Saturday, October 02, 2010

Hari raya terakhir dapat duit raya

Sedihkan tajuk di atas? tapi.. Insyallah kalau ada rezeki, dah dapat kerja tahun depan, boleh la bagi duit raya kepada kanak-kanak, makcik2, emak dan abah. Macam excited juga bila boleh bagi orang duit raya. Sebab bila kita buat orang gembira, kita pon pasti gembira kan

Raya tahun ini tidak balik ke kampong di Johor. Macam tidak best pula tapi tetap meriah sebab semua saudara-mara dapat berkumpul bersama2 pada hari raya.

Hari terakhir puasa, kami berbuka di rumah makcik di Ampang. Memang tradisi keluarga, rumah di Ampang adalah tempat berkumpulnya kami sekeluarga. Sejak arwah atok dan nenek masih ada, itulah tradisi kami. Takbir raya beramai2, tahlil dan pasti makan2. Aku suka pergi ampang sebab makcik aku mesti masak best2. Lauk tradisi keluarga mesti ada. Masa berbuka, ada bubur lambuk, then lauk raya ketupat nasi, kuah kari ayam kampong, ayam goring kampong dan kuah lodeh. Heaven dowh makan! Ayam kampong paling syok makan sebab baru lagi manis


Lepas habis sesi2 semua itu, sesi main mercun ! tapi tak best sangat main mercun kat sini sebab kawasan tak lapang. Lebih seronok main di kampung sebab lebih selamat dan kawasan pun luas. Plus boleh lawan mercun dengan jiran sebelah. Pom pom pom, gila ah mantap main mercun kat kampong. Tapi kat Bandar juga boleh tahan juga perlawanan main mercun. Bunyi meletup kuat gilak. Menjelang tengah malam, baru la pulang ke rumah


Esoknya, pagi raya, kami makan lauk semalam yang dibekalkan oleh makcik sebab confirm mak tak sempat nak masak kan. Tak best raya tahun ni, sebab lupa amik gambar keluarga di hari raya. Pikir makan je sebab tu lupa HAHA


Kemudian pergi ampang kembali. Sampai2, makcik dan cuzin ku mengajak beraya di rumah jiran mereka. Lepas solat Jumaat pula, makan nasi briyani. Yehh sedap2. Beraya pula ke rumah saudara di Damansara. Kat sini makan nasi tomato. Sangat sedap yaw makick Rubi punya nasi tomato memang terbaik! Kurang best raya kali ini : hujan lebat di hari raya menyusahkan sedikit pergerakan. Malam pula : beraya di rumah pakcik di Shah Alam tapi kat seksyen 2 la. Kemudian pulang ke istana beradu


Raya kedua, beraya di kampung Teluk Intan. Meriah raya kali ni, sebab semua sepupu sepapat balik on da same day. Kalau dulu jarang dapat berkumpul beramai2. Dan ini setelah berapa tahun baru dapat kumpul ramai2 camni masa hari raya. Best balik kampong Teluk Intan sebab mak de masak SEDAP ! tambah berkali2, bukan aku je, adik2 aku, sepupu2 aku, pakcik aku yang tengah beraya kat Dungun pun sanggup turung Teluk Intan sebab nak makan lauk kampong yang sedap; sepupu belah bapak aku pun kata sedap. Lauk apa yang sedap? Adik beradik aku punya feveret : sambal ikan bilis ( PALING TERBAIK ), sup tulang ( TERBAIK ), sambal udang lemak. Cuzin2’s fevered but not really our feveret : singgang daging

Best raya ni : sebab rumah kampong dah ada wifi. Semua duk main tenet, update status facebook. Lepas semua dah kenyang, adalah sesi bergambar. Aku setting camera yang leh tangkap gambar banyak kali snap. Hasilnya adalah gambar2 di bawah. Aku dan keluarga aku gelak2 je bila klik gambar2 ni laju2. Macam gambar bergerak HAHA.





Raya ketiga beraya di Ipoh, di rumah dua pupuku, nadhiah dan rumah makcik Ros. Balik Teluk Intan semula, beraya pula ke rumah dua pupu ku yang terletak di sebelah rumah je. Datang raya hari ahad, balik tengah malam isnin. Amazing kan?

Raya keempat, sudah pulang ke KL. Beraya di rumah kak Maslina n family. Makan nasi lemak sotong sedap gila. Haha semua makanan pun aku kata sedap


Hari terakhir aku berada di Shah Alam sempena raya, hari Jumaat, saje aku plan nak buat open house kecil2an untuk kawan2 rapat ku dan kawan2 adik2ku..mak memang terbaik lah, macam2 dia masak. Mula2 aku plan mee hoon sup n nasi impit kuah kacang tapi mak masak rendang, mee hoon goreng, mee hailam. Memang terbaik la emakku. Love u so much mummy!

Tapi habis semua biskut raya air tanganku terutamanya chocolate chips dan cornflake madu. Habis licin! Tak sempat nak bawa balik ganu T___T

lagu raya yang baru yang saya suka. Lagu Bunga Api di Hati - Farah Fauzana, Leya, Stacy, Shila .Layannnnnn.....

Powered by: Free Mp3 Download


3 comments:

~Nur Finie Afnie~ said...

haziqah..wah nama mcm nama ank akak jer.. thnx sudi singgah blog akak aritu..owhh..suka sardines roll ye? haziqah najla anak akak pun suka jugak sardines roll tu..:)

blogsharih.com said...

wah meriahnye ari raya....semoga bahagia selalu.

haziQah said...

kak finie : hehe nama haziqah best kn..oh sdap nma anak akak..yep sardines roll sdp :)

blogsharih : alhamdulillah raya sume mmg best hehe

Google