Tuesday, December 02, 2014

Pengalaman Berpantang Caesar

Pengalaman Berpantang czer

Aku tak ready sebenarnya nak pantang dengan luka czer sebab beli set berpantang semua dan ilmu hanyalah untuk berpantang secara normal. So agak trauma di situ sepanjang berpantang. Cara berpantang czer memang tak sama dengan normal.

Hari 1st lepas bersalin memang terbaring dan duduk je atas katil. Tak turun langsung. Pad nurse yang tukarkan, kencing dalam tube. 2nd day, nurse da suruh try turun katil, kena try pergi kencing, baru boleh balik rumah. Alhamdulillah aku kencing ok. Cuma seksa nak turun katil dan berjalan tu, hanya Allah yang tahu. Ye la separuh badan ke bawah kena bius so rasa kebas je. Bila tiba2 kena berjalan tambah lagi dengan luka czer memang seksa gak la. Nasib ada Fisio yang datang tolong masa first time nak berjalan. Cara nak jalan untuk kurangkan sakit, boleh letak bantal dekat tempat luka tu supaya tak rasa sakit sangat dan boleh support untuk berjalan.

Kalau bersalin normal, hari ketiga dah boleh berurut tapi kalau czer hari ke 7 baru boleh berurut. Nak berurut pun tak boleh sentuh dekat perut. Tungku pun tak sentuh perut. Kalau dulu sebelum bersalin, memang rasa nak bertungku hari-hari tapi bila da menanggung sakit semasa berpantang ni tak daya pula nak bertungku. Bila ada luka czer ni, nak pakai bengkung pun tak berani. Masa kat hospital, fisio ada suggest bengkung strap dan aku pun beli. Tapi ada la pakai 2-3 kali je sebab rasa susah nak menyusukan baby dan sakit kat tempat luka. Tak dapat la merasa pakai bengkung lilit-lilit tu. Hasilnya badan confirm la mengembang lepas pantang dan tak dapat bentuk asal lagi. Yang tak best, strech mark tak hilang malah muncul bertalu2.

Lauk untuk berpantang normal dan czer bagi aku sama je. Cuma kalau orang lain kalau czer, ramai yang makan ikan haruan tapi nak cari ikan haruan tu punya la susah. 2 kali suami pergi cari ikan haruan kat pasar tani Shah Alam tapi awal2 pagi pun dah habis. So tak merasa la aku makan ikan haruan sepanjang berpantang.  Tapi aku makan pati ikan haruan atas nasihat sepupu yang dah banyak kali berpantang secara czer. Beli pati ikan haruan harwany yang ada 6 + 1 botol , rasa dia boleh tahan jugak la. Sepupu aku suruh campur dengan air panas sikit masa nak makan. Lepas makan cepat2 aku telan madu untuk hilangkan rasa tak sedap itu. Tapi ada terbaca yang kalau makan pati ikan haruan awal2, boleh buat luka tak cantik dan mungkin boleh tersalah cantum kat dalam dan patut makan lepas 30 hari. Lepas makan 10 botol, aku stop da. So ada lagi baki 4 botol huhu (siapa nak? Nak bagi free)

Pakaian semasa dalam pantang, aku pakai tshirt dan kain batik.  First time pakai kain batik woo. Pakai gitu2 je..bukan reti sangat :p Nasihat aku, pakailah tshirt lengan panjang  kalau malas nak pakai sweater. Kalau ikut mak bidan, kipas dan aircond memang tak boleh pasang langsung. Awal2 berpantang tu, malam2 aku cepat berpeluh. Aku syak sebab makan pati ikan haruan buat badan kita jadi panas. Memang boleh terasa badan masuk angin kalau kena kipas. Rasa seram sejuk gitu kalau badan tak tutup semua. Dan wajib pakai stokin. Aku tak sangka juga ,pakai stokin masa dalam pantang tu selesa sangat. Cuma yang tak bestnya dalam pantang , semasa dalam pantang memang rasa diri tak cantik, busuk sangat lagi2 kalau dah berpeluh banyak huhu.  Kesian kat suami juga sebab kena tahan panas juga sebab tak boleh pasang kipas kuat.

Masa lepas bersalin tu tak boleh nak mandi. Sebab balutan luka tu, doctor tak bagi kena air. So aku macam mandi lap2 je la sebelum luka tu buka. Dan rasa terseksa juga tak dapat mandi. Aku rasa sebab makan pati ikan haruan tu buat badan aku berpeluh2 dengan banyak. Bila tak dapat mandi, lagi la rasa berlengas je. Memang tak selesa. Lepas luka buka pula, kena jaga2, basuh2 kat tempat luka tu dan lepas mandi kena keringkan betul2.


Alhamdulillah Baby masa dalam pantang tak meragam sangat. Since dia ada kuning sikit, so every 2 hours aku akan menyusukan dia untuk kurangkan kuning dia. Alhamdulillah juga, lepas banyak 3 kali checkup, kuning dia dah tak ada. Soalan lazim tentang baby dalam pantang, “meragam tak dia”, “malam tidur tak?” – dua2 jawapan tu , baby tak meragam sangat dan malam dia tidur, bangun bila nak menyusu je.  Tu pun kadang2 aku yang kejut dia bangun malam2 sebab rasa susu da penuh. Cuma ada sekali dua je kot dia meragam. Minum susu banyak, tapi tak mahu tidur, asyik menangis je
So far bagi aku, aku tak de la rasa tak sabarnya nak habis pantang sebab aku still pantang 100 hari walaupun takde la pantang sangat pun :p Mak aku pu tak kuat pantang sangat. Aku yang bagitau dia aku nak pantang camni camni. So dia ikutkan saje. Cuma yang tak boleh tahan tengok orang makan sedap2. Dalam pantang, dah buat list makan haha. Setakat kena duduk rumah aku takde hal sangat sebab badan sakit, memang malas nak keluar. Tidur kat rumah lagi sedap. Even nak pergi hospital pun malas, dalam hati kenapalah orang pantang kena keluar2 rumah ni.

Rutin aku semasa pantang :
8am bangun dan mandi air panas
9am sarapan
10am berehat2 ( tak tidur sebab sepupu aku kata orang pantang tak elok tidur sampai la pukul 12pm, dan tak baring. Tapi nak dekat habis pantang, aku baring je sebab tukang urut kata boleh je baring),
12pm masa untuk tidurrrr
1pm lunch
2pm berehat
6pm minum petang
7pm dinner
10pm masuk bilik tidurrrrrr

Harapan untuk next pregnancy, harap2 boleh VBAC sebab aku tak nak rasa terseksa sangat masa dalam pantang. Dan aku nak pantang dengan selesanya. Masa dalam pantang tu, kadang2 aku rasa sangat down sebab asyik rasa sakit, tak boleh nak buat apa2 sangat. Dan 1 lagi rasa down sangat, masa baby tak mau tidur siang. Aku dah memang mengantuk sangat dan tak larat nak layan dia da. Menangis juga la hehe.

Ada sekali tu, luka czer aku macam berdarah. Aku dah cuak dan menangis2. Esoknya, aku ke hospital dan doktor check. Dia kata benang tersimpul sikit dan suruh basuh kuat2 sikit kat tempat luka tu. Memang lah, aku gosok slow2 je kot. Seriau la nak gosok kuat2.


Terima kasih banyak2 kepada suami tercinta sebab banyak tolong masa aku dalam pantang. Tolong basuh baju, lipat baju, kemas2, beli barang. I appreciate it so much and lebiu u sho much hihi. Rasa kesian juga kat husband sebab kena keluar sorang2 cari barang untuk isteri dan anaknya.


3 comments:

aliyahaznin said...

dah 2 kali berpantang selepas c-sect, kali pertama memang tak pandai apa...kali kedua dah pandai sikit, lebih selesa..tp mmg tanak dah minum pati haruan...parut buruk huhuhu...

Jemput singgah BLOG saya. Ada tips dan peluang bisnes part time dan macam2 lagi :)

Najib Ariyan Ali Basha said...

Salam kenal dan salam singgah...

SELAMAT TAHUN BARU 2015

semoga tahun mendatang akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... aminnnn

tahniah atas kelahiran baby yg baru...

Ummu Aisya said...

Perkongsian yang sangat bermanfaat.

Tips Luka Czer Cepat Sembuh

Google