Tuesday, January 06, 2015

Lauk Berpantang

Sebelum bersalin, aku da survey dan buat list apa yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh dimakan. Since aku berpantang di rumah mak aku, aku da siap tuliskan resepi lauk berpantang bersalin  dan tampal kat peti sejuk untuk memudahkan mak aku masak lauk berpantang nanti. Thank you mak!

ikan bawal stim, pegaga, nasi panas, buah oren

1st day lepas bersalin, makan lauk biasa je, hospital takde sediakan makanan tapi kita boleh request sediakan makanan. Staf hospital akan tolong belikan makanan kat kedai makan berhampiran.
Lepas balik rumah, baru mak aku tolong masakkan lauk berpantang. Aku macam kuat sikit pantang la sebab mak aku kata dulu dia makan je apa2 tapi secara sederhana la. First 2 weeks, aku makan ikan je. Ikan yang dibakar, direbus, distim. Mula2 makan cam sedaplah, lama2 boring juga. Masuk minggu ketiga da start makan ayam dan minggu ke 4 da tak kuat pantang sangat da haha. Tapi still beringat juga la. Lauk berpantang aku mesti ada bawang putih, halia dan black pepper untuk memanaskan badan.

sayur mint, sawi, lobak putih, nasi panas, ikan bilis goreng

Ikan yang aku makan adalah kerisi, bawal putih, tenggiri, ikan bilis. Sayur pula; sawi, pegaga dan lobak putih (orang kata boleh tambah susu tapi kak bidan kata ni angin ). Ayam pula better ayam kampung. Buah : buah oren sumber vitamin C baik untuk sembuhkan luka. Kuah pencicah, boleh makan air asam. Sedap juga sebagai penambah selera. Aku pernah baca dari fb kak bidan kata boleh makan nasi arab/nasi beriyani lepas 2 minggu berpantang tapi daging or kambing saja ya. Minggu akhir2 berpantang, aku da makan spaghetti aglio olio lagi tapi aglio olio aku hanya ada olive oil, bawang putih dan black pepper.

ikan bawal halia syim, sayur sawi, nasi panas

Lepas habis pantang still berjaga-jaga makan sampailah 100 hari. Ais elakkan, makanan sejuk  lagi2 untuk ibu menyusu. Tapi kalau teringin sangat, makanlah secara besederhana atau merasa sikit.

ikan kerisi panggang, pegaga, air asam, nasi panas

air asam, sayur sawi  n carrot, ikan kerisi panggang, nasi panas

ikan kerisi stim

ayam blackpepper panggang, lobak putih, buah oren, nasi panas



No comments:

Google