Wednesday, May 23, 2018

Rumahku Syurgaku

Benarlah pepatah Rumahku Syurgaku. That's how i feel now. Rindu rumah, sayang rumah, bersyukur dengan rumah yang ada sekarang.

Alhamdulillah punya rezeki ada rumah sendiri tapi berhutang la tapi wkwkw. Kami dapat tahu tentang rumah ni dari colleague, Mira. Tq mira sebab bagitahu pasal rumah ni. So kami try apply. Rumah ni Rumah Selangorku, bawah kerajaan Selangor, rumah mampu milik walaupun sebenarnya takde la mampu milik sangat. Masa tu Nuh baru je beberapa bulan, so apply kat website LPHS , tunggu dalam 2-3 bulan, lepas approve, pergi bawa surat approval ke Pemaju. Then cabut undi rumah yang mana. Kitorang dapat rumah atas sekali, level 11. dia kata tak boleh tukar, kitorang pun takde pujuk2, terima je. Aku macam pernah terbaca blog post dulu2, aku nak duduk rumah apartment/ condo atas sekali. Rupa-rupanya termakbul doa tu. Activate RAS betul.


Sebelum approve tu da pergi da office developer, tengok-tengok rumah macamana bentuk dan gayanya. Oklah 3bilik 2 bilik air 850sqf furnished dengan aircond, lampu, kipas, kitchen cabinet, washing machine + dryer, peti ais, oven, dapur elektrik.


Terletak di Cyberjaya tapi bukan tengah Cyberjaya tau, hujung Cyberjaya yang masih tanah tandus lagi. Haha takpe la insyallah lepas 5 tahun nanti membangun dengan jayanya la kawasan sekeliling.


Kenapa rasa seronok dan bersyukur sangat rumah ni. Rumah ni kecik je, atas sekali pulak tu, jauh dari semua benda, Cyberjaya apa yang ada? Ni antara cons nye tapi yang cons tu semua pun aku suka.


Rumah kecik sangat sesuai la dengan aku yang bukan rajin sangat mengemas, bayangkan rumah besar penatnya nak mengemas dan jaga semua bilik. Ada anak kecik sangat sesuai rumah kecik sebab senang nak manage dan tengok budak2. Kalau rumah tingkat, budak tidur kat atas or main kat atas asyik kena naik turun tangga la.


Rumah atas sekali ada lif, kalau takde lif menangis la. Tapi kalau lif rosak, letih gak la tapi setakat ni jarang berlaku lagi. View atas best boleh nampak semua,terang berderang dan since rumah kitorang takde kena block dengan apa2 bangunan, angin bayu kuat nyaman dan sejuk je rumah. Walaupun dapat rumah atas sekali, parking berbumbung kitorang bawah sekali, so tak payah nak pusing-pusing naik atas ke parking. Kelebihan rumah atas dapat parking bawah, to be fair rumah bawah dapat parking atas. Gitewww. Parking pun dekat, tak kena hujan dan panas, nikmat Tuhan yang mana yang kau dustakan?


Cyberjaya ni susah sikit la nak cari macam-macam. Kena pergi Putrajaya or kawasan sekeliling baru ada. Tapi makin lama, kedai makan makin banyak, ok la if sesak2 nak cari makanan. Lagipun iols bukan jenis selalu beli makanan kat luar sangat, memang hari-hari masak kat rumah. Selalunya seminggu sekali suami pergi pasar borong di seri kembangan cari lauk untuk seminggu. Food kat Cyberjaya ni harganya tak murah sangat dan takde la mahal sangat kalau pandai cari kedai. Standard la harga bandar kan.


Dan paling suka cyberjaya sebab bandar yang tenang, tak banyak kereta, aman damai, rasa selamat sikit walaupun kat sini banyak gak arab dan black people. Alhamdulillah setakat ni tak da lagi jumpa yang menakutkan. Walaupun ada yang kata macam bandar zombie, who cares? Haha Kalau korang suka duduk tempat ramai orang boleh la ke Bangi ke Shah Alam ke ok.


Memang suka duduk rumah jenis apartment sebab guarded so rasa selamat sikit walaupun kita patut berdoa kepada Allah, kita juga patut berusaha juga untuk keselematan kan. Lepas tu rumah apartment ni nak sidai baju pun boleh bila2 masa n tak payah pakai tudung. Oh lagi satu untung duduk rumah atas sekali, dapat direct cahaya matahari so baju boleh senang kering.


Buat masa ni, rasa seronok tinggal di sini. Belum ada perancangan lagi untuk landed house tapi insyallah in future bila ada duit dan rezeki kita cari rumah landed . Husbaby la nak rumah landed sangat (Tiru Fattzura) :p

Rumah tak cantik mana lagi, deco2 yilek lagi tapi nak masuk rumah baru pun da dekat 10k ..pengsan ( duit kumpul n simpanan sejak kecik lagi)



No comments:

Google