Friday, May 18, 2012

Restoran di Shah Alam : Restoran E-Rasa Seksyen 15 Shah Alam


Restoran di Shah Alam : Restoran E-Rasa Seksyen 15 Shah Alam

Kalau korang nak tahu, aku selalu buat research pasal restoran di shah alam. Cari mana restoran yang sedap di shah alam untuk dicuba bersama yang tersayang.

restoran di shah alam

Cari punya cari, research punya research, jumpa la Restoran E-Rasa Seksyen 15 Shah Alam yang direcommend oleh sorang rakan blog, nieja pasal coconut shake dia yang sungguh sedap. Aku ni dah memang la mengidam coconut shake sebab teringat coconut shake kat Terengganu yang sedap itu. Nak cari coconut shake di shah alam ni bukan lah benda yang mudah. Tak jumpa yang menarik hatiku lagi.

restoran shah alam

Di Restoran E-Rasa yang kedainya berwarna hijau dan letak terletak di Dataran Otomobil Seksyen 15 Shah Alam. Tahu tak kat mana? Dia dekat2 bulatan, Toyota, KFC dan petronas di Seksyen 15 Shah Alam.
Sebelum pergi, aku search2 la apa yang menarik untuk dimakan dan diorder di Restoran E-Rasa. Antara menu popular di sini adalah coconut shake, nasi ayam e-rasa, nasi ayam lemon, tomyam goong dan mee bandung.

Nak cuba semua makanan sekaligus, memang idak la (baca macam orang perak) jadi hanya dapat mencuba beberapa jenis makanan dan minuman sahaja.

Aku cuba coconut shake, nasi putih, ayam lemon dan tomyam campur. 

cocunut shake shah alam

Coconut shake dia sedap, beraiskrim, dan ada rasa kelapa hancur, cuma mungkin belum mencapai standard aku seperti di Terengganu dulu. 3/5 bintang

tomyam shah alam

Tomyam campur dia memang kaw. Aku memula nak order tomyam goong tapi mahal le pulok. Walaupun hanya tomyam campur sahaja tapi rasa dia memang kaw dan puas dimakan.  4/5 bintang

ayam lemon shah alam

Ayam lemon e-rasa pula, macam ayam goreng dan letak sos cili thai. 3/5

Mee bandung di sini memang pekat dan bau dia macam kuat sangat bau udang kering sampai kalau tapau bawa masuk kereta, habis semerbak kereta bau udang kering. Tapi bila makan mee bandung ni, rasa di memang sedap sebab kuah dia pekat. Memang macam mee bandung muar yang sejati

Boleh tahan juga rasanya. Overall kedai makan di shah alam ini harus dicuba oleh semua penduduk Shah Alam dan sekitarnya. 


4 comments:

Bapak said...

cerita pasal tomyam, isteri Konsulat Malaysia di Songkhla pernah beritau kalau nak tomyam kaw, beli pes asli di Thailand.

Bapak pernah beli 2 kali di Hatyai, memang kaw. pasal halal, ada pengesahan halal dari Majlis Agama Islam Songkhla.

Cintaku Tihani said...

sedapnyer

Anonymous said...

kdai ni da msuk jalan-jalan cr mkn...sape la yg promote...nk try jugk...mst terbaikkkkk

Unknown said...

Coconut shake kat terengganu tu kat area mana ye?

Google