Friday, November 05, 2010

tahniah pemenang Pertandingan Blog Perlancongan Terengganu

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Rezeki setiap orang dah tertulis..kalau itu dah rezeki dia, maka dia akan dapat lah rezeki itu. Contohnya kau dapat handphone masa kau umur 16 tahun yang koman je, tapi adik kau dah dapat handphone Express Music masa umur dia 12 tahun. Kau tak boleh jeles dengan dia sebab itu da rezeki dia..tapi aku jeles jugak haha..Cuma tak de la sampai dengki nak curi handphone dia tau campak dalam longkang

Saya sebenarnya sedang cemburu. Cemburu buta dengan mereka. Buta sebab tak Nampak mereka di depan mata. Siapakah mereka? Mereka yang menang dapat hadiah ribu2. Kau tak jeles tengok orang menang ribu2? Tak pe la aku jeles tapi nak wat camne da mereka berusaha bersungguh2, kau berusaha macam melepaskan batuk di tepi tangga


juara ketegori IPT yang kiri, tahniah ! blog Alami Terengganu

Nak tahu dengan siapa saya jeles? Saya jeles dengan blogger yang menang pertandingan blog Terengganu. 1st prize untuk kategori IPT, RM 7000 wooo..sape tak jeles, 2nd RM 5000, 3rd RM 3000, saguhati pon dapat RM 300 tahu!!


mereka yang menang, gambar dari blog Aliashim Albani,Jom Makan-Makan di Terengganu

Saya pon masuk sebenarnya tapi macam hangat2 tahi ayam..bukan mahu hangat2 tahi ayam..Cuma kesibukan untuk final project plus assignment plus tiada kenderaan untuk berjalan2, tak dok pitih, mood tak datang nak tulis blog, masalah peribadi melanda dan macam2 lagi halangan la..alasannnnn..

Tapi nak buat macam mana..memang bukan rezeki saya, tapi rezeki mereka. Bestnya diorang menang dapat duit banyak2, dapat camera, dapat makan kat Primula [ ini jeles juga sebab dapat makan sedap ]. Tapi tak jeles sangat sebab hadiah untuk kategori IPT tak dapat duk kat hotel kegemaran saya, Riyaz Heritage, Primula dan Felda Residence. Mereka menang dapat duk kat TER, Permai Inn dan Bukit Keluang. So tak jeles..!! haha jahat gila ni


cantik banner ni :) blog iqa di Terengganu

Oh by the way, congrates kepada mereka yang menang dan jangkaan saya terhadap blog2 yang menang adalah tepat belaka. Cuma terkilan juga sebab tak ramai menggunakan gambar sendiri dalam blog. mungkin bukan syarat pertandingan. 2 orang yang menang top 5 adalah pelajar UniSZA. 4th,Sorang junior sains computer saya, aisyah; 5th,sorang lagi saya tak pasti kos apa,iqa di Terengganu..

Kepada yang menang, tahniah ! belanja la saya makan buffet kat hi-tea Riyaz pon da cukup :p

p/s : ini blog saya yang tak sempat siap, Terengganu Syurga Dunia. Walaupun tak sempat siap, tapi blog saya tetap menjadi pilihan Google apabila mereka mencari maklumat tentang Terengganu..ahha jangan jeles

1st :blog Alami Terengganu - saya da dapat rasakan dia akan menjadi juara kerana dia rajin update blog dan pergi banyak2 tempat yang saya tak pernah tahu pun ada kat Terengganu ni
2nd : Terengganu, My Home - dia ada kelebihan di sini kerana dia satu2nya blogger kategori IPT yang menggunakan bahasa inggeris di dalam blognya. dan cara dia mengolah ayat di dalam blog sangat segar
3rd : Jom makan-makan di Terengganu - blog pelajar UMT ini unik kerana dia banyak mengetengahkan jenis2 makanan di Terengganu selain menulis aktiviti dan pengalaman bersama warga Terengganu
4th : Terengganu Darul Iman, blog junior saya *wink*, aisyah banyak menceritakan tempat2 menarik di Kemaman kerana dekat dengan rumah dia rasanya. Blog ini banyak menggunakan gambar yang ditangkap sendiri
5th : Iqa di Terengganu - bukan saya ek..hehe..blog dia mempunyai banner yang cantik..ada kat atas tu...

Keputusan penuh dan link blog Terengganu lain di sini


4 comments:

MadamIchah said...

haha. iqa. maluu sih, buat stori pasal nie. mungkin time nie rezeki chah op. lepas nie rezeki iqa plak insyAllah :) tq banyak2 yee atas segalanya. (sorang lagi junior iqa - kak kima smskpp5 pun dapat saguhati kategori ipta) hehe. tahniah jugak untuk dia

Sunduvan said...

Wahh..beshnyer. Nak gi Terengganu ler gini.

Unknown said...

sabow ek....mintak kat ichah iqa...die dpt byk wet dr sye.....hehe

aunieZ said...

chah : hehe...kna la raikan yg da bjaya..bru nt lg bsmangat :)

sunduvan - mari la ganu hoho

faizul - nk minta dua2 gk haha

Google