Friday, July 10, 2009

Minggu Mesra Siswa (MMS) UDM Julai 2009

ada yang bertanya bagaimana nak jadi seorang pembantu mahasiswa dalam komen entri saya yang lepas.nak jadi pembantu mahasiswa bukan mudah sebenarnya kerana pemilihannya amat teliti dan susah.macam saya, kali kedua memohon untuk menjadi pembantu mahasiswa barulah impian saya tercapai

permohonan untuk menjadi pembantu mahasiswa atau mesra dipanggil PM dibuat pada akhir semester bulan 4 atau 5 setiap tahun.borang permohonan boleh diambil di HEPA atau mungkin di bilik MPP.kemudian pemilhan PM dipilih berdasarkan jawatan dan pengalaman seorang mahasiswa/i yang mempunyai ciri2 kepimpinan yang dapat membantu mahasiswa/i yang baru kelak

kenapa saya nak jadi pembantu mahasiswa?sejak pertama kali menjejak kaki ke UDM saya sudah menyimpan cita2 untuk menjadi seorang PM kerana saya suka bekerja dan membantu orang lain.saya berasa sungguh seronok apabila dapat membantu orang dan mereka gembira atas pertolongan saya.apabila mereka tersenyum atau mengucapkan terima kasih saya berasa sungguh puas hati kerana dapat menolong mereka.tapi yang bermasam muka pun saya tak kecik hati.tak rugi pun saya mereka berperangai begitu

kalau nak mengelakkan semua orang bosan membaca blog saya yang panjang berjela, jadi lebih baik cerita apa yang menarik sepanjang Minggu Mesra Siswa (MMS) Julai 2009

#lepas habis je kursus asas protokol di Bukit Keluang Beach Resort yang sangat seronok diduduki macam holiday pula, kami mula bekerja keras untuk menjayakan MMS.buktinya sampai sahaja di UDM, ada yang ke airport untuk mengambil mahasiswa/i baru dan kebanyakannya menghadiri meeting untuk pembahagian tugas

#malam pun ada meeting lagi dan untuk hari pertama orientasi aku ditugaskan untuk mengambil mahasiswa/i di airport Kuala Terengganu pada pukul 7am bersama beberapa orang PM yang lain

#menunggu mahasiswa/i baru tiba di airport , sempat lagi kami meluaskan networking dengan berbual2 dengan PM dari UMT.rupa2nya kekuatan PM mereka adalah 3 kali ganda daripada UDM dan beberapa insentif lain yang mereka dapat yang kami tak dapat.tapi itu semua tak melemahkan semangat juang kami

#saya ditugaskan dalam biro displin so maknanya boleh jadi kakak PM yang garang..yehhh...

#ramai gila orang di DABS masa hari pendaftaran, sesak sangat tapi rasa keterujaan yang amat

#hari pendaftaran, PM yang tidak mempunyai tugas yang spesifik ditugaskan menolong mahasiswa/i baru mencari bilik hostel masing2.semua student baru ditempatkan blok asrama baru.bertuah betul mereka kerana dapat duduk selesa di apartment yang agak baru.ibu bapa pun berasa puas hati melihat anak mereka ditempatkan di hostel yang cantik

#yang peritnya kepada kesemua PM apabila student2 ditempatkan ke tingkat paling atas iaitu tingkat 5.rasa longgar lutut nak tercabut je.dah la ada PM yang masih tidak bersarapan dan tak makan apa2 terus buat kerja.nasib baik tak de PM yang pengsan kalau tak lagi naya hoho.thanks to kak Lia sebab bagi minum air 100plus.kalau tak confirm da pengsan

#student baru yang mendaftar pada hari itu mencecah kepada bilangan 1537 orang.maknanya seorang PM akan menjaga lebih kurang 30 orang student

#hari pertama setelah pendaftaran memang mencabar untuk kami yang kurang kekuatan untuk handle sejumlah orang yang sungguh ramai.terpaksa PM dari biro yang lain menolong biro yang tak cukup kakitangan lagi2 time makan

#kan saya kata saya kakak PM yang garang, sebab tu saya nak jadi exco displin.hehe. ada satu pagi tu dah pukul 8 am, tapi ada satu kumpulan pelajar perempuan baru turun dari asrama.itu pun sebab mak guard yang jumpa mereka masih di asrama.aku diberitahu oleh mak guard yang mereka sengaja lewat.aku plak tanya mereka , kenapa turun lewat sangat?dengan selambanya mereka kata lepas subuh pergi mandi, siap semua.
HELLO...aku pun pas subuh tadi baru mandi semua tapi sempat je siap dan sempat lagi bersarapan.rupa2nya mereka adalah ex UDM, sebab tu besar kepala.sampai DABS, aku lecture diorang lagi.last2 diorang bagitahu nak gi jumpa ustaz saufi.suka hati mereka sahaja

#waktu maghrib dan isyak, semua pelajar sepatutnya ke masjid UDM untuk solat dan mendengar kuliah di sana.tapi ada satu petang tu, hujan telah turun dengan lebatnya.bukan kumpulan HUJAN yang turun ke UDM.walaupun hujan, tugas tetap tugas dan aku ditugaskan membawa pelajar menaiki bas untuk ke masjid.sambil tu bermain hujan bersama syahid, ain, adila, nabil.seronok jugak main hujan dengan baju batik habis basah kuyup.tapi alhamdullilah tak demam.mungkin hujan rahmat ;)

#program bersama tokoh, YB Dato' Seri Idris B Jusoh.macam teruja je jumpa beliau padahal dah pernah jumpa masa pilhanraya yang lepas.hahah.muka beliau sama macam Dato' NC , macam adik beradik pun ada he.Dan pertama kali dalam sejarah, Haziqah Auni bertanya soalan kepada orang besar walaupun soalan tak sehebat soalan Defactohokage dan soalan ku tak dijawab pun T_T .saja nak try keberanian dan keyakinan diri untuk bertanya di depan public walaupun sangat gementar dan menggigil lutut.at least i have tried dan berani bertanya soalan :D

#oleh kerana keghairahan melaksanakan tugas sebagai seorang PM yang berdisplin lah sangat, suatu kejadian yang tidak disengajakan sampai seorang budak tension dan nangis akibat perbuatanku.kejadiannya begini,
" siapa yang da habis makan boleh solat di surau farabi" sambil tangan menunjuk ke arah surau farabi.POOP ! tangan yang menunjuk terlanggar seorang pelajar yang sedang membawa minuman dan tertumpah ke atas tudung dan beg seorang pelajar yang sedang makan.pelajar tersebut kata "tensennya..!".
aku cepat2 cari kain lap tapi tak jumpa dan minta maaf banyak kali.akhirnya pelajar tersebut pulang ke asramanya sambil menangis walaupun patutnya tak boleh pulang.aku pun benarkan sahaja sebab dihantui perasaan bersalah.tapi malam tu pelajar tersebut pun meminta maaf kepadaku sebab termarah aku.kami pun saling bermaaf2an :)


#program kemasyarakatan , 'sayangi pantai kita' yang dijalankan di sepanjang Pantai Batu Buruk suatu pengalaman yang menarik walaupun sangat panas.tapi tak apa, protection untuk mengelakkan kepanasan matahari seperti payung, cermin mata besar dan sunblock sudah siap disediakan awal2 lagi.sangat kejam kakak PM ni pakai payung sorang2 je sedangkan orang lain dipanggang di tepi pantai dengan sinaran cahaya matahari yang sangat terik.maaflah kakak PM ni memang tak mahu menjadi negro lagi

#sangat fobia apabila terjumpa ulat gonggok dalam makanan yang disediakan semasa program membersihkan pantai tersebut.salah siapa?euuwwwwww..

#saya dapat 2 orang junior non muslim.sorang chinese girl from penang, sorang lagi dari sabah bah..maknanya ong sudah ada kawan hehe

#tahniah kepada semua PM kerana telah menjalankan tugas yang berat ini dengan cukup hebat dan berjaya.walaupun kami penat tapi masing2 tetap bersemangat dan tak mengeluh pun dengan tugas yang diberi.yang penting kami enjoy walaupun tak bergambar pun..uwaaaa...tengoklah mana ada gambar nak letak dalam entri ini.ada pun satu sahaja sebab semua sibuk buat kerja sampai lupa bergambar.tapi gambar tidur PM ada dengan epul .alololololo

#lepas 2-3 hari selepas MMS, atau lebih semua orang paham, semasa kuliah yang pertama, semua orang menegur saya
"eh kenapa mata bengkak?"
"semalam nangis ek?"
inilah penangan tidur pukul 2am dan bangun 5.30am dan tidur curi2 sekejap.sudah jadi mata zombie


15 comments:

Nabil_jangs said...

sian die...sampai brngkak mata huhu...masa g pantai tu x perasan diri dah terkena H1P1..terkejut bila blk tu...hitam 1 pitam 1...haha...lain kali offer eh sunblock..huhu..anyway thanks a lot terlibat dan byk sgt2 membantu...thanks...

[Fadilah Diyana] said...

tahniah haziqah...menjadi gak garang awk ye...ehehe...tp jangan garang2 dgn kita plak tau...=P

haziQah said...

NABIL - hoho tak prasan plak nabil kna H1P1 he boleh je nt kte offer la sunblock supaya tak H1P1..tp jgn riso..H1P1 tak bahaya :p

FADILAH - kite mmg garang taw haha

Kotak Hati said...

bukan senang nak jadi pm..
hu3
even selection pun dh susah..
pape pun tahniah coz jadi pm yg garang hihihihi..

haziQah said...

KOTAK HATI - nak jadi PM banyak pengorbanannya
haha sronok gila jadi pm yg garang :p

sabir said...

jang jadi garang sangat nanti rami x suka he,,,,,,,,
rajin btl kn konvo......tahniah

Farid Rashidi said...

Assalamualaikum,

Apa khabar tuan rumah?

Saya datang ingin melebar luaskan kenalan blog. Kalau kelapangan jemputlah ke blog saya, boleh bertukar pendapat dan link Insya'Allah.

Klik>>

Kembara Sufi Mencari Aspirasi

haziQah said...

SABIR - garang perlu bertempat bukan garang setiap masa he

Anonymous said...

salam..kak,mk tye satu soklan ney..em,hari MMS kt UDM 2 teruk sgt ke???

haziQah said...

haha x la..
bse je2..
cuma mnhgkin sket bosan..
tp x taw la kalu thn ni dorg de wat ktiviti bru yg mnarik..
dun wory :)

Anonymous said...

tapi kan kak,em jdual mms 2 padat sgt x???ke ada smpai x smpat nk mndi???

haziQah said...

padat tu mmg pasti
tp insyallah kalu pndai urus msa, smpat pnye mandi..
hehe :)
slmat berorientasi

aries said...

klau orientasi 2 bebas kn pkai tdung wane pape pown???

aries said...

akak nk tau x,syaske tau bce akak pnye blog cz truja nk msok blajar neyhh..hehe lg2 sya nk tau psal orientasi 2...cuak kowt..

haziQah said...

aries - kdg2 ade masa yg kna ikot kna pkai tdung pe...hehe best2 msuk blaja..sgt mengujakan :)

Google