Friday, June 28, 2024

Bercuti di Lyon, France

 Lyon, France 

Catatan 15-19 April 2024

Part 1

Selalunya kalau orang bercuti di France akan ke Paris saje kan tapi tujuan utama trip ke Europe ni bukan bercuti tapi ikut husband kerja. So kita amik kesempatan jelajah bandar Lyon di France ni. Alhamdulillah berpeluang explore bandar Lyon selama 5 hari . Lyon tak sefamous tempat lain di France tapi zaman dulu, Lyon ibu kota zaman Renaissance 


Palais de la Bourse de Lyon dibina pada tahun 1856

Di Lyon terdapat 2 sungai yang cantik dan bersih ,  memang akan lalu situ hari2 untuk ke bandar Lyon. Terdapat banyak bangunan bersejarah di Lyon dari tahun 1800 yang masih utuh dan dijaga cantik.

Dari Paris ke Lyon, kami menaiki train Trenitalia di Gare De Lyon ke Lyon Part Dieu. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam. Tiket kami beli di Klook berharga RM200++ one way. Actually tiket ni boleh dapat murah lagi sebab masa mula2 tengok tiket ni baru RM170++, tapi lepas lambat sikit beli da naik jadi RM200++ so beli la awal tiket train ni. Booking di Klook amat mudah, boleh pilih train yang sesuai dengan bajet kita, tapi cons kalau booking di Klook tak boleh pilih seat, kami beli tiket asing-asing dan sudahnya duduk pun asing-asing la. Tapi nasib baik dekat2 juga seatnya. Bila da masuk train baru perasan seatnya ada tulis Silenzo, maksudnya kena senyap je dalam train tu tak boleh berborak ke apa. Train agak laju dengan mencecah 180km/h. Sepanjang perjalanan dalam train kami dapat melihat pemandangan yang cantik, ladang2 , lembu2 .

Fontaine des Jacobins, The square belongs to the zone classified as World Heritage Site by UNESCO.

Kami sampai di Lyon pada waktu petang. Dari stesen keretapi , kami berjalan kaki ke hotel sejauh 3km. Cuaca pada petang itu panas, berpeluh2 juga la tarik beg. Kami tinggal di OKKO Hotels Lyon Pont Lafayette  yang terletak di hadapan Sungai Rhone tapi bilik kami tak menghadap sungai la. Petang tu husband ada team dinner, so saya jalan2 pada waktu petang depan hotel yang ada sungai, tengok ramai orang bersenam, naik basikal, jogging, picnic sibuk betul kawasan depan sungai tu. 

Review OKKO Hotels Lyon Pont Lafayette

 

Bilik kami selesa dengan katil queen, tiada pemandangan dari bilik tapi ok je la walaupun stay 5 hari. Ada lif dan juga tangga since bilik kami di Level 1 so kadang2 naik tangga. Staff hotel sangat mesra dan baik, boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Di hotel ini, setiap petang dari pukul 6-8pm , hotel ada menyediakan snek yang berbeza setiap hari so hari first tu dapat la merasa snek dari hotel. Ada sayur2 mentah dan dicicah dengan sos tomato. Di cafe hotel juga ada menyediakan kopi, hot choc, juice, buah - buahan, kek, sparkling water, boleh diambil sepanjang hari. Sangat berpuas hati dengan layanan hotel ni. Hotel ni tiada laundry tapi ada laundry berdekatan yang kita boleh cuci baju. Rate laundry kat sana lebih kurang Malaysia, kalau kat Malaysia RM4, di sana 4€ 🤪

Église Saint-Nizier de Lyon

While husband pergi kerja, kita explore Lyon sorang2. Hari pertama di Lyon saya berjalan sorang2 ke tourist attractionnya, bangunan2 yang cantik dan bersejarah tapi tak masuk ke dalam sebab mostly kena bayar. Kita budget traveller haha. Lagipin kang description dia dalam bahasa France jenuh pulak nakngoogle translate je. 


Jalan2 then terjumpa pasar yang ada menjual barang murah2 serendah 1 euro. Macam pasar kat Malaysia juga ada jual barang macam.sepit kuku, gunting, murah2, baju bundle 1€

Sebelum balik, kita pergi cari baguette dan croissant, balik tu panaskan mushroom sup dan makan baguette cicah mushroom sup. Kita beli mushroom yang ni no MSG, real mushroom

https://s.shopee.com.my/6Kj0PPlQ8s

Baguette ni rasa roti keras, sangat chewy n masam2 sikit ke saya beli tu sourdough. Ada 2 jenis baguette yang kita boleh minta, crispy or soft = not well bake. Kalau kedai tu namanya boulangerie artisan means baguette tu dibuat di kedai n biasanya hanya ada 4 bahan je dalam baguette - tepung, yeast air dan garam dan ia dipanggil tradition. Government France yang suruh hanya ada 4 bahan je tanpa additive. Oleh kerana susah nak berkomunikasi, saya ambil je yang mana2 🤣

Orang France biasanya makan baguette dgn butter + jam or letak slice daging jadi sandwich , or ada yang letak kepingan coklat terus as snack. Kita je kena makan cicah kuah something 

Petang tu pulak, kita pergi cari laundry dengan husband. Otw tu nampak ada demo p4lest1ne. Nenek2 buat demo n bagi flyers. Cuaca hari pertama sejuk manja2 boleh pakai trench coat lagi dalam 14-15 celcius. Maghrib sini pukul 830pm++ so lepas husband balik kerja, pukul 6pm masih terang lagi so sempat nak explore Lyon lagi. Lepas tu kita pergi dinner then balik hotel. Malam2 tak berani keluar sangat sebab ada jalan yang gelap so bila da gelap mmg cepat2 balik hotel.

Hari kedua, sebenarnya da tak tahu nak ke mana tourist attraction macam semua da cover 🤣


Lepas tu teringat orang suka pergi farmasi di France sebab produk dia memang high quality. Masuk la farmasi dan terjumpa banyak produk natural, vegan yang sangat menarik, kalau ikut harga duit dorang murah la juga, cuma bila convert ke duit kita gigil gak nak bayar haha. Saya takde beli apa2 sangat just beli lotion tangan sebab tangan da kering sangat masa tu. Lotion tangan tu sangat bagus, kulit terus terasa lembap serta merta. Boleh tengok produk natural di farmasi France di sini https://www.facebook.com/share/p/oRRto1LG4SifhMeA/?mibextid=oFDknk

Kemudian jalan2 lagi jumla kedai seperti Homepro yang bernama Maxi Bazar ,apa lagi kita window shopping tengok barang2 yang rare dan tidak dijumpai di Malaysia. Kat sini saya beli gam kasut je sebab tapak kasut boleh pulak tercabut kan. Saya ada share produk dalam MaxiBazar di post sebelum ini. https://www.facebook.com/share/p/FxfrBwXCdAZqB6WG/?mibextid=oFDknk


Misi utama hari ni nak cari French Butter tapi tak jumpa groceries store yang besar. Yang krcik2 tu takde jual butter yang dicari lagi. Jumpa pulak mall yang bernama Monoprix ada groceries di sana, terus jadi rambang mata window shopping barang2 groceries. Ada satu brand yang direcommend di Tiktok. Bila jumpa butter tersebut , terus grab ambil yang size kecil sahaja 125g. Harga dalam 1-2 euro saje. Butter France di sana harga dalam 3 euro ++ untuk 250g.

Butter ni nak makan dengan croissant and baguette.

Bersambung part 2..



No comments:

Google