Kitab Terfaktab #1 yang belah kanan , ada muka orang sebelah tu
Terfaktab. Macam pelik je bunyinya kan. Ini adalah sebuah
buku underground bagi aku sebab tak jumpa dekat mana2 kedai buku. Tapi rasanya
sekarang dah masuk Kinokuniya kat KLCC oleh Lejenpress.
Terfaktab adalah buku pertama aku setelah sekian lama tak
membaca buku. Buku yang dihadiahkan oleh awak. Terima kasih awak sebab telah
memupuk minat membaca kepada saya. Aku memang beria-ia nak cari buku ni. Dulu ingat
nak beli kat Penulis Sahaja tapi stok buku pada beliau sudah kehabisan. Makanya
buah hati telah membelikan buku ini secara online di Gobok Buku sekali dengan Kitab
Terfaktab 2.
Kenapa aku berminat nak baca kitab terfaktab ni?
- Sudah pasti kerana ia berkaitan dengan cinta cintun. Sesuai sangat dengan orang yang jiwang macam ni walaupun tahap kejiwangan sekarang ni makin turun merundum.
- Tulisan bersahaja oleh penulis-penulisnya seramai 13 orang yang mengupas isu cinta secara santai, tidak skema, tak perlu menggunakan otak banyak sangat untuk berfikir dan yang penting macam kawan kau tengah nasihat kan kau tentang cinta
- Gaya tulisan mereka dalam kitab Terfaktab 1 ini macam gaya penulisan blogger. So kalau kau suka baca blog dan suka pasal cinta, buku ini memang untukmu.
- Penulis2nya juga adalah tweeps yang famous dalam twitter seperti leplep, alexia aqram, Mr. K etc
Antara tajuk-tajuk dalam buku ini adalah seperti Perkahwinan Diaturkan Keluarga, Long Distance Relationship, Curang, Move On dan banyak lagi. Selain isu2 yang dikupas, ada juga cerpen dan komik dimuatkan dalam buku ini.
Antara feveret cerpen aku adalah Rasa yang Rahsia oleh Penulis Sahaja. Berkisar tentang perkenalan antara Adam, seorang pejuang jalanan bola sepak dengan Ana yang menjaga booth di hadapan boothnya. Perkenalan singkat mereka telah membuat Adam mengenali perempuan walaupun malu2. Aku suka cara Penulis Sahaja endingkan dia punya cerpen. Macam member satu kepuasan setelah habis jalan penceritaannya dan unik, tidak seperti cerpen yang boleh dijangka kan endingnya.
Cerpen kedua yang terbaik bagi aku adalah “Dan Sesungguhnya Kau Adalah Nyawaku” oleh Elena Reeney. Berkisar tentang hubungan satu pasangan yang ditentang oleh semua pihak; keluarga, rakan2 tapi mereka tetap berusaha mengukuhkan hubungan mereka walau apa cabaran pun yang mendatang. Susah senang, mereka lalui bersama-sama. Dan yang pasti, ending cerita ini bukan juga ending dalam cerpen2 biasa. Sesuatu yang tidak dijangka dan korang akan jerit “Arrghhh, Kenapa!!!!???”
Kisah benar dari Nami Cob Nobbler, “Tribute to Elly” berkisar kisah cinta mereka dan akhirnya gadis yang bernama Elly meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Bukan mudah untuk Nami move on walaupun kisah ini sudah lama berlaku
Move on, be brave,
Don’t weep at my grave,
Because I’m no longer here.
But please never let,
Your memory of me disappear.
Terfaktab ini memang sesuai untuk mereka yang tengah hangat bercinta kerana mereka sedang mengalami cinta itu; mereka yang sedang putus cinta kerana boleh mengubat hati yang duka lara dan membuat anda sedar dan kembali ke dunia nyata; buat mereka yang pernah bercinta tapi masih single, buat anda tersenyum saat2 indah dan hodoh ketika anda bercinta dulu.
Kitab Terfaktab sudah masuk edisi yang kedua dan insyallah akan ku review satu hari nanti. Kat mana nak beli buku2 yang menarik ini? Selain di event2 seperti Frinjan, Twtup dan sewaktu dengannya, anda juga boleh membelinya secara online di Lejenpress yang berharga RM20 tunai.
Selain dari buku, korang boleh baca tentang cinta dan sewaktu dengannya di blog terfaktab
2 comments:
nak pinjam
meh la pnjam
Post a Comment