Restoran di Shah Alam : Restoran E-Rasa Seksyen 15 Shah Alam
Kalau korang nak tahu, aku selalu buat research pasal
restoran di shah alam. Cari mana restoran yang sedap di shah alam untuk dicuba
bersama yang tersayang.
Cari punya cari, research punya research, jumpa la Restoran
E-Rasa Seksyen 15 Shah Alam yang direcommend oleh sorang rakan blog, nieja
pasal coconut shake dia yang sungguh sedap. Aku ni dah memang la mengidam
coconut shake sebab teringat coconut shake kat Terengganu yang sedap itu. Nak cari
coconut shake di shah alam ni bukan lah benda yang mudah. Tak jumpa yang
menarik hatiku lagi.
Di Restoran E-Rasa yang kedainya berwarna hijau dan letak
terletak di Dataran Otomobil Seksyen 15 Shah Alam. Tahu tak kat mana? Dia
dekat2 bulatan, Toyota, KFC dan petronas di Seksyen 15 Shah Alam.
Sebelum pergi, aku search2 la apa yang menarik untuk dimakan
dan diorder di Restoran E-Rasa. Antara menu popular di sini adalah coconut
shake, nasi ayam e-rasa, nasi ayam lemon, tomyam goong dan mee bandung.
Nak cuba semua makanan sekaligus, memang idak la (baca macam
orang perak) jadi hanya dapat mencuba beberapa jenis makanan dan minuman
sahaja.
Aku cuba coconut shake, nasi putih, ayam lemon dan tomyam
campur.
Coconut shake dia sedap, beraiskrim, dan ada rasa kelapa hancur, cuma
mungkin belum mencapai standard aku seperti di Terengganu dulu. 3/5 bintang
Tomyam campur dia memang kaw. Aku memula nak order tomyam
goong tapi mahal le pulok. Walaupun hanya tomyam campur sahaja tapi rasa dia
memang kaw dan puas dimakan. 4/5 bintang
Ayam lemon e-rasa pula, macam ayam goreng dan letak sos cili
thai. 3/5
Mee bandung di sini memang pekat dan bau dia macam kuat
sangat bau udang kering sampai kalau tapau bawa masuk kereta, habis semerbak
kereta bau udang kering. Tapi bila makan mee bandung ni, rasa di memang sedap
sebab kuah dia pekat. Memang macam mee bandung muar yang sejati
Boleh tahan juga rasanya. Overall kedai makan di shah alam ini
harus dicuba oleh semua penduduk Shah Alam dan sekitarnya.
4 comments:
cerita pasal tomyam, isteri Konsulat Malaysia di Songkhla pernah beritau kalau nak tomyam kaw, beli pes asli di Thailand.
Bapak pernah beli 2 kali di Hatyai, memang kaw. pasal halal, ada pengesahan halal dari Majlis Agama Islam Songkhla.
sedapnyer
kdai ni da msuk jalan-jalan cr mkn...sape la yg promote...nk try jugk...mst terbaikkkkk
Coconut shake kat terengganu tu kat area mana ye?
Post a Comment