Restoran Barra Seksyen 7, Restoran Mamak Shah Alam
Kat mana tempat kesukaan student2, orang2 biasa melepak dan
makan? Jawapannya tentulah kedai mamak. Antara kedai mamak yang happening dan
makanan sedap kat Shah Alam adalah Restoran Barra!
Restoran Barra terletak di Seksyen 7 Shah Alam, belakang
KFC, Pizza Hut Seksyen 7 Shah Alam. Tempat ni memang penuhlah dengan student
UiTM, Unisel, orang dah bekerja, couple, keluarga datang makan kat sini. Even artis
pun ada datang makan kat sini lagi2 kalau ada game bola sepak! Memang port
happening untuk tengok bola juga.
Apa makanan kat sini yang best? Macam yang selalu dipromote
di Facebook Restoran Barra, salah satu favorite aku juga adalah roti nan cheese
dan ayam tandoori dia. Memang masyuk makan wa cakap sama lu. Cheese dia memang
banyak la akalau nak dibandingkan kedai mamak lain yang bagi sikit2 je cheese
sampai kadang2 tak jumpa mana cheese nya. Tapi roti nan cheese Barra lain,
sekali makan, kau akan mengidam2 sampai bila2. Roti Nan Cheese makan dengan
kuah dhal dia yang pekat dan kuah hijau yang pedas. Memang terangkat la.
Selain tu, kalau suka kambing, korang boleh try nasi goreng kambing.
Memang rasa kambing sejati. Er maksudnya…memang sedap la nasi goring yang enak
dicampur pula dengan daging kambing. Sesuai untuk dimakan oleh peminat2
kambing.
Lain2 makanan yang famous dan selalu dipromote oleh Restoran
Barra adalah menu terbaru mereka, mee sizzling, dan menu kesukaan ramai : nasi goreng
ayam Barra.
Tapi yang paling best kat Barra ni, kalau lah rezeki korang
murah hari tu,korang dapat makan FREE! Ye PERCUMA!!! Tak percaya? Silalah
percaya sebab ini betul2, bukan cobaan..kalau korang bertuah, nanti ada sorang
abang hensem datang kat korang dengan bawa kertas laminate yang tertulis “You’ve
been BARRARIZED”. Lepas tu dia akan tangkap gambar korang dan amik bil korang. Bila
dia dah dapat Barrarized, ucaplah Alhamdulillah dan bersyukur dengan rezeki
percuma pada hari tu.
Kalau korang tak dapat makan free pun, mungkin kalau korang
ni hensem atau cantik di pandangan abam2 di Barra, gambar korang yang sedang
melepak akan diambil dan diupload ke facebook Barra. So famous la korang kejap
dekat facebook tu. Kot2 ada yang berkenan, boleh lah berjumpa jodoh.
Tengok kat gambar ni, ada banyak gambar kecik2 yang
dicantumkan menjadi artwork dan digantungkan di dinding Barra. Kalau gambar korang
pulak yang bertuah, gambar korang akan diabadikan di dinding Barra.
Kadang2 Barra punya baik hati, dia akan bagi hadiah2 lain,
macam aku pernah tengok dulu, main laser2 tu, lepas tu ada tiket apa tah..tapi
ada la promotion yang dia akan buat dari masa ke semasa.
So kalau datang shah alam, jangan lupa lepak, makan di
Restoran Barra Seksyen 7 Shah Alam.
Antara restoran sedap di Shah Alam
1 comment:
Pernah gi dulu time practical, ske nan cheese dier...
Post a Comment