Wednesday, October 07, 2009

Majlis Anugerah FITS & Kem Kecemerlangan Akademik

pernah tak berangan nak jadi pelakon, artis, penyanyi? haha aku pernah..aku nak jadi artis? harapan la..tak de sape nak jadi peminat aku.jadi artis @ pelakon @ penyanyi memang cepat glamour macam si fahrin..


sumber gambar : Mr Google

oops bukan fahrin ahmad..tapi nama hero dalam sketsa etika kami semasa majlis anugerah dekan fakulti informatik, 1 Oktober 2009.kali ni FITS tak handle lagi.alhamdulillah la En Suhailan tak bagi kami handle MAD tu sebab masa tu sangatlah sibuk, dengan assignment web programming yang buat kali pertama saya tak tidur malam sebab semangat nak siapkan padahal tak siap jugak, sketsa untuk subjek etika dan test

saya suka php lebih dari C *wink*

untuk subjek etika, komunikasi dan perancangan strategik, kami diberi tugas oleh Dr Fadhilah Ahmad untuk mempersembahkan satu sketsa berkaitan etika semasa MAD.dah lama sebenarnya tugas ni dah diberikan tapi seminggu sebelum persembahan baru semua pelakon memberi komitmen.dan alhamdulillah hasilnya sangat memberangsangkan walaupun pada mulanya kecelaruan di bahagian teknikal.biasa lah tu

nak tahu sketsa pasal apa? sebenarnya lebih kepada pantomen.tajuknya etika dan kehidupan. director : mawardi, penolong director : haziqah *wink wink *, penulis skrip : Aizat Arif. nak pilih pelakon utama @ hero buka main susah.mula2 aku cadangkan nama bedi, tapi bedi tak nak..last2 budak laki buat undian dan salehen aka adek terpilih sebagai watak utama menjadi fahrin,heroin = alang sebagai scha :)

plot : fahrin ni pelajar bijok , ramai perempuan minat, then one day, database udm kena hack, fahrin jadi penyelamat. fahrin dan scha jatuh cinta dan akhirnya berkahwin.disebabkan kesempitan wang pada masa hadapan, fahrin telah meminjam wang daripada ah long. tapi kemudian ah long bertindak ganas dan fahrin telah serik. tapi dia telah gunakan cara lain pula untuk mendapatkan wang iaitu dengan mencuri wang bank sebanyak RM 0.02 dari setiap customer bank.sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.fahrin ditangkap oleh pihak berkuasa

tahniah kepada semua pelakon yang menjayakannya secara langsung dan tak langsung.tahniah kepada mawardi yang mantap jadi pondan sally, aizat penulis skrip yang boleh buat macam2 suara : budak kecik, suara ah long etc, bedi bersuara macho sampai mencairkan hati semua gadis dalam DKU yang menjadi suara untuk fahrin, lili dan kayla; adek dan alang yang layak menang pelakon terbaik, izzah, kak huda, angah, ejah, syu, eda, lian; maj dan naj jadi adik beradik kembar yang comel,ajib; faris yang jadi bidan terjun menggantikan fadhil jadi en niki,shah, megat, wafi dan hafiz yang gedik jadi suara polis :D sangat happy sebab TNC pun enjoy dengan persembahan kami,apatah lagi student2 lain.memang tak kering gusi


sesi nyanyi lagu raya bersama mentor


p/s: adek semakin famous sekarang ni dengan nama fahrin :)

kem kecemerlangan Akademik

ini kali kedua, saya menjadi fasilitator untuk kem motivasi.kali ini saya pergi ke bachok pula apabila diajak oleh Evi Lolita untuk menjadi fasi kepada adik2 dari sebuah sekolah agama di Besut.

malam pertama : icebreaking. malam berkenal-kenalan antar fasi dengan pelajar, dan pelajar dengan pelajar. apa perasaan anda bila diminta mencium dahi orang yang anda tak kenali adalah antara aktiviti semasa ice breaking itu.ice breaking memang sangt penting dalam setiap permulaan programa dengan orang yang tak dikenali dan dengan cara itu juga kita semakin mudah mesra dengan orang yang kita tak kenal.kalau dengan orang yang kita tak kenal atau tak rapat, memang susah mula2 nak bercakap, apatah lagi nak bersentuh ( antara sama jantina ye).kata orang , tak kenal maka tak cinta.aku dah pernah jugak merasa ice breaking seperti ini ketika KARNIAWAN @ UUM

next morning : qiamullai. saya tak pasti adakah saya betul2 qiam pada masa itu sebab ain kata masa tengah berzikir, saya sangat khusyuk sampai tersengguk2 dan tersenyum.tah2 tengah mimpi hoho memang tak cukup tidur, lagi2 malam sebelumnya memang tak tidur


pagi itu pula, kami ditugaskan memberi dan berkongsi tips2 belajar secara cemerlang dalam LDK yang pertama. saya dapat adik2 dari group tingkatan 6 atas. abe ji, ketua fasi bagi saya jaga budak2 ni sebab dia kata saya berpengalaman menjadi student STPM.betul apa yang abang ji kata sebab saya boleh kongsi dengan adik2 tentang subjek pengajian am.adik2 saya ni gege, jadi saya pun boleh jadi gege juga. sangat kagum dengan adik2 ni sebab mereka memang bijak2 belaka apabila mendengar bagaimana cara mereka belajar.hoho segan sangat dengan merekaf


next aktiviti ceramah dari En Izani, makan tengahari yang sangat sedap, tazkirah jumaat oleh saudari Akma yang sangat cantik lagi sweet.



petang pula aktiviti yang memerlukan seorang itu menjadi kreatif, susun kadbod yang pelbagi bentuk menjadi bentuk2 yang ditetapkan.memang menguji minda sebab saya pun tak reti2 lagi nak buat bentuk yang susah2 tu. macam biasa, pelajar2 lelaki memang dilahirkan mempunyai otak yang sangat kreatif berbanding perempuan


petang pula sesi riadah. tiba2 sebelum riadah di pantai, dapat sms dr TTM
"TTM pegi kuantan dengan remy ishak, fasha sandha, nora danish, erra fazira" - bukan nama sebenar

mula2 dapat sms tu, rasa macam biasa.tapi bila dah berada di pantai, satu perasaan macam apa yang saya tulis dalam facebook tu mula muncul.kat pantai, mula2 kami main radio buruk.next game : buat bulatan dan membelit2 tangan sampai dapat jadi dua bulatan.percubaan pertama oleh fasi2 perempuan : berjaya ! kali kedua : gagal huhu


masa dinner pula, nasi goreng yang sangat enak menjadi tak menyelerakan lagi sebab saya kenyang makan angin di pantai, eh bukan makan hati. banyak hati yang sangat sedap dijumpai di pantai sampai saya kekenyangan memakannya

lepas maghrib dan isyak, sementara menunggu pelajar2 lain solat, terpandang bulan mengambang yang sangat cantik.serta merta mulut menyanyi lagu yang sangat sesuai untuk diri saya pada masa itu, Yuna - Dan Sebenarnya

Oh bulan enggan melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku

Pabila kau bersama yang lain

Ku enggan pura-pura ku bahagia
Ku enggan
melihat kau bersama si dia
Oo ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain


macama kebanyakan kem motivasi, sesi menangis2 itu wajib. untuk menyedarkan kita dari leka dan lupa, untuk kita berfikir dan muhasabah kesilapan kita.untuk kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

point menarik dari abe ji: seorang pelajar seharusnya menghormati dan menyayangi TIGA :
Tuhan
Ibubapa
Guru
Ashabi @ sahabat
"seorang sahabat sentiasa mendoakan kebahagiaan sahabatnya walaupun dia terpaksa berkorban dan berduka demi sahabatnya yang tercinta asalkan sahabatnya itu gembira"
saat perpisahan dengan adik2 memang mengharukan.walaupun baru sebentar je mengenali mereka, tapi kemesraan yang terjalin sangat menusuk kalbu.akak doakan adik2 berjaya dengan cemerlang dalam STPM tak lama lagi dan dapat melanjutkan pelajaran di universiti impian masing2.
"akak boleh pehe tak kami kecek kelate"


3 comments:

[Fadilah Diyana] said...

ala,haziqah kan dah jadi anak terengganu sure faham loghat kelantan...kita pun faham....ehehehe...meriahnyer life awk kat udm...bape sem lagi tinggal ye???ada praktikal ke???

haziQah said...

owh phm je loghat kelate..sbb rmi kwn org klntn dr trganu skang ni hehe

meriah ke? ok la..alhmdulillah..lagi 3 sem..tapi final sem prcatikal :)

you know who... said...

F** no..

Google