Friday, July 02, 2010

Nasi arab di D'Arab Cafe @ Seksyen 7, Shah Alam


Kenapa pulang ke rumah itu seronok?sebab dapat makan sedap lagi free. Saya suka balik rumah sebab dapat menggemukkan badan. Mak saya pun suruh saya gemuk sikit bila balik rumah sebab bila duduk hostel macam orang tak cukup makan. Haha memang tak cukup makan :p


Ok kawan2 hari ini saya bawa anda ke Timur Tengah sebentar menikmati makanan arab. Yaw aku suka gila makanan arab. Bila la dapat pergi mesir ke makkah ke..kalau pergi sana,dah confirm aku try semua makanan kat sana [makan je keja]


Nama restoran ini adalah D'Arab Cafe yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Eh silap, sebenarnya ia bukanlah restoran tapi food court je dekat belakang UNISEL. Indah khabar dari rupa. Tapi takpe..walaupun tempat dia tak da la cantik macam kat arab, tapi saya sangat puas hati dengan makanannya


Er..saya je puas hati..mak saya kata biasa2 sahaja. Untuk penggemar kambing, ada dua hidangan nasi untuk anda. Satu yang bernama lamb kabshah iaitu nasi dan kambing satu lagi lamb hanith, nasi dan kambing juga. Haha yang lamb hanith tu dia macam rebus kambing tu rasanya yang dimasak dalam aluminum foil dan ini yang paling mahal sekali


Kemudian ada chicken kabsah, beriani bersama ayam, roasted chicken dan ada roti pita yang dimakan bersama daging ayam atau kambing plus kentang yang diberi nama chicken or lamb aukdah


Air pula tidak dijual di kedai yang sama tapi di kedai yang berasingan. Untuk mendapatkan suasana makanan arab yang maksimum, kami order air barbican yang berperisan rasbery, peach dan apple. Yummy! Harus datang lagi

D'Arab Cafe
Lot 3, Kompleks Anjung 7
Jalan Zikron B 7/B
Section 7
Shah Alam


7 comments:

dari~ummie said...

wahhh nasi kabsah! kita sgt suka uuuu...huhu

aunieZ said...

ahha jom makaaannnn

[Fadilah Diyana] said...

hehe,belakang rumah jer tp kita xpernah gi makan kat situ...pasni, kalau famili kita cari kambing bleh lah kita promote kedai "awk" ni...thanx haziqah=D


p/s-air barbican tu sedap tp kadang2 terlebih gas...

iniAKU said...

err..bila la aku bole dtg.huhu

aunieZ said...

fadilah - jemput2 g mkn sana..best2..hehe..ye ke..kte jarang ponactly minum barbican tu

izah - ko wat praktikal kat kl or s.alam dapat la g sne hehe

Unknown said...

salam akak kat sana ada jual nasi mandhi tak?harga dia dalam arround berapa yer

aunieZ said...

wslm..ada..hrga dia dlm rm10-rm15..

Google