan
owh mungkin mereka baru saje lepas bermain sukan do karnival sukan yg dianjurkan oleh fakulti pengurusan
tp aku kurang berkenan dgn cara mereka berpakaian
mereka memakai baju lengan pendek yang sunggu pendek dan baju yg agak ketat
tapi masalah nya mereka mmakai tudung
ketika itu aku mau mmbasuh tangan selepas makan
dan tergerak hati mau menegur mereka
tapi sedihnya tak sempat sbb mereka sudah ke kaunter makanan
hm..x pe la mungkin tak de rezki nk tegur

selepas itu aku ke gerai2 smpena hari terbuka FKI
kmudian aku duduk ..eh sbnar nye bdiri berteduh di susur gajah di situ
kumpulan pelajar yg mmakai baju lengan pendek itu juga menuju ke grai FKI
dan dgn x mau mensia2kan peluang yg sudah ade di dpn mata
aku pon cube...

aku : assalamualaikum. korg ni student baru ke?
mereka : er..tak student lama
aku : sem berape ye?
mereka : sem 5
aku : kos apa?
mereka : kos tuuttt... (biarlah rahsia)
aku : owh..lain kali jgn pakai baju lengan pendek ye..
mereka : er..emmm..

selepas itu mereka pon beredar
aku pon mlihat2 dan mmbaca2 notis2 yg ade di papan knyataan berdekatan
tibe2..



mereka : awk sem baper ek?
aku : sem 3
mereka : kos apa?
aku : sains komputer
mereka : sebelom ni tak de sape pon tegur kitorg pakai cmni..!
aku : kite kan kat UDM
mereka : UDM ye..bukan KUSZA..standart la universiti macam ni..!

selama ni aku hanya dgr je cerita yg org kata bile da jadi universiti kite agak bebas dari segi berpakaian
kalu nk compare dgn zaman kusza dulu, mmg x leh nk pkai seluar sekali pon..
apa tah lagi baju ketat2 n pendek2
aku pon dulu masa mula2 masuk UDM pon pkai baju lebih kurg cmtu la..
tapi keadaan sekeliling yg agak islamik terasa malu nk pkai cmtu
lagi2 dpn laki2 yg alim
tapi bile da zaman UDM ni..
pkai baju ketat2 n pendek2 tu sudah menjadi perkara biasa..
jadi jika gejala ini tidak dicegah alamat lah hilang lah keunikan UDM berbanding U lain..ilang lah imej islamik UDM di mata IPTA lain di Malaysia ni
UDM dari segi nama pon sudah lain..
kalu nk banding dgn U lain yg gne nama Islam sbgai nama U diorg mcm UIA n USIM
UDM mnggunakan nama "iman" dlm nama U kami
tapii masihkah ada "iman" dlm diri sume plajar UDM..?

tapi ade juga sestengah pelajar..
apabila ditegur cara mereka berpakaian yg tidak mnepati syarak
mereka mngucapkan terima kasih..terutamanya pelajar2 baru..
alhamdulillah masih ad ye masih boleh menerima teguran dgn baik

jadi..renung2kan dan tepuk dada tanya iman ;)


Monday, June 30, 2008

penang + fitnah again !





Di jambatan Pulau Pinang
Tiada gmbar lain sebab tidak rasa hndak bergmbar hehe
Gambar ditangkap oleh adek saye tapi diedit oleh saya





Marah geram bengang !
Knapa? Tengok la tajuk paper skang ni hape?
Da tak de keje lain ke slain ni fitnah org
Btul la fitnah itu lebih teruk drpd mmbunuh!
Macam tak de bnda lain nk fitnah..LIWAT?
Kononya yg kna liwat tu bdak laki umur 23 tahun..
N kjadiannya baru berlaku 3-4 hari lepas?
Owah cmon la..nk mnipu n buat fitnah tu pndai la cket..
Tak abis2 dgn LIWAT..
Ingat rkyat Msia ni bodoh ke?
Ingat kami ni tak de mata ke?
Ingat kami ni boleh di main2 cm patong barbie ke?
Boleh bla LAH!
Buat isu ni sbb nk cover isu lama..
Da la x pndai langsung nk mnipu...
Buat la lagi keje cm ni..lagi org benci ada LAH

Aku marah sbb dua kali kna fitnah..
Bnda sama gak..
Dulu angkat tilam g mahkamah
La ni pon mau angkat tilam lagi ka?


isy aku geli la tgk muka ko wlupon 1 kali tgk agak ensem..ewwwwwwww
gmbar dr chot


Hey pemuda 23 tahun..
Ko tu da btunang! X kn tak ksian kat tunang ko kot..
Lagipon ko tu muda lagi..muda2 da jadi mngsa buat apa?
Ingat ko buat cmtu ko leh kaya cpt? Ko leh naik nama cpt?
Harapan la..tak selamat dunia akhirat kalu fitnah org..
Aku rasa ko tak takot ngn azab ALLAH sbb aku rasa ko lagi takot ngn azab manusia kn?
Aku cume berdoa ko dibukakan pintu hati cpt2 n cpat2 tobat..supaya idup ko slamat dunia akhirat..

Kebenaran akan menang..ALLAH itu maha Adil..!
Kite tgk sape mng n kalah..tunggu je kebangkitan rakyat !

” Ya Allah kau selamatkan org yg berada di pihak yg benar
Selamatkan lah daripada org2 yg zalim yang mau mnghancorkan org yg benar ya Allah
Kau beri la balasan n azab kpd org yang zalim kpd org lain dan rakyat nye..ameen...”

”Allah tidak menzalimi mereka, tetapi merekalah yang mezalimi diri mereka sendiri”
Surah at-Taubah ayat 70


Monday, April 14, 2008

Binatang pink




Sbg anak slangor wlupon lahir kt KL..hehe
Apa2 jd kat tmpat ku bermain dan membesar..mmg diberi phatian spnoh ye oleh aku..
Isu hangat di slangor masa ni apa dia?
Smestinya binatang yg plg org melayu geli n binatang yg plg disukai org cina
Isu ba alip ba ya atau lebih mudah nye..babi..
Akhbar2 tmpatan smstinya cube mmanipulasikan isu ni..
Org melayu buat demonstrasi, marah ttg plaksanaan projek babi di sngor..
Boleh plak wt demonstrasi ek..

Dalam kjaan cmpuran n rkyat bbilang kaum di negeri ni..
Kite msti respect antara satu sama lain
Ok..kalu cth nye kjaan sngor x nk n x bg buat projek babi tu..
Bayangkn apa reaksi org cina?
Confirm la marah kn..

Projek babi ni bukan la utk mngahalalkan babi..
Hanya halal utk org bukan islam..
Tapi..ade satu tajuk akhbar kata kite mngahalalkan babi..
Sungguh cetek agama org yg mnulis tu
N sungguh pndai dia mmanipulasikan keadaan
Projek babi tu pun..sudah memenuhi paiawaian yg telah ditetapkan..jd apa nk takot?

Ada satu cerita ttg Saidina umar al-khattab
Apabila beliau ingin mnakluk suatu negara bukan islam
Beliau mmberi ingatan kpd org2nye
Jgn kaco 3 bnda ttg org bukan islam
agama n ibadat nye..
kite x leh sng2 nk runtuh rumah ibadat dia..x leh nk halang dia drpd mlakukan upacara keagamaan dia.biar dia buat agama dia asalkan dia x kaco agama kite
makanan n minuman nye..
kalu tnya org cina..babi mmg boleh mkn dlm agama dia..
tp bile tnya arak boleh minum tak?
mmg dlm sume agama sbnarnye arak x boleh minum kerna ia mmabukkan..
bile da minum..dunia pon bleh jadi tunggang langgang..
hanya setitik arak yg mmabukkan boleh mmbawa kpd bnyk dosa2 bsar drpd mnfaatnye..
(surah al baqarah ayat 219 )
arak sbnar nye impact dia lagi bsar drpd babi..dlm hukum hudud sndiri tiada hukuman dikenakan kpd org mkn babi..
kalu da darurat..kite mmg leh mkn babi..tp x nk la kn..(al- baqarah ayat 173)
tp arak..mmg ade hukuman kpd org yg minomm nye..
so mana kah ksalahan yg lbih bsar?
budaya

tapi..ada satu kartun yg bleh dikatakan mnghina sunnah rasulullah s.a.w
kartun yg mnunjukkan org yg bserban mnunggang babi..
astaghfirullah..smoga allah mngampunkan org yg mlukis kartun tu..



pastu kisah selangor FM yg diarahkn kluar drpd bngunan SUK
sbb tak nak bg exco2 selangor slot SATU JAM SEMINGGU utk berinteraksi dgn rakyat
helo..nk minta satu jam seminggu pon kedekut ke..?
bukan nk minta satu jam sehari..
pastu kata org gile kuasa..
btulla apa MB selangor buat..sbb nye
let say..korg ade 1 syarikat..n korg adalah bos syarikat tu..
korg arahkan satu department dlm syarikat korg utk buat satu keje ni..
tp diorg x nk buat..
so apa tindakan yg ptot korg amik? Biarkn je..? owh plz...
da la gune nama syarikat pastu duk free2 plak kt bngunan syarikat tp minta buat keje sket tak nak? Patot ke???
Tepuk dada tanya iman.. ;)


Google