Thursday, June 28, 2012

Laksa Shah Alam



Kalau nak makan laksa utara yang kuahnya pekat di Shah Alam, saya recommend Laksa Utara di Seksyen 7 Shah Alam. Kuah laksanya memang pekat,kaw dan terangkat.

Ia terletak di jalan yang nak menghala pintu masuk  I-City . Kalau korang pernah pergi I-City Shah Alam,mesti pernah Nampak ada kedai2 dan macam bengkel2 sebelah kanan sebelum masuk ke I-city kan ? haaa..kat situ la terletak tempat penjualan Best Laksa Shah Alam. Lokasi Cendol Pulut/ Tapai Laksa Utara


Buat pengetahuan anda semua, laksa ini bukanlah dijual di kedai tapi di sebuah lori di tepi jalan. Korang kena jalan sampai hujung deretan kedai dan bengkel tu dan mesti korang akan jumpa lori jual laksa ni.
Harga laksa ni murah sahaja, hanya RM 3.50. Boleh makan di situ atau boleh bungkus. 


Kalau tengok orang yang datang makan kat situ, memang penuh lah..ada kerusi yang disediakan, jadi anda boleh menikmati laksa utara yang lazat dengan melepak di situ. Kalau nak tengok orang yang datang ke situ, memang beratur panjang, tapi jangan risau, servis mereka memang cepat. Jadi anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk makan laksa utara yang enak itu. Review di foursquare pun semuanya bagus2 belaka seperti : Sataq d. March 21, 2011 "mmg power.. smpai ngigau mlm teringat power laksa nih..."


Selain laksa utara, cendol pun ada dijual di sini. Ada 3 pilihan untuk cendol; cendol biasa, cendol tapai dan cendol pulut. Sambil makan laksa, boleh minum cendol yang dapat melegakan tekak di hari panas.


Jadi, jika anda mencari laksa Shah Alam dan juga cendol di Shah Alam, boleh la datang makan atau bungkus di lori yang menjual laksa utara dan cendol ini yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Sekali beli, pasti beli banyak2 lagi 


1 comment:

Anonymous said...

oh..ak slalu lalu kt stu.tp x pernah lg try...huhuhu

Google