Sunday, August 09, 2009

Program Ziarah Amal Kelab PERKIM UDM ke Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu



menziarahi orang yang sakit adalah satu amalan mulia yang amat dituntut dalam Islam.banyak pahala kita dapat dengan menziarahi orang yang sakit.selain dapat menggembirakan hati dan menghiburkan mereka, kita juga dapat pengajaran dan bersyukur atas kesihatan yang diberikan. tazkirah sekali sekala di blog. confirm pas ni ada orang kata " ye la ustazah...".mengada betul orang itu :p




geng blogger UDM ke HSNZ.Oops..yang dua orang tepi tu bukan blogger ya, tepi kiri, En aduka, Jurugambar profesional UDM,
tepi kanan, Ejah, sahabat baik saya ;)

selepas program kembara dakwah PERKIM , dua minggu lepas, sahabat baik saya , Sabir Abdul Ghani selaku NYDP Kelab PERKIM UDM dan juga pengarah program untuk program ziarah amal ni telah berjaya melaksanakan program dengan cemerlang.saya pun join jugak program ni.bangga la dengan beliau kerana berjaya laksanakan dua program yang besar dalam tempoh lebih kurang sebulan je.kerana program2 yang dianjurkan ini dua2 melibatkan masyarakat, dan jarang program seperti ini dilaksanakan di UDM.dan beliau dapat melaksanakannya dan pasti beliau tersenyum bangga dan puas hati.hoho puji ni dapat pape tak? :p



kami pergi dengan sebuah bas menuju ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di pagi hari.berdebar jugak la nak pergi melawat hospital lagi2 dengan menularnya wabak H1N1 sekarang ni.jadi langkah berjaga2 dengan memakai topeng muka atau mask digalakkan.yeh..dapat mask percuma di hospital.kami pergi melawat wad kanak-kanak yang comel.penuh juga wadnya setiap katil ada penghuninya.comel sungguh kanak-kanak ini tetapi kesian pada mereka kerana menghidapi penyakit.ada yang sakit batuk yang kuat, demam panas, demam denggi, lelah, sesak nafas, jantung berlubang.kasihan kan pada mereka, kecik2 da sakit..tapi ada je yang masih aktif dan comel je melihat keletah mereka.sambil melawat mereka , kami juga memberi sedikit cenderahati kepada pasakit2 kanak berupa goodie bag yeng berisi biskut, colouring book, pensil colour, tuala dan sewaktu dengannya



seronok dapat bermesra dengan mereka dan bergambar pastinya.dan saya sungguh tak sangka, rupa2nya saya sudah ada skil berkomunikasi.ingatkan masih tak reti lagi nak bercakap, berbual dan beramah mesra dengan orang yang tak dikenali.terharu kerana sudah menjumpai kebolehan dalam diri T_T



dalam lebih kurang sejam dapat beramah mesra dengan masyarakat, kami menuju ke PERKIM negeri untuk makan tengahari.sedap sunguh nasi ayamnya kerana lain daripada yang lain.dan dapat makan buah langsat kot



satu pengalaman manis bersama masyarakat setempat.boleh jadi wakil rakyat da..haha tak mahu..saya tak mampu sebenarnya untuk memikul tanggungjawab daripada masyarakat.besar amanah tu.jadi penyumbang dalam masyarakat takpe ;)

tapi saya sedih, sahabat baik kami,Muhammad Izzuddin Rosli yang patutnya join sekali program ini tak dapat join sebab kena kuarantin sebab demam panas T_T ( ayat macam kanak2 darjah 1 merengek ).harap2 dia cepat sembuh kan..get well soon Din!


4 comments:

sabir said...

wow sedapnya ayat di he...tq kerana memberi sokongan penuh tentang ganjaran hanya Allah sahaja dapat membalasnya....lagi satu gambar geng bloger sangat lawa he...

aunieZ said...

tq 4 evrything jugak :)

Mohamad Shaiham Bin Ibrahim said...

Bagus ar program camni. Dapat memberi kesedaran kepada yang sihat diluar sana supaya sama2 kita mensyukuri anugerah Allah... emmm, ejah bila nak kahwin?? he he soalan cepu mas pada kawan baik dia..

aunieZ said...

ahha bila nak kawen ? bila samapai seru kot..blaja pun x hbis lg..org tu yg da hbis blaja pun x kawen lg hoho

Google