Hotel Kuantan , The Zenith Hotel , Hotel in Kuantan Town
Selalunya kalau ke Kuantan, saya akan menumpang kasih dan tidur di rumah sahabat kesayangan di Tanjung Lumpur. Tetapi kalau datang bersama keluarga, biasanya kami akan menginap di hotel.
Gambar dari The Zenith Hotel Kuantan
Antara hotel yang terdapat di Kuantan adalah sebuah hotel baru di tengah Bandar iaitu the Zenith Hotel. Ia terletak di tengah Bandar Kuantan iaitu bersebalah dengan shopping complex yang terkenal di Kuantan iaitu East Coast Mall. Anda hanya perlu melintas jalan dan boleh terus sampai ke East Coast Mall. Landmark untuk The Zenith Hotel pula ialah Stadium Darul Makmur. Cari signboard ke stadium dan anda akan nampak The Zenith Hotel dari jauh
Gambar dari The Zenith Hotel Kuantan
Bilik deluxe twin/king pun sudah cukup untuk anda tidur dengan selesa kerana biliknya memang besar dan selesa. Kemudahan dalam bilik pula adalah seperti wifi dan cable, pengering rambut, iron dan ironing board, almari dengan hanger, tv dan macam2 lagi. Bilik air nya juga cukup selesa dan direka mesra untuk orang melayu. Selain itu, ada sign kiblat di dalam bilik
Apabila menginap di sini, anda akan mendapat dua breakfast complementary. Makanan sarapan pagi di sini juga amat menyelerakan. Pelbagai hidangan Malaysia seperti nasi lemak, nasi gorang, riti jala, roti canai hinggalah ke heidangan barat seperti wedges, baked beans, pastry, bacon dan macam2 lagi. Harga breakfast bermula dari RM 38++
Basement parking disediakan di sini. Selain itu, swimming pool yang terletak di tingkat 4 adalah sebuah infinity pool. Di pool ini, anda mungkin dikehendaki memakai pakaian renag yang betul atas dasar keselamatan. Di tingkat 4 juga anda boleh pergi ke gym untuk beriadah. Kemudahan di gym amat menyeronokkan seperti treadmill, basikal, dumb bell dan macam2 lagi. Di tingkat 4 juga ada bilik permainan untuk kanak-kanak dan juga bilik yoga.
Jika anda tidak selesa solat di bilik, anda boleh turun ke surau di tingkat 2. Surau nya selesa dengan kemudahan tempak wudhuk di dalamnya
Jika anda datang ke Kuantan, boleh la menginap di hotel ini. Recommended! Ibu bapa dan keluarga saya amat menyukai hotel ini dan kami akan kembali menginap di The Zenith Hotel jika ke Kuantan lagi.
Cerita lain : Bercuti di Kuantan
No comments:
Post a Comment