Saturday, July 17, 2010

23 impian


3 hari lagi? Apa jadi? 3 hari lagi adalah majlis perkahwinan saya. Oh tidak ! tapi kalau betul kan best. Lalala. Tapi 4 hari lagi adalah cuti untuk warga Terengganu sempena hari keputeraan Sultan Terengganu. Dan 3 hari lagi juga adalah cuti sempena hari jadi saya. See, saya bagi cuti sempena hari lahir saya. Tidakkah anda patut bersyukur? :p

3 hari lagi, umur saya menganjak ke 23 tahun la.... Tapi ada apa pada umur sebab pelajar di kampus ini masih ingat saya budak diploma, sedara mara masih ingat saya bersekolah lagi. Nampak sangat awet muda. Petua awet muda : amik wudhuk 5 kali sehari atau lebih walaupun anda tak boleh solat, senyum sokmo, jangan dengki orang, bersangka baik kepada Allah dan manusia, minum air masak dan limau nipis panas, bersenam setiap hari. Mampu buat?

Umur 23, jadi impian pun harus 23. Jadi? Wahhh banyak gila nak tulis impian sampai 23 ni..entah larat nak pikir sampai 23 impian. Tapi mari kita cuba membuat impian sebanyak 23 campur impian hadiah untuk hari jadi

1. Untuk semester 7 ini, saya mahu mendapatkan anugerah dekan dan pointer 3.5 ke atas jadi harus usaha kuat dan berlebihan
2. Semester 7 harus membuat Projek Tahun Akhir aka Final Year Project (FYP). Sudah idea tapi belum berbincang lagi dengan supervisor. Tapi tak tahulah idea itu terlalu besar atau tidak kerana sangat cuak untuk membuatnya tapi kena usaha bersungguh-sungguh untuk Berjaya. Nothing impossible. Oh mahu sekurang-kurangnya mendapat B+ dalam projek ini T__T
3. Kemudian semester depan pula harus bekerja dengan terbaik untuk Latihan Industri pula. Nak buat kat mana ye dengan skil yang tiada. Resume pun belum buat lagi. Ayyyooo
4. Selepas tamat Latihan Industi pula,harus mendapatkan kerja yang menarik untuk membalas jasa ibu bapa
5. Mahu pusing jalan-jalan seluruh Terengganu untuk sem ini sebab sem depan dah tidak ada di Terengganu lagi T___T
6. Mahu beli kereta Myvi atau Saga BLM. Ecece entah bila boleh beli agaknya
7. Mahu bertemu jodoh pada usia 25. Tidak perlu bercinta, cukup kenal-kenal kejap, lepas tu buat istikharah terus married and live happily ever after
8. Mahu kelihatan kemas dan cantik sepanjang masa [konon je ni]
9. Nak hadiah pe ek?
10. Macam biasa, nak coklat, teddy bear [ macam gadis remaja je, bosan betul :p ]
11. Saya nak tudung or shawl cantik2
12. Saya nak kasut ke kuliah
13. Saya mahu baju, seluar jeans,seluar apa2 la yang cantik2 juga [ habis mak aku kata tak habis beli baju ]
14. Baju kurung untuk hari raya pun boleh juga
15. Mahu baju ke pejabat, ala baju yang orang2 ofiz pakai tu hikhik
16. Oh yang pasti saya mahu kek yang delicious sampai menjilat jari nyum2
17. Ok da tak taw nak apa lagi untuk hadiah hari jad

Yang lain2, anda tolong isi boleh?


No comments:

Google