Saturday, October 30, 2010

Fairytale vs Rockstar : Annual Dinner Fits October 2010

Majlis gilang-gemilang sudah tamat. Jika hari itu, saya bersedih sebab tidak dapat pakai baju sendiri masa dinner, tapi tidak lagi pada hari ini. Sebab bila tengok gambar, saya macam lawa la jugak kan, jadi tidak sedih lagi HAHA


Dinner yang saya sudah rancang dalam kepala otak sejak sem lepas lagi, akhirnya menjadi kenyataan. Thanks a lot kepada AJK2 FITS yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini dan menahan dan melayan karenah kami yang macam2 sampai gaduh2 manja. Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas ketelanjuran atau tak puas hati pada kami yang hanya mahukan yang terbaik. Moga kita sama2 belajar dari pengalaman, bagaimana untuk menguruskan majlis, bagaimana untuk mengurus orang yang banyak cekadak macam kami. Peace no war!

Tema : fairytale vs Rockstar. Pada mulanya saya terfikir tema fairytale sahaja, mahu lari dari kebiasaan dinner FITs sebelum2 ini yang style lama2 pakai baju kurung lip lap dengan selendang manik yang lip lap sampai silau mata. Tapi kalau fairytale sahaja, pasti pelajar laki tak mahu pakai tuxedo atau blazer yang sangat skema. Jadinya tema rockstar sangat sesuai untuk mereka

Tempat : Sutra Beach Resort. Dewannya sangat ok dan selesa yang boleh menempatkan sehingga 12 meja kot tak silap atau lebih sikit la. Makanan pun ok la..feedback dari mereka-mereka : macam lauk kat rumah @ kat café je. Macam ni mak aku pon boleh masak. lauk sedikit je, kalau amik kat café ni tak sampai RM3 ( untuk makan berhidang sahaja), tapi mereka yang amik buffet memang sedap la melantak. Tapi Alhamdulillah tetap kenyang


encik suhailan paling rock malam tu

Majlis bermula dengan senior2 ditempatkan di luar dewan, tak boleh masuk. Apabila pintu dewan dibuka, seperti perarakan di red carpet oleh senior2. Macam biasa, doa, ucapan, penyampaian sijil dan kemudian senior2 kena naik pentas sorang2 pulak dan buat gaya tersendiri untuk pilih siapakan Mr n Miss Popular malam itu.


Kemudian….makannnnn. Makan sambil diiringi music, dapat idea untuk pasang video Nowseeperot yang budak2 laki pernah buat masa sem 3 dulu. Hadirin semua terhibur dengan video nasyid itu yang memang lawak pecah perut tapi style.


Kemudian, kami buat persembahan, nyanyi lagu Suaraku Berharap. Walaupun berterabur tapi layan je la..then, aizat main gitar, najmi vokalis kedua, bedi vokalis utama nyanyi lagu bulan 8 di kuantan. Haha lawak dengar tapi suara bedi macho , cair dengar :p


Untuk awards, Mawardi dapat Mr Popular, kak Naemah dapat Miss Popular dan Najmi jadi Jewel of the Night. Tahniah :D

Akhir sekali, pastinya bergalok amik gambar sampai ada orang yang demam esoknye..siannnn

cerita dan gambar lain di blog mereka
1. izzah
2. rainbow cloudy
3. syuzana


4 comments:

ish malu la camni said...

kemmmain bergaya lagiy semmua huhuhhu ;p

Anonymous said...

bergaya dgn baju pinjam ha ha ha

haziQah said...

aina husna - hehe..da nma pon diner kna la bgaya :)

anonymous : xpe..asal enjoy :)

Suhailan Bin Safei said...

nasib takde yg pakai stail zmn batu (rock) stail flintstones...:)

Google