Friday, May 25, 2012

Bercuti di Cameron Highland


Bercuti di Cameron Highland


Kali terakhir pergi bercuti di Cameron Highland bersama keluarga adalah ketika aku berumur 8 atau 9 tahun. Ye masih kecil lagi..masa dulu pergi pun rasa macam kejap je. Tapi ingatan tentang Cameron Highland masih segar di ingatan. But serius dowh, masa kecik2 aku memang punya ingatan yang kuat. Cuma dah besar ni, menjadi pelupa sebab banyak virus ( baca : dosa ) yang melanda diri.

Rancangan bercuti di Cameron Highland ni pun sebab sepupu aku yang mengandung mengidam nak makan sweet potato yang kecik tu. Cari kat KL tak jumpa katanya. Sanggup ke Cameron Highland kerana mengidam sweet potato yang comel lote.


Kalau pergi bercuti ke mana2, elok lah membawa makcik ku bersama sebab beliau akan menyediakan makanan yang enak untuk kami sekeluarga. Kalau pergi sendiri, makan entah mana2, rasa pun macam mana2 la. Membeli belah sayur yang segar, lepas tu terus masak, memang heaven la makan sayur2 segar dari ladang. Makan dengan nasi, sayur dan  kicap pun dah lazat.


Disebabkan masa tu instagram baru dilancarkan, semua gambar diambil dengan effect Instagram. Harap Maklong

Kalau pergi ke Cameron Highland, tak sah la kalau tidak merasa strawberry. Orang kata, kalau dah bawa turun strawberry rasanya akan masam. Orang cakap la..aku rasa sama je


Then pergi membeli belah souvenier untuk yang tersayang. Bff kirim bantal strawberry walaupun pada mulanya aku dah pesan kat adik2 aku, jangan nak mengada beli bantal stoberi. Tengok2 aku yang beli untuk bff. Leulz. Untuk awak, saya belikan t-shirt tapi sedihnya awak tak muat baju hewhew


Sejuk kat Cameron Highland ni memang sampai ke tulang. Lagi2 kalau nak mandi, takde water heater, memang menggigil tak berhenti la kau. Tengok,aku tidur pun pakai sarung tangan untuk ice skating.

Hari terakhir di Cameron Highland, adik bongsuku beria ke Strawberry Farm untuk memetik dan membeli strawberry. Aku masa tu sudah ketiadaan mood sebab kepeningan ketiadaan air. Air botol ku dah habis sob2. 

Dan ini gambar terakhirku di Cameron Highland




Google