Sunday, February 21, 2010

Baling amaran sembunyi tangan belakang parking?

Siapa kat rumah dia tak cukup parking dalam rumah sebab :
1. Memiliki banyak kereta
2. Tak muat sebab kawasan dalam rumah kecik sangat

Ini masalah biasa di kawasan perumahan di Bandar-bandar seperti shah alam. Sebuah rumah sekurang-kurangnya mempunyai 2 buah kereta yang kadang-kadang kawasan halaman rumah yang kecil sahaja. Jadi alternative lain adalah meletakkan kereta di luar rumah atau dengan kata lain di jalan raya depan rumah anda. Betul tak?

Nak tanya sikit..kawasan kosong di hadapan rumah anda tu adakah milik anda atau milik awam? Setahu saya la yang tidak bijak ini, itu adalah milik awam kerana yang milik anda hanyalah kawan dalam rumah anda dan juga depan rumah anda yang tidak menghalang anda keluar rumah. Kalau kawasan lain yang kosong yang membolehkan anda meletakkan kenderaan anda tidak diklasifikasikan sebagai hak milik anda? Betul tak apa saya cakap ni atau anda tak paham apa yang saya nak cerita ni?hoho

Senang cerita mari kita melihat satu amaran di bawah ini

“HORMATI HAK TUAN RUMAH INI TERHADAP PARKING INI”

Assalamualaikum…. Awak bayar ke jalan raya ni sebagai parking awak? Awak bayar ke kat MBSA nak jadikan tempat ni parking awak? Kalau awak bayar sewa kat MBSA boleh la buat petak parking, ni saya tak Nampak pun petak parking apatah lagi tertulis nama awak sebagai hak parking awak


contoh ruang kosong di hadapan rumah

Lol saya bukannya nak cari gaduh tapi adat lah berjiran , bertolak ansur. Bukannya kami menghalang kawasan rumah awak tapi letak kereta je pun. Lagi pun awak bukannya selalu parking pun kat situ kan.

Memang lah keluarga kami banyak kereta. Kadang-kadang memang berebut dengan jiran pun untuk mendapat tempat parking kereta. Tapi tak de la sampai nak keluar amaran kan..setakat merungut dalam hati je la. Lepas tu cepat2 la balik supaya dapat tempat parking. Kalau parking dah penuh, pandai-pandai la cari parking yang jauh T_T

Apa-apa pun, lepas dah buat amaran , tak berani keluar rumah tunjuk muka. Kenapakah wahai jiran yang baik hati? Tak kan baling batu sembunyi tangan?


9 comments:

fitri oh fitri said...

haha, ade ke. gila selfish



www.fitridzulkifli.blogspot.com

Nadia said...

hello, kazen ...!

hehehe!
org mcm nie pun ade ek?! huhuhu! nak wat camne! org2 yg dok kat bndar nie rata2 nnye penting kan dri! try je la discus dgn dorg scara baik! untuk mngelak perkara yg x d undang!

Azrul Hisham said...

fuyyo...boleh pulak wat amaran camtu ye?? memang selfish tahap gaban tu....

dari~ummie said...

tahu takpe..lagi2 kawasan kecik mcm kat rumah kita tu..yang paling kelakar, ada jiran tu, kita tumpang rumah dia nak corner aje pun, dia dah mula naik angin...bukan nk parking pun kat situ...haishhhh

haziQah said...

hoho mmg kalu da selfish tu baik jual ikan kat pasar dpt jgk untung he

dari~ummie said...

hehehe...setuju...!! tak pun pada org mcm ni,x payah hidup berjiran, gi la beli rumah banglo besar2, tanah luas gaban..no need rebut2 dengan orang nak parking kan..heheh..

black said...

ziqa...ni umah depan umah ziqa nyek? selang 3 rumah dr umah hana?

haziQah said...

aah dpn my house n 3 umah selang umah hana..g la tengok haha

Faris Adli said...

nasib baik kat kawasan rumah aku takde masalah mcm ni walaupun kat rumah aku ada..4 je (tak banyakkan?) keta untuk disimpan..nasib baik muat semua nak masuk kat rumah..

Google