Kalau nak makan laksa utara yang kuahnya pekat di Shah Alam,
saya recommend Laksa Utara di Seksyen 7 Shah Alam. Kuah laksanya memang pekat,kaw dan terangkat.
Ia terletak di jalan yang nak menghala pintu masuk
I-City . Kalau
korang pernah pergi I-City Shah Alam,mesti pernah Nampak ada kedai2 dan macam
bengkel2 sebelah kanan sebelum masuk ke I-city kan ? haaa..kat situ la terletak
tempat penjualan Best Laksa Shah Alam. Lokasi Cendol Pulut/ Tapai Laksa Utara
Buat pengetahuan anda semua, laksa ini bukanlah dijual di
kedai tapi di sebuah lori di tepi jalan. Korang kena jalan sampai hujung
deretan kedai dan bengkel tu dan mesti korang akan jumpa lori jual laksa ni.
Harga laksa ni murah sahaja, hanya RM 3.50. Boleh makan di
situ atau boleh bungkus.
Kalau tengok orang yang datang makan kat situ, memang
penuh lah..ada kerusi yang disediakan, jadi anda boleh menikmati laksa utara
yang lazat dengan melepak di situ. Kalau nak tengok orang yang datang ke situ,
memang beratur panjang, tapi jangan risau, servis mereka memang cepat. Jadi anda
tidak perlu menunggu terlalu lama untuk makan laksa utara yang enak itu. Review di foursquare pun semuanya bagus2 belaka seperti : Sataq d. March 21, 2011 "mmg power.. smpai ngigau mlm teringat power laksa nih..."
Selain laksa utara, cendol pun ada dijual di sini. Ada 3
pilihan untuk cendol; cendol biasa, cendol tapai dan cendol pulut. Sambil makan
laksa, boleh minum cendol yang dapat melegakan tekak di hari panas.
Jadi, jika anda mencari laksa Shah Alam dan juga cendol di Shah Alam, boleh la datang makan atau bungkus di lori yang menjual laksa utara
dan cendol ini yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Sekali beli, pasti beli
banyak2 lagi
1 comment:
oh..ak slalu lalu kt stu.tp x pernah lg try...huhuhu
Post a Comment