Friday, June 25, 2010

Hanya Pemimpin Memahami Pemimpin??

Tak semua orang dapat meluahkan apa yang terbuku di hati dengan lisan kerana lidah mungkin kelu bila hendak berbicara atau mungkin tiada lidah yang lancar berkata-kata seperti seorang pendebat. Mungkin dengan penulisan lebih banyak dapat disampaikan kerana boleh fikir sebelum menulis dan cari point2 yang boleh diketengahkan.

Sudah lama tak menulis sesuatu yang serius. Jangan kan menulis benda2 yang serius, yang tak serius pon malas juga. Tapi rindu saat2 rajin menulis.

Saya seorang blogger, bukanlah seorang pendebat mahupun seorang pemuitis apatah lagi bukan juga seorang pemidato. Kalau nak buat ayat2 debat atau puitis memang tak reti. Kalau ayat blog, haa..macam ni la ayat blog. Sesuatu yang tak formal dan merapu sahaja. Tapi idea jangan merapu sangat bila menulis sesuatu yang serius [ cepat buat muka serius ]

Politik kampus, telah saya tinggalkan sejak semester lepas. Bukan langsung tak amik cakna tapi cuma tak rajin nak bersuara macam dulu2. Kononnya mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran. Tapi tetap mengikuti dalam diam2. Mana mungkin saya dapat tinggalkan begitu sahaja. Dunia yang menjadikan saya seorang manusia, berjumpa pula dengan manusia2 yang hebat, juga mendegar buah fikiran2 yang bernas yang tak tercapai dek akal saya yang kecil ini.

Bila Absar Burhan mula menulis tentang ‘Piliharaya Kampus UDM@UNISZA: Sejauh mana berhasil?', saya rasa teruja dan mengimbau kembali kenangan2 manis berjuang mengenai perkara di atas. Suara mahasiswa katanya yang mampu menggegarkan dunia universiti yang lesu. Berapa ramai blogger yang ada di UniSZA (sebelum ini dikenali sebagai UDM) tapi berapa ramai blogger yang berani menulis entri seperti ini? Menulis tentang keadaan universiti, isu2 semasa yang boleh dibincangkan dan difikir bersama2…

Memetik kata2 Absar Burhan dalam blognya
“sejauh mana berhasilnya pertandingan PRK UDM@UNISZA ini? Hasilnya,lahirlah mereka yang Diam seribu bahasa,Sepi tanpa bicara”
Ye benar..kerana adanya PRK UDM@UNISZA, tiada lagi yang mengeluarkan isu ‘kami mahu pilhanraya’ ‘sampai bila PRK takkan diadakan di UDM@UNISZA’

Nah..bila sudah terjadinya ‘drama’ PRK di UniSZA, semuanya macam sudah puas hati. Sudah tiada lagi kata2 kritikan yang tak puas hati. PRK UniSZA sebenarnya telah berjaya..! Berjaya dari segi apa? Berjaya dalam ayat yang saya sebut di atas

Bila saya keluarkan kenyataan seperti di atas pula,pasti ada mulut2 juga yang mengatakan “Dah ada PRK pun tak puas hati. Apa yang kau nak?” Akal dan fikiran saya tak terhenti di mata kasar sahaja,saya sudah mengkaji dan mendalami apa yang sebenarnya yang berlaku sewaktu PRK. Cuma biarlah menjadi rahsia dan mereka yang mengetahuinya. Nak tahu boleh berjumpa saya kalau berani?

Sudah tutup isu tentang PRK

Sekarang kita mahu bercerita pula keangkuhan si pemimpin,isu berkaliber tak lagi wujud di sini kerana sememangnya kalian amat berkaliber dan hardworking. Dengan terkeluar ayat seperti “ hanya pemimpin yang memahami pemimpin", bagi saya ia satu ayat yang sungguh angkuh. Adakah dengan menjadi pemimpin ,anda tidak boleh disentuh,tidak boleh dikritik, tidak boleh ditegur walaupun ia ditegur secara adil, secara bijaksana dan bukan secara membabi buta?

“Hanya pemimpin yang memahami pemimpin”. Nak tanya..sape yang angkat awak jadi pemimpin kalau bukan rakyat jelata? Kalau bukan kerana rakyat jelata nampak kebolehan awak, mesti dia tak undi awak jadi pemimpin mereka.

Orang bawah atau saya lebih suka guna perkataan 'rakyat' akan selalu mengharapkan sesuatu yang lebih dari pemimpin mereka. Sebab kamu pemimpin lah kamu selalu dipandang tinggi,kamu akan selalu dihormati,orang akan anggap pemimpin sangat istimewa,mempunyai kebolehan dan kelebihan yang lebih daripada rakyat. Sebab tu la kamu layak dijadikan pemimpin di mata rakyat jelata. Sebab tu jadi pemimpin tidak mudah, kalau pemimpin tu salah buat kerja sikit je…confirm wajibul ghunnah akan keluar la suara2 yang tak sedap didengar.

Jadi pemimpin itu bukan setakat buat kerja je, tapi memimpin rakyat ke jalan yang benar. [eh betul ke ayat aku ni? huhu].Bukan bila rakyat tak puas hati terus tolak tepi. Kenapa tidak menerangkan mereka yang tak puas hati itu dengan sabar sampai mereka paham. Kalau mereka buat tak paham, tak pe..biarkan saje..gelak je..tak yah susah2 hati..lama2 pahamla tu.dan yang paling penting,jawaplah pertanyaan mereka dengan nada yang bersopan walaupun mereka kurang ajar. Kalau api dibalas dengan api, bertambah maraklah api dan hancur lah semuanya.

Kadang2 orang bawah mempunyai ilmu dan idea yang lebih menarik yang tak tercapai dek fikiran pemimpin yang sarat dengan bermacam2 kejadian. Jadi jangan perlekehkan idea2 rakyat yang mungkin lebih berpengalaman. Fikir masak2 kemudian ambil la jalan yang sesuai

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat [Saidina Umar bin Al-Khatab]

Teguran dan kritikan yang diberikan bukan dengan niat menjatuhkan, bukan dengan niat tak puas hati atau dengan niat benci. Tapi semuanya kerana sayang,semuanya kerana ingin menolong pemimpin itu membaiki apa yang masih kurang dan pastinya untuk melihat pempimpin2 yang dihormati lebih berjaya dalam dunia kepimpinannya. Janganlah dianggap semua teguran dan kritikan itu hanya berniat dengki dan tak puas hati. Take it positively. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

Manusia kan bersifat pelupa, bersifat lalai,kena sentiasa mengingati antara satu sama lain. Jadi apa salahnya kritikan dan teguran yang membina? Ni bila ada orang tegur sikit, mulalah nak melatah, nak kata kenapa tak puas hati? Aku tak kacau hidup kau pun.

Kadang-kadang kritikan itu sebenarnya buat kita berfikir, betul ke apa yang aku buat selama ini,atau masih ada kekurangan? Jika masih ada kekurangan, pasti boleh ditingkatkan lagi dan diperbaiki kelemahan itu. Jadi kalau kita takut dengan kritikan,sampai bila2 pon kita akan takut dengan bayang2 kita sendiri,sampai bila2 pon kita takkan belajar sesuatu yang baru dalam hidup, sampai bila2 pon kita tak akan dapat bertukarrr…er..maksud saya berTRANSFORMASI.

Bukan untuk menuding jari ke arah siapa2, siapa betul siapa salah. Tanggungjawap sesama manusia, saling berteguran2an ke arah kebaikan. Kau salah,aku tegur kau, aku salah kau tegur aku

Standard la kadang2 teguran itu kita susah nak terima, mulalah nak melenting tanpa berfikir dengan akal yang telah diberikan oleh Maha Pencipta. Tapi bila kita kaji balik dengan fikiran rasional kita, barulah kita nampak kelemahan diri kita. Sifat semulajadi manusia,sering keberatan nak menegur,lagi2 bila kawan rapat sendiri,takut terkecil hati. Nah inilah gunanya musuh dan pembangkang,musuh tak malu berkata2 menegur apa yang salah, tapi kawan baik, asyik nak jaga hati je,sampai benda yang tak kena pon tutup sebelah mata. Tapi kalau nak kritik sampai mengaibkan peribadi orang atau pemimpin , ini boleh ditentang habis2an

Ini baru dunia kampus, baru tegur sikit sudah mahu nangis2. Tak rock la macam tu..dunia luar lebih mencabar. Setakat ditegur dengan nada yang halus pun sudah tidak tahan, belum lagi dicaci, dimaki oleh bos2 yang garang atau customer yang bekeng bila berada dalam dunia pekerjaan kelak

Janji2 pemimpin itu selalunya akan dituntut oleh rakyat. Fikir2kan apa yang anda pernah berjanji. Yang mana telah ditunaikan , Alhamdulillah dan syabas diucapkan. Yang tak tertunai lagi? Takut2 akan ditanya di akhirat kelak..lebih menakutkan kan?

Kepada penkomen2 pula, kalau benarlah anda seorang yang berani untuk memberi komen,tulislah nama sebenar jika hendak memberi pujian atau pun memberi teguran. Tak macho la guna nama samaran, apa barang nama seperti ‘burung tasik UDM’ atau ‘pemerhati persekitaran kampus’? Mungkin anda malu dengan nama yang baik2 yang telah diberikan oleh ibu dan ayah tercinta atau malu dengan diri anda yang ada 2 lubang hidung, 10 jari dan dua cuping telinga?

[macam ayat2 biasa yang selalu dengar]Saya tahu saya bukanlah orang yang sempurna yang layak menegur kalian, tak hebat seperti kalian, tapi kerana sayangkan kalian dan menghormati kalian, saya ingin melihat kalian lebih berjaya dan dihormati. Sahabat2 seperjuangan saya ramai dalam organisasi kalian, tak kan la saya nak tengok sahabat2 saya jatuh.

Kalau saya ada salah dalam entri ini, silakan menegur dan menyerang saya. Saya terima dengan hati terbuka :)

Seperti peribahasa Melayu, ‘bagai aur dengan tebing,bagai rakyat dan pemimpin, saling perlu memerlukan’

Teruskan usaha dan kerja keras kalian. Ia pasti memberi manfaat dan berbaloi untuk kita semua dan generasi akan datang

p/s : Pujian kepada saudari Hawa dan Raihanah. Saya suka cara kamu berdua menjawab soalan,professional dan mesra rakyat. Keep it up :D

Raihanah Rozaimi "ada kebaikan juga pencemuh, mengejutkan pemimpin tatkala selesa dikerusi mereka. :)"


8 comments:

iQapiQa said...

nice n3 k.iqa....
mcm artikel kt paper....
gud job!!!

NiZaM Limited said...

betol sgt isi artikel..eh, entri ni..=p

hanya pemimpin kenal pemimpin..kalo dari segi politik negara mungkin btol..pemimpin sendiri tau cara hidup sendiri..camne diorg nak survive, camne terima kritikan drpd rakyat..maksdnya antara pemimpin tu mereka berada dlm bot yg sama..lebih kenal sesama pemimpin..

hanya pemimpin kenal pemimpin..ayat ni jugak mcm haziqah ckp, ayat yg angkuh..ayat yg tunjukkan dia jauh lebih berkuasa drpd org bawahan dia..

p/s: dah jadi folower haziqah ke 53 skali..mau masuk dlm bloglist bleh? :)

iniAKU said...

pewh~ terbaik
k.ika mmg berhak jadi pemimpin ni

Faris Adli said...

hanya peimpin memahami pemimpin..
kenapa ada sesetengah yang lantang mengkritik mpp menjadi bisu apabila masuk gelanggang mpp? barulah dia tahu mengkritik itu lebih mudah dari melaksanakan sesuatu...

apa yang pasti pemimpin tidak boleh berhenti belajar..belajar dari siapa? semua orang termasuk orang bawahan..

orang yang berjaya bukanlah orang yang tak pernah gagal tetapi orang berjaya ialah yang sentiasa belajar dari kegagalan..

haziQah said...

iqapiqa - ahha thnks dear..lma gk nk mnulis bnda2 cmni :p

nizam - bkn politik ngara je..pmimpin mne2 pon kna phm keadaan rkyat.n rkyat pon kna phm gk pmimpin..bru sma2 leh maju :)
oh insyaallah akan terletak kamu dlm bloglist sy :)

izzah- haha yo la tu..x layak lg hehe

faris - bcakap lbih sng dr mlakukan
sume mnusia x kira pmpimpin or tak kna trus blaja smpai mati...

Anis Sofiah Che Hashim said...

iqah, nk guna nuffnang cmner?? xjadi pom ble apply..huhu.

artikel awk ni mmg best la, knis xterlintas bende ni..sbb da biase kot ngn environment cmtu kt KUSZA/UDM/UNISZA sblm ni.. kn bgs kalu pemimpin2 bleh duk dlm meja bulat berdiskusi.. kebaikan bersama :))

[Fadilah Diyana] said...

wow,sangat menarik...kan dah ckp haritu, awk memang berbakat dlm bidang politik ni...dlm sesebuah kerajaan tu perlu ada pembangkang, kalau tak pemimpin akan menjadi terlalu selasa sampai terlupa matlamat asal...kita ske sangat cara awk menulis...sinis tapi bernas...=D

p/s-mcm ne bantal2 tu???nak bg kawan2 ke??sorry ye xborak lama haritu,ada hal skit...thanx coz support kita=D

haziQah said...

k.anis - nnti iqa ajar gane nk gne nuffnang hehe
hehe..dpt inspirasi pon actly dr a.bob..
best2 kalu sume pmimpin dpt bdiskusi bsama2 :)

fadilah - hehe..biar halus..tp mncengkam :p

aah nk bg kwn2 kte nnti..hrp2 dog ske..sure kte suprt kwn2 kte :)

Google