Transit Layover Abu Dhabi
Kalau ada layover yang lama, boleh dapat satu negara lagi masa travel! Masa ke France hari tu, kami ambil layover transit yang agak panjang di Abu Dhabi, 13 jam. Sempat la nak berjalan sikit2 di Abu Dhabi . Kami sampai jam 12pm++ dan next flight adalah 2amAbu Dhabi ni tak sefamous Dubai tapi hanya 1 jam dari Dubai. Kalau naik Etihad, transitnya adalah di Abu Dhabi. Ramai yang confuse. Abu Dhabi juga terletak di UAE.
Abu Dhabi - Etihad
Dubai - Emirates
Doha - Qatar
Kami simpan cabin bag di Luggage Storage di airport. 1 bag dalam 70AED.
Plan asal nak naik Abu Dhabi Free Shuttle tapi tak jumpa information counter yang boleh tanya, so tak tahu bila n kat mana Shuttle tu sampai.
Then decide untuk naik Careem je. Dari satu tempat ke suatu tempat semua dalam 60-70AED.
Itinerary Layover Abu Dhabi.
2pm Yas Mall, cari prayer hall untuk solat dulu.
3pm Lunch at Al Fanar Restaurant
4pm Jalan2 dalam Yas Mall
6pm Bertolak ke Sheikh Zayed Grand Mosque. sempat sampai sebelum Maghrib so dapat view day and night
8pm Jalan2 di Souq bawah Masjid.
9pm Balik ke airport, mandi, tukar baju di tempat transit.
Next flight 2am.
Masa sampai kami ke Yas Mall dulu untuk solat dan lunch. Kami jalan2 cuci mata je di Ferrari World, Man City Store dan makan Emirati Food, Chicken Macboos di Al Fanar Restaurant. Seronok tengok orang arab balik arab berjubah labuh shopping.
Tempat famous kat Abu Dhabi ni ialah Sheikh Zayed Grand Mosque. Masjid yang sangat besar dan cantik. Kena datang waktu siang dan malam sebab ada 2 view yang berbeza. Jadi kami datang petang hingga ke Maghrib dan sempatlah solat Jamak Maghrib Isyak di masjid ni. Masjid ni dalam 30 minit dari Zayed International Airport Abu Dhabi.
Untuk muslimah yang nak datang ke Masjid ni kena pakai abaya or seakan abaya seperti dress. I lupa nak tukar my abaya, nak tak nak kena beli dress baru! Jangan tanya kenapa tudung n dress tu tak matching, karang tak boleh masuk nangis 😂
Tapi boleh juga beli abaya di Souq yang terletak di bawah masjid tapi takut abaya kat situ lagi mahal, kita beli di Yas Mall n cari yang paling murah tapi tak murah sangat juga la huhu.
Masa balik Malaysia pulak, transit 2 jam sahaja dan sempat la beli coklat murah2 kat airportnya.
No comments:
Post a Comment