Sunday, September 27, 2009

satu hari di hari raya

apa yang saya suka tentang hari raya
1. sebab hari kemenangan untuk semua umat Islam yang berpuasa makan, minum , mengawal nafsu.jika berjaya maka seronoklah puasa tu sebab mendapat berkat


kali terakhir kami memakai baju warna dan corak yang sama adalah lebih kurang 15 tahun yang lepas.itu pun sebab atuk yang belikan kain sama je dengan semua sepupu-sepupu.wakakaka..la ni, harapan nak corak sama, warna lebih kurang sama mungkin la. kain by jakel

2. dapat pakai baju baru.fuh simpan baju baru lama2 untuk dipakai di hari raya.tapi ada juga yang memakai baju lama tapi masih kelihatan baru hehe


ceria di raya pertama

3. bila bangun di pagi raya, terpikir eh da boleh makan dan minum ke? macam tak biasa pulak

4. dapat bersalam2an dan bermaaf-maafan dengan ahli keluarga dan semua yang tersayang


dengan mak tercinta

5. dapat DUIT RAYA ! kalau dalam famili kami, selagi tak kerja boleh dapat duit raya.sebab yang berhenti dan tak bekerja pun boleh dapat duit raya hoho tapi seronok juga bagi duit raya sebab memberi kegembiraan kepada orang lain.tak sabar nak kerja sebab nak bagi duit raya


raya keempat, hahah kantoi baju kuliah di buat baju raya :D

6. dapat makan makanan yang hanya boleh didapati semasa hari raya.menu wajib : ketupat nasi, kari ayam dan kuah lodeh.nyum2.setiap tempat berbeza makanan istimewa di hari raya.tanya kawan2 yang duk kelantan, menu wajib mereka adalah roti jala, terengganu nasi minyak, satay


ini bukan rombongan meminang, ini rombongan beraya ke rumah makcik melah

7. dapat menziarahi rumah sanak saudara yang tak kenal pun sebab mak bapak je kenal sedara mereka :P lepas tu usha la kalau ada jejaka2 hensem yang boleh dicuci mata. tahun ni dapat beraya rumah YDP Batu Pahat..wooohh..


dua orang budak kecik ini menceriakan hari raya kami dengan teletah mereka yang sungguh nakal.macam histeria je bila tengok budak kecik ni sebab bila dia datang semua terus kerumun nak bermesra dengan dia

8. boleh jumpa saudara mara yang tiba2 da ada anak yang comel dan boleh bermain dengan anak yang comel itu


9. main bunga api!! heee dah tua2 pun tak salah main bunga api. Yang best di kampung sg gerisek, macam ada pertandingan siapa punya mercun bunyi paling kuat. jadi berlumba lah semua rumah pasang mercun terbang tinggi2 sapai cucur atap.pommmm!!!


ini disebabkan tak de kerja dan sebab tak de siapa nak tolong ambilkan gambar, makanya ambil gambar syok sendiri.Sebenarnya saja nak posing dengan tudung yang dapat hari tu. tah siapa yang baik hati bagi saya tudung tu :p

10. bergambar sakan.pedulikan apa orang kata yang penting semua kena senyum dan buat peace.cheese!!!


gambar sekeluarga di rumah sendiri sebelum balik kampung di teluk intan

apa yang saya kurang suka tentang raya
1. setelah melatih berpuasa dan menjaga perut selama sebulan, masa hari raya boleh pula melantak tak ingat dunia sampai perut pun cakap jangan makan lagi !!!


2. kebanyakan rumah di hari raya hanya menyediakan biskut raya.tengahari pun makan biskut raya.jadi kenyang dengan biskut raya je le.bila jumpa nasi, fuh rasa macam nikmat sungguh dunia dapat makan dengan lauk ikan asam pedas.superb bebeh!


bersama saudara mara di teluk intan

3. jalan jam teruk bila balik kampung tapi alhamdulillah trafik di hari raya kali ini berjalan lancar.rancanglah perjalanan anda dengan bijak



berlatarbelakangkan masjid di muar bersama sepupu

4. sakit perut lepas banyak makan


saudara mara di sungai gerisek muar johor tapi semua duduk di KL sebenarnya

5. kena cari makan di waktu tengahari, kena masak di waktu tengahari.masa puasa tak perlu semua ini :p


8 comments:

[Fadilah Diyana] said...

haziqah,awk semakin kurus lah...diet ye???apapun selamat hari raya...maaf zahir & batin...

madihah said...

wah..sonoknya raya...selamat hri raya..hihi..nk duit raya dan biskut raya...sy tggu tau..

Aisyah Helmi said...

along!
napa letak gambar sya muka masam?
eeeeeee geramnya!
anyway it is pretty cool.
yang kak ni main bunga api - ketiak keluar api! hahahaha.
sampai tergelak-gelak tak boleh tahan!
okay bye.......

aunieZ said...

FADILAH - ahha nampak sgt ke kte kurus? oh tak de la mana ada diet..kn hti je hehe slmt hri rya jgk ;)

MADIHAH - dtg la bilik kalau nak ..itu pun kalu ade stok lagi la :p

AISYAH - sebab sy comel dlm gmbr tu he haha gelak jugak..baru perasan ketiak kak ni keluar api haha

'Aizat Annur said...

alang2 pegi muar singgahla melaka...
benda paling best di hari raya adalah MAKAN...ha2
berapa banyak dapat duit raya?ade cecah rm100+++?he3

sabir said...

lawa gambar raya..nk duit raya..gamabar mcm same je...

aunieZ said...

AIZAT - best makan tapi kalau setiap rumah hidang bnda sama da jadi x best huhu. duet rya? alhamdulillah rezki murah he

SABIR - tq 4 pujian ;) nk duit rya dtg la umh he aah kn mcm sma je gmbr beraur rmi2 pnye gmbr huhu

sabir said...

KENAPA X UPDATE BLOG

Google