Wednesday, June 06, 2012

Restoran Barra Seksyen 7, Restoran Mamak Shah Alam


Restoran Barra Seksyen 7, Restoran Mamak Shah Alam

Kat mana tempat kesukaan student2, orang2 biasa melepak dan makan? Jawapannya tentulah kedai mamak. Antara kedai mamak yang happening dan makanan sedap kat Shah Alam adalah Restoran Barra!

Restoran Barra terletak di Seksyen 7 Shah Alam, belakang KFC, Pizza Hut Seksyen 7 Shah Alam. Tempat ni memang penuhlah dengan student UiTM, Unisel, orang dah bekerja, couple, keluarga datang makan kat sini. Even artis pun ada datang makan kat sini lagi2 kalau ada game bola sepak! Memang port happening untuk tengok bola juga.




Apa makanan kat sini yang best? Macam yang selalu dipromote di Facebook Restoran Barra, salah satu favorite aku juga adalah roti nan cheese dan ayam tandoori dia. Memang masyuk makan wa cakap sama lu. Cheese dia memang banyak la akalau nak dibandingkan kedai mamak lain yang bagi sikit2 je cheese sampai kadang2 tak jumpa mana cheese nya. Tapi roti nan cheese Barra lain, sekali makan, kau akan mengidam2 sampai bila2. Roti Nan Cheese makan dengan kuah dhal dia yang pekat dan kuah hijau yang pedas. Memang terangkat la.

Selain tu, kalau suka kambing, korang boleh try nasi goreng kambing. Memang rasa kambing sejati. Er maksudnya…memang sedap la nasi goring yang enak dicampur pula dengan daging kambing. Sesuai untuk dimakan oleh peminat2 kambing.

Lain2 makanan yang famous dan selalu dipromote oleh Restoran Barra adalah menu terbaru mereka, mee sizzling, dan menu kesukaan ramai : nasi goreng ayam Barra.

Tapi yang paling best kat Barra ni, kalau lah rezeki korang murah hari tu,korang dapat makan FREE! Ye PERCUMA!!! Tak percaya? Silalah percaya sebab ini betul2, bukan cobaan..kalau korang bertuah, nanti ada sorang abang hensem datang kat korang dengan bawa kertas laminate yang tertulis “You’ve been BARRARIZED”. Lepas tu dia akan tangkap gambar korang dan amik bil korang. Bila dia dah dapat Barrarized, ucaplah Alhamdulillah dan bersyukur dengan rezeki percuma pada hari tu.

Kalau korang tak dapat makan free pun, mungkin kalau korang ni hensem atau cantik di pandangan abam2 di Barra, gambar korang yang sedang melepak akan diambil dan diupload ke facebook Barra. So famous la korang kejap dekat facebook tu. Kot2 ada yang berkenan, boleh lah berjumpa jodoh.

Tengok kat gambar ni, ada banyak gambar kecik2 yang dicantumkan menjadi artwork dan digantungkan di dinding Barra. Kalau gambar korang pulak yang bertuah, gambar korang akan diabadikan di dinding Barra.


Kadang2 Barra punya baik hati, dia akan bagi hadiah2 lain, macam aku pernah tengok dulu, main laser2 tu, lepas tu ada tiket apa tah..tapi ada la promotion yang dia akan buat dari masa ke semasa.

So kalau datang shah alam, jangan lupa lepak, makan di Restoran Barra Seksyen 7 Shah Alam.

Antara restoran sedap di Shah Alam



1 comment:

Ayuni said...

Pernah gi dulu time practical, ske nan cheese dier...

Google