Monday, March 15, 2010

Ketika cinta bertasbih


"Cinta itu apa sih..?
Cinta ada kekuatan yang mampu mengubah
mengubah duri jadi mawar
mengubah malang jadi untung
mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi nabi
mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat
mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman
mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi rahmah"
-Ayatul Husna

Iya peduli apa movie ini sudah expired sebab saya memang suka nonton movie2 yang sudah expired. Dah lama sebenarnya nak tengok movie ni cuma belum ada kesempatan lagi nak menontonnya

Dan pada satu hari yang suam2 kuku, saya menonton filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2 pada hari yang sama padahal esok nak quiz software project management (SPM). Berani mati la aksi saya pada hari itu. Orang lain sibuk study SPM, saya tengok movie sambil feeling2 dan menangis2 T_T

Kepada yang belum menonton filem ini, harus menontonnya. Rasa nak baca buku dia pulak. Bak kata ‘Aizat anNur – “siapa baik hati mahu bagi saya pinjam buku novelnya”

Tidak mahu bercerita tentang sinopsis filem ini tapi mahu berkongsi nilai-nilai dan pengajaran dari filem cinta islamik yang diadaptasikan dari novel Habiburahman ElShirazy yang yang juga penulis buku Ayat-ayat Cinta

1. Cinta dan jodoh – orang selalu kata, “ kalau dah jodoh tak ke mana”. Kata orang lagi “ kalau bercinta bertahun2, tapi kalau bukan jodoh, sampai bila-bila pun tak kan bersama. Tapi kalau memang dah tertulis di Luh Mahfuz jodoh kita, baru kenal sehari pun, esok dah boleh kahwin”. Dalam filem ini, Khaerul Azzam(hero) seorang pemuda yang boleh kata perfect, kacak, ganteng , soleh, baik hati, ringan tulang, pendek kata memang digilai oleh kebanyakan wanita. Tapi walaupun dirinya cukup perfect dia lambat mendapat jodoh. Macam-macam halangan apabila dia ingin melamar seorang gadis solehah itu..ditolak keluarga kerana adat, jodoh yang ingin dipinang terlepas di tangan orang lain, dia terlibat dalam kemalangan dan keluarga gadis tak mahu menunggu dia sembuh dan macam2 lagi. Tapi akhirnya dia dapat menikah dengan seorang gadis yang perfect juga dan memang sesuai dengannya lagi dekat dengan dirinya, yang sama fitrahnya, yang ibunya idamkan untuk dijadikan menantu. Padahal gadis itu juga menyukainya juga satu pada masa dulu tapi telah berkahwin dengan orang lain lalu bercerai tanpa disentuh dan berkahwin pula dengan Azzam

2. Cinta yang menurut Islam yang sebenar – Cinta yang dibenarkan dalam Islam sebenarnya hanyalah cinta selepas terlafaznya akad nikah dan ikatan perkahwinan. Saya kagum dengan cerita ini, tiada adegan percintaan sebelum perkahwinan tetapi semuanya menggunakan teknik lamaran dari keluarga atau orang perantaraan. Indahnya jika lamaran kepada keluarga masih diamalkan pada masa ini. Yang pasti cinta selepas kahwin lebih membahagiakan tapi mampukah yang sedang bercouple sekarang memutuskan ikatan? Tepuk dada tanya iman

3. Pelakon – saya teruja bila mengetahui yang pelakon2 yang membintangi filem ini bukan pelakon professional tapi dipilih dari satu uji bakat yang sungguh teliti. Maknanya , pelakon2 yang berjilbab adalah sememangnya berjilbab di luar. Dah la semua pelakon pun cantik2 sekali. Lagi solehah kerana semuanya menutup aurat dan memakai tudung. Memang cantik pelakonnya. Indah sungguh ciptaan Allah yang bernama wanita. “seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah”. Heronya pula tak la hensem sangat tapi manis yang penting dia sangat menawan kalbu dengan kata2 hikmanya menasihati sahabat2nya dan sangat bertanggungjawab terhadap adik2 dan ibunya kerana dia menanggung perbelanjaan adik2nya setelah kematian bapanya.

4. Nilai usahawan : walaupun lulusan university Al-Azhar dalam bidang agama, Azzam tidak hanya bergantung kepada perkerjaan makan gaji semata2. Berbekal dengan pengalaman dia menjual bakso di Cairo dulu, dia juga membuka sebuah gerai yang menarik dan inovasi. Baksonya dibuat dalam bentuk hati dan seragamnya juga warna merah jambu.sweet!

5. Nama : Nama2 watak dalam cerita ini sangat lah menarik dan sedap telinga mendengar dan hati pun sejuk. Anna Althafunnissa, Ayatul Husna,Milatul Ulya, sedapnya nama diorang seindah peribadi dan watak mereka

6. Budaya : suka tengok budaya mereka dari segi bersalaman. Memang tiada adegan bersalam dengan bukan mahram tetapi cara mereka menghormati yang bukan mahram macam buat2 salam tapi tak salam pun sebenarnya. Cara layanan terhadap tetamu juga sangat mesra. Tapi cuma budaya perkahwinan yang terlalu mengikut adat seperti budaya hindu je kurang berkenan. Pelaminnya yang kuning..errr..sangat menggerunkan

7. Baju : Oh my Sumayya Design haha semua baju muslimah dia sangat cantik ditambah lagi dengan tudung mereka pakai..kenapa cantik sangat??!!! Geram aku tengok. Kalau aku pakai mesti tak secantik itu T_T

Yang penting sekali, kita nampak keindahan Islam dalam filem ini, betapa murninya dan sucinya suatu ikatan perkahwinan itu dalam Islam, betapa indahnya Islam dalam setiap perkara dalam kehidupan seharian kita. Kalaulah semua umat Islam termasuk saya yang khilaf ini dapat mempraktikkan ajaran Islam, pasti lebih ramai lagi yang tertarik dengan Islam dan amanlah dunia dengan rahmat Allah.

Tak sabar mahu nonton bersama adik2 guwe yang suka bangat cerita2 indonesia. Lagi2 cinta yang islamik..adik2ku tunggu kepulangan kakak mu bulan 5 ini..ahha lambat lagi T_________T

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta


9 comments:

koru said...

wah..ramai minat citer nih..

KeMBaLI™ said...
This comment has been removed by the author.
KeMBaLI™ said...

salam
Criter KCB saya ske...tp dr aspek film..lg best ayat-ayat cinta...
begitu dramatik tenik cinematografi dan skrip yang disampaikan

sye rase kita perlu baca novel karya Kang Abik ini..sye psti ia tak mengecewakan...saya cdg awak baca new novel dalam mighrab cinta..check kat blog sye..klik kat novel dlm mighrab cinta timeseh..sye da gilar ngn cte ney terutama watak

KeMBaLI™ said...

saya sedih ngn watak syamsyul..tapi dia tabah dalam melawan nafsu jahatnyer..

KeMBaLI™ said...
This comment has been removed by the author.
KeMBaLI™ said...

cuma saya tgh nantinantikan novel dlm mingrab cinta 2 yg belum kuar..dan saya pelik siapakah nadia? kerana saya rse x der dlm novel..

[Fadilah Diyana] said...

hehe...awk, kita ingatka kita xbaca lagi novel ni,bila awk criter sinopsis gadis yang dinikahi oleh hero tu merupakan gadis yang pernah berkahwin, baru kita ingat...kita pernah baca novel tu...akak sedara kita bagi pinjam...tp dalam novel mcm terlalu panjang...ni pendapat peribadi kita lah,maybe bila difilemkan lagi menarik...=D

Syida Shukor said...

huu , sedih tengok cerita ni . tapi suka ending dia . hee

haziQah said...

koru : aah ramai minat :)

kembali : tq sbb perkenal novel yg mnarik utk dibaca :)

fadilah : aah novel tu ade 2 buku n both sgt tebal huhu tp rasa nk baca cuti ni plak..sape ade hehe

syida : yeh..bnyyk part sdih tp ending mmg x mngecewakan kn..

Google