Friday, January 01, 2010

dua ribu sepuluh


Macam kejap je rasa da nak tamat 2009 ni. Macam kejap je rasa tiba2 da nak masuk semester 6 tahun 2010 ni. Macam kejap je rasa umur aku da nak masuk 23 tahun padahal masih perangai budak2 dan tak matang lagi tapi ada aku kisah? Aku suka jadi kanak2 lagi sebab Nampak muda lagi. Lagipun orang selalu ingat aku muda lagi :D

2009, pengalaman pahit dan manis menyelubungi aku. Tapi banyak yang pahit dari yang manis. Tapi semua tu aku tak pernah menyesal melaluinya sebab itu semua menjadi pengajaran hidup bagiku dan aku tak rugi sesen pun

2007, tahun yang boleh kata tahun tasteless bagi aku; 2008, tahun kegemilangan dan kegembiraan , juga tahun yang berjaya mengetuk pintu hati ku setelah agak lama tak diketuk walaupun itu palsu sahaja ; dan 2009, tahun yang banyak sungguh dugaan dan amat perit bagiku sepanjang bergelar manusia di muka bumi Allah ini

Tahun 2009 aku banyak diduga dengan masalah peribadi dan hati yang kadang2 buat aku down sangat. Ye kerana dia. Aku gembira kerana dia dan aku down juga kerana dia. Tapi aku tak kan menyalahkannya kerana dia mengajar aku macam2 jua tentang hidup ini dan dia juga at least pernah buat aku rasa gembira dan bahagia walaupun seketika.

Dan buat pertama kali dalam sejarah juga, berat aku turun dengan sangat mendadak, turun 4-5 kg. Then, aku patut berterima kasih kepada dia juga sebab aku berjaya kurus dan boleh pakai balik macam2 baju :p bukan senang seh nak kurus, tips nye makan hati haha

Dari segi kepimpinan dan pengalaman soft skill, macam2 aku da kumpul dan semua itu menjadi kenangan yang sungguh indah bagiku. Menjawat dua jawatan yang agak besar tapi kadang2 buat aku rasa malu. Malu kerana kadang2 rasa tak layak menjawat jawatan sebesar itu sedangkan tak melakukan tugas sebaik mungkin. Dan ada suatu jawatan aku seperti melepaskan tugasnya begitu sahaja kerana masalah dalaman aku sendiri. Entah kenapa hati ni terasa dan tak boleh lagi bekerjasama sedangkan aku sayangkan sungguh organisasi itu suatu masa dahulu. Maafkan ku kerana hanya melaksanakan tugas sepenggal sahaja teman seperjuangan.

Tapi aku paling enjoy ketika menjadi pembantu mahasiswa di minggu mesra siswa (MMS) dan debat kolej kediaman, piala dekan Hepa. Aku sukakan suasana kerja yang begitu. Masih ada tekanan tapi dalam masa yang sama aku rasa bahagia menjalankan tugas yang diamanahkan

2010, focus aku hanya untuk belajar, study dan study. Tiada istilah main2 lagi. Tipu je ni.main2, bersukaria, gedik tetap ada Cuma kena kurangkan dan limit. Hanya setahun lagi untuk aku berhempas pulas ketika masih bergelar mahasiswi dan aku tak mahu menghampakan harapan kedua ibu bapa ku pastinya yang setiap bulan memberi biasiswa FAMA hehe.

2010, tahun final aku berada di UDM tercinta yang sememangnya aku sayang. Tahun akhirku yang penuh dengan projek yang tak sama dengan kos-kos lain. Kos aku memerlukan skil dan tumpuan yang penuh terhadap kerja2 dan projek yang akan dilakukan. Dan juga final projek yang sungguh besar

2010, tahun untuk memantapkan dan membaiki dan mengumpul segala ilmu yang ada tentang computer sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar. 2009 yang banyak membawa kegagalan dalam diriku sedangkan terlalu banyak hikmah yang tersirat di sebaliknya yang sebenarnya persediaan untuk aku melalui 2010 yang lebih getir dan mencabar dan aku tak pernah sesekali menyesal. Allah itu maha bijaksana, Dia tahu apa yang terbaik untukku dan Dia la sebaik2 perancang

2010, tahun aku bersara dari dunia kepimpinan tapi masih bersedia untuk memberi sebarang pendapat dan tunjuk ajar yang tak seberapa. Aku perlu memimpin diriku dahulu sebelum dapat memimpin orang lain. Tak guna jadi pemimpin kalau diri sendiri pun tak betul kan

2010 : study , tingkatkan ibadah,istiqamah


4 comments:

sweetpurple87 said...

Wah banyak betul penangan DIA ye...siapakah itu???bak kata ct "Biarlah rahsia"...eehehe,apapun semoga 2010 ni membawa 1001 kenangan manis wat awk & famili...

A d'Z said...

WAKAKAKAKAKAKAKA! klakar gler kot kartun tu!

p/s : happy new year 2010

Faris Adli Jamian said...

Tahun 2009 telah meninggalkan kita, biarkan ia berlalu. Ambillah segala kesilapan kita yang lepas sebagai pengajaran.

cik EPAL said...

sipakah dia?? hee ;)

Google