Saturday, July 18, 2009

Konvokesyen UDM yang pertama

buat julung-julung kalinya, UDM mengadakan konvokesyen UDM yang pertama yang berlangsung pada 12 Julai - 16 Julai 2009

dan saya sungguh berbesar hati dan pertama kali menjadi jawatankuasa perasmian tapak pesta konvo yang kena bawa dulang pulut kuning yang sangat berat sampai tangan berpeluh-peluh.ok haziqah memang cepat berpeluh sebab tu muka cepat nampak comot.malu tapi debar gila masa bawa pulut yang sangat berat sambil memakai baju batik UDM yang berwarna merah menyala itu dan mengiringi VIP

hari pertama di tapak pesta sungguh teruja melihat pelbagai benda dijual di situ.rasa mahu beli semuanya.ada KFC, ada cupcakes yang comel, ada ayam bakar otai, ada burger latip, ada cookies yang sangat berkhasiat, ada ice cream mingomingo yang sangat murah berharga RM 1 sahaja,macam2 ada lah.

tapi yang pasti saya bersyukur sebab gerai Kelab Keusahawanan UDM terletak bersebelahan saja dengan gerai keFIT.jadi senang sikit mahu buat kerja.boleh bertukar2 tempat kerja hoho


KKU menjual bermacam2 jenis bunga segar dan bunga plastik, bear2 yang comel, dan jambakan ferrero roche.boleh tahan juga harga di gerai KKU dalam range harga RM 4- RM 70.alhamdulillah sambutan amat menggalakkan lagi2dengan semangat juang promosi gerak kerja KKU


gerai keFIT jual macam2 juga seperti baju muslimah, bunga segar, selendang yuna (kalau pegang selendang yuna ni serta merta akan menyanyi "adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta..."), bear2 dan sewaktu dengannya.


saya tumpang sekaki meletakkan sticker UDM dan menjualnya di situ.alhamdulillah banyak juga terjual walaupun masih tak habis lagi


hari kedua pula, gerai2 yang menjual bunga dibenarkan menjual bunga di tepi DABS.bak kata Din, YDP KKU, ini semua hasil kerja gila mereka yang dibuat pada hari pertama dangan menjual bunga di tepi DABS sampai kena halau dengan pak guard dan penjual bunga yang lain pun cemburu lah dan bising2.tapi setiap perkara ada hikmahnya,kesemua penjual bunga dapat menjual bunga di tepi DABS hee


hari kedua konvokesyen juga dapat mengucap tahniah kepada sahabat baik kesayangan saya dan UDM, Din @ Defactohokage.dia baru keluar dari DABS sambil berlari2 mencari ibu bapanya.teruja sungguh tengok dia gembira.lepas tu sempat bersalam2an dengan keluarganya.tapi Din masih ada 4 tahun lagi di sini kerana menyambung dalam ijazah pendidikan ;)

dapat juga jumpa dengan sahabat lama, Mimi (bapak dia amik gambar tak jadi tak bleh nak letak kat sini wuwu)




petang pula sahabat kami yang belajar di Ireland dalam bidang akaun dan sudah menjadi akauntan di Kota Kinabalu,Sabah , Azmi pula berkonvo.seronok betul hidup beliau,bila penat dan bosan bekerja, pergi bercuti2 Malaysia sokmo

ini Ali, kawan baik lama saya


Apih yang sangat kelakar merangkap mantan YDP Kolej Kediaman Ibnu Sina


Fatih, Ex Roomate saya, Nia dan Wani.mereka budak akaun


ini mantan KKU kesayangan saya, Sarah dan Wani


abang2 FIT dulu, abang zul kuasa dua.sorang abang zul mantan YDP FIT, sorang lagi abang zul ex-MPP


sidai muka jap bak kata chika.ok ini close up muka budak yag tak konvo dan perasan artis .junior bagi saya title ni sebab cermin mata saya besar lah sangat.padahal lepas tu mereka pinjam juga cermin mata saya ini :p


junior sains komputer yang berkonvo.senior tumpang bergambar sekali

orang lain pakai cun2 bergambar dengan orang berkonvo, si haziqah auni ni pakai baju t-shirt macam nak pergi bersukan je haha

malam2 pula ada persembahan tradisional, nasyid oleh Yasin,Akbar dan Mestica (saya tak pergi pun) tapi battle of the band, saya pergi tapi cam kecewa jugak persembahan daripada mereka kecuali band Ayie , band bidan terjun tapi tetap sedap gila suara Ayie bila nyanyi padahal suara sebenar agak melucukan :p ooh..kawan sekelas saya, ahmad mawardi pun main gitar dalam satu band, main gitar sangat bergaya sekali ;)

emcee battle of the band malam itu sangat lawak.sebab dia sebut 'band' jadi bank haha memang terengganu pekat dan sempat lagi menyanyi lagu 'nanaana ganu kite'


7 comments:

Mohamad Shaiham Ibrahim said...

wah wah wah...
bukan main seronok lagi ek...
anyway thank u sbb bg teddy coklat yg kiut miut tuh.... dah abis sekali ngan teddy saya makan.

memang terasa ar ketidak meriahan kat konvo baru nih... saya pun tak sempat dok lama kat sana sebab terpaksa fly awal ke KL... hu hu

sabir said...

wow...........bznyzk betul gambar pasal konvo ye.........nk gamabar yang auni ada lagi la tau....comel je............
ape pn tq kerana banyak menolong masa pesta konvo....( bodek la sikit)

sabir said...

happpy bezday to...U....semoga panjang umur murah rezeki....nk jadi orang pertama yang ucap he..jd jangan pelik la dapat ucapan awal dari sabir he,,,,,,,,,,

haziQah said...

SHAIHAM - haha lapar gila ye smpai makan teddy tu skali..hoho sdih tak dapat amik gmbar ngn shaiham..kalu tak leh ltak dlm blog ni huhu

aah x meriah..ye la..org bz n pnting kn..sokmo je nk blk awal :p

SABIR - ahha nak ke? nt auni bg ;) eleh bodek la bnyk2 pun x dpt apa pun :p tq 4 ur wish..awal btl wish..tp sory la lmbt bca he

Kotak Hati said...

atleast kamu bleh lepak2 kat debs..
tengok kemeriahan konvo hu3

Norazmi Samsudin said...

Salam..iqa..
thanks for giving me the graduation present..huhuh

really appreciate it...
uhuuhu...btw, aku plak ler yg berhutang masa korg konvo nanti..huhuhu
btw, good luck jgn sedih2..huhuhu =)

haziQah said...

KOTAK HATI - he yep best jugakdapat tgk orgberknvo bgmbarwlupnkatluar

AZMI- hoho ko kna dtg kitorg knvo lagi 2 tahun taw..jgn lupe he

Google