Bercuti di Cameron Highland
Kali terakhir pergi bercuti di Cameron Highland bersama
keluarga adalah ketika aku berumur 8 atau 9 tahun. Ye masih kecil lagi..masa
dulu pergi pun rasa macam kejap je. Tapi ingatan tentang Cameron Highland masih
segar di ingatan. But serius dowh, masa kecik2 aku memang punya ingatan yang
kuat. Cuma dah besar ni, menjadi pelupa sebab banyak virus ( baca : dosa ) yang
melanda diri.
Rancangan bercuti di Cameron Highland ni pun sebab sepupu
aku yang mengandung mengidam nak makan sweet potato yang kecik tu. Cari kat KL
tak jumpa katanya. Sanggup ke Cameron Highland kerana mengidam sweet potato
yang comel lote.
Kalau pergi bercuti ke mana2, elok lah membawa makcik ku
bersama sebab beliau akan menyediakan makanan yang enak untuk kami sekeluarga.
Kalau pergi sendiri, makan entah mana2, rasa pun macam mana2 la. Membeli belah sayur yang segar, lepas tu terus masak, memang heaven la makan sayur2 segar dari ladang. Makan dengan nasi, sayur dan kicap pun dah lazat.
Disebabkan masa tu instagram baru dilancarkan, semua gambar
diambil dengan effect Instagram. Harap Maklong
Kalau pergi ke Cameron Highland, tak sah la kalau tidak
merasa strawberry. Orang kata, kalau dah bawa turun strawberry rasanya akan
masam. Orang cakap la..aku rasa sama je
Then pergi membeli belah souvenier untuk yang tersayang. Bff
kirim bantal strawberry walaupun pada mulanya aku dah pesan kat adik2 aku,
jangan nak mengada beli bantal stoberi. Tengok2 aku yang beli untuk bff. Leulz.
Untuk awak, saya belikan t-shirt tapi sedihnya awak tak muat baju hewhew
Sejuk kat Cameron Highland ni memang sampai ke tulang. Lagi2
kalau nak mandi, takde water heater, memang menggigil tak berhenti la kau.
Tengok,aku tidur pun pakai sarung tangan untuk ice skating.
Hari terakhir di Cameron Highland, adik bongsuku beria ke
Strawberry Farm untuk memetik dan membeli strawberry. Aku masa tu sudah
ketiadaan mood sebab kepeningan ketiadaan air. Air botol ku dah habis sob2.
Dan
ini gambar terakhirku di Cameron Highland
1 comment:
bestnya bercuti=)
Post a Comment