Thursday, January 14, 2010

kau pergi..mahu pergi ke mana?

maksud aku..aku yang pergi..pergi dari blog..seperti tiada nafsu untuk berblog lagi. mahu cerita macam2 tapi biasa lah cerita selalu simpan dalam hati

kali ini tak mahu bercerita panjang juga. kerana aku mahu bercuti agak lama haha selamba je ponteng kelas.


oh 14 januari ni, buat julung2 kali diadakan pilhanraya kampus kali pertama di UDM. Menang tanpa bertanding lagi? Ada sesetengah fakulti yang menang tanpa bertanding seperti fakulti informatik, fakulti aku lah. itu pun sebab hanya dua calon tu kot. sape suruh kau tak pergi ambil borang? macam kenal je ayat tu tapi di mana ya

mahu mengucapkan selamat berjuang untuk sahabatku Izzuddin Rosli. beliau sememangnya layak untuk menjadi seorang pemimpin dan beliau berkebolehan memimpin dan berdebat dengan baik. fuh..rasa sungguh bersemangat dan berkobar2 bila mendengar beliau berucap

tapi oh tidak, pilhanraya kampus pertama dan kali terakhir bagi ku, aku tak dapat mengundi..waaaa..inilah hikmahnya tak mendapat keputusan yang baik di peperiksaan semester lepas..Tak dapat bertanding MPP wahhh..masih tidak layak lagi untuk menjadi pemimpin

walaupun saudar Irfan , ex YDP MPP 2009/2010 mengatakan " teringin tengok Haziqah bertanding MPP cos u have alot of experience in faculty". Thanks Mr Irfan tapi mereka yang bertanding sekarang lebih layak memimpin.

Maaf kerana emosi mengawal diri saya sekarang ini dan kerana itu lah saya menarik diri dari apa2 jua kepimpinan

Ramai mahu saya bertanding kerana saya pandai berbicara dalam blog. Blog saje lah pandai berbicara mulut tergagap2.

Selamat berjuang buat semua bakal pucuk pimpinan MPP 2010/2011. Anda sudah diberi satu amanah yang besar oleh para pelajar UDM dan anda juga telah meletakkan sebelah kaki di neraka. Jadi anda jugalah yang harus memilih jalan perjuangan mana yang anda inigin ikuti

Seperti nasihat2 saya sebelum ini kepada semua pemimpin pelajar, nasihat yang ikhlas dari insan yang hina ini, tebalkan telinga dan muka anda kerna anda akan dikritik dan dihentam habis2an oleh pelajar yang sering tidak puas hati. Seperti segala2nya di bahu MPP dan MPP harus pikul semua. Jaga diri anda sebaik mungkin, jangan emosi ketika handle masalah kerana anda sekarang public figure. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga

selamat berjuang...! :
1. Mustaqim Darus - calon fakulti FKI; bos saya dulu :D
2. Abdul Rashid
3. Izzuddin Rosli
3. Syazwani (Long) dan Husna (dexna) calon Fakulti Informatik; walaupun menang tanpa bertanding tapi saya tahu mereka akan dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin. jangan hampakan k.iqa taw
4. Azalia , Kak Lia harus menang hoho
5. Fatehah Azmi
6. Maziatul Akma, calon Fakulti FKI

PRK UDM, hanya suam2 kuku dan mungkin kerana pertama kali, manifesto juga blur2 lagi

ohh Good Luck to KKU too dalam Mini Karniawan. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk kalian


2 comments:

AJ said...

Slamat berjuang dan menjalankan tugas yang diamanahkan..

Ada Apa Dengan Melromeo

Tyazizul said...

hye..thanks for the wish....
doakan the love last forever..
:) :)

regards,
tya ilyana

Google