Monday, March 28, 2011

Doorgift for wedding yang lain dari yang lain

Selalunya kalau pergi majlis kenduri kahwin, doorgift yang biasa orang bagi tentunya bunga telur. Itu warisan sejak turun temurun. Tapi zaman moden sekarang macam2 orang bagi untuk dijadikan doorgift. Ada yang bagi kek, ada yang bagi tart, ada yang bagi mug, buah, gula2, sabun pewangi, pot pouri dan macam2 lagi. Tapi hari tu, masa aku blogwalking kat blog siapa tah, dia cerita kenduri kahwin bagi sabun buku pencuci daia. Hoho agak terkejut la baca tapi bila pikir2 balik, bagus juga bagi doorgift macam tu. At least boleh juga orang guna. Dari bagi pot puri, mug, orang jarang guna dan biasanya dijadikan barang perhiasan yang boleh dikumpul dalam sebuah almari.

 
Hujung minggu lepas, aku dijemput oleh sahabat sekelasku menghadiri majlis kenduri kahwin kakaknya. Majlis resepsi sebelah lelaki. Ada dua pasangan pengantin adik beradik. Yang lelaki tu adik beradik. Temanya purple silver. Cantik dan meriah majlisnya.

Benda menarik di majlis itu

#Doorgift untuk majlis ini pun lain dari yang lain. Nak tahu apa? Gula pasir ! hehe mesti macam terkejut kan. Gula diletakkan dalam bekas kecik dan dibalut dengan kain net. Masa mula2 dapat macam pelik la, apakah di dalamnya. Rupa2nya gula. Kalau orang bagi gula, mungkin maksudnya manisnya perkahiwnan. Masa ondaway balik majlis, kami pun berbincang apa yang boleh diberi nanti untuk majlis perkahwinan kami. Maj cadang bagi kunyit! Kalau kunyit maksudnya apa? Kuningnya perkahiwnan?? :p kalau bagi beras macam sikit sangat pula. Hehe

# Satu lagi pasangan yang pengantin mempunyai cerita cinta yang menarik. Pengantin lelaki sebelum ini adalah cikgu tuisyen pengantin perempuan. Dan sudah menaruh hati sejak pengantin perempuan form 2 lagi ! selepas habis sahaja pengantin perempuan bersekolah, pengantin lelaki tersebut terus mengambil hati pengantin perempuan dan keluarganya. Dan kemudian mereka pun berkahwin. Pengantin perempuan itu masih belajar dalam bidang perubatan di sebuah IPT. Cool kan cerita cinta dorang

# pengacara untuk majlis itu adalah Didie Alias. Tak teruja sangat tapi kitorang tak melepaskan peluang bergmbar dengan beliau :)


12 comments:

Jiji-Fify said...

kau kawen nnt, kau bagi garam la. ok gak.. tapi kena label la. kang orang salah guna plak. :P

haziQah said...

haha kalu grama mksudnye apa? masin betul perkahwinan ni :p

Majz said...

masin nyerr....haha :P

Faris Adli said...

iqa..kau bagi minyak petrol..maksudnya bertapa bernilainya sebuah perkahwinan tu dan betapa bernilainya sebuah majlis perkahwinan yang ada pengunjung

Faris Adli said...

iqa..kau bagi minyak petrol..maksudnya bertapa bernilainya sebuah perkahwinan tu dan betapa bernilainya sebuah majlis perkahwinan yang ada pengunjung

nieja said...

gula pasir?
sangat unik!

haziQah said...

maj - awk kunyit haha
faris : hoho ko bg la..tkot tbakar je mjlis tu nt
nieja - yep sgt unik ;)

cik nurul said...

bg cd software yg latest nye...(ni otak komputer cam faris)hehehe!
kalo akak nak bg rempah ratus la yg '4 beradik' tu...=p

c.i.k.a.m.i.e.a said...

haha.. ada satu majlis tu, bagi kicap and sos cili.. all because yang kahwin tu ada share kat kilang tu.. haha..

cik lily said...

bagi buah stroberi pun sedap kan :)

zhie said...

wa.... cantiknyer.... bagus idea wedding planner tu... :)

haziQah said...

cik nurul : software apa tu? software microsoft word ke hehe

cik mea :oowh aah pnh dgr..ada bg kicap dlm botol kcik..comel :)

cik lily : nt k.lily bg buah stobery hee

zhie : hee mnarik kn ;)

Google