Sunday, October 11, 2009

Projek Khidmat Masyarakat di Kampung Gong Baru, Gong Tok Nasek , Kuala Terengganu

kemalasan sungguh tak terhingga bila kena pergi projek khidmat masyarakat selama 3 hari 2 malam. sebab malas : banyak gila assignment yang harus disubmit menjelang final exam tak lama lagi.lagi dekat final exam, lagi banyak pula assignment dan projek yang kena buat.bila masa pulak nak belajar?



projek kehidmat masyarakat kali ni diadakan di Kampung Gong Baru, Gong Tok Nasek , Kuala Terengganu. pakej 3 hari 2 malam bersama keluarga angkat dan bermasyarakat


alhamdulillah aku ditempatkan bersama ejah, so tiada masalah lagi hoho dan juga bersama kak su dakwah.baru perasan, sebelum ni dah pernah pergi program bersama kak su iaitu program PERKIM ke HSNZ.kami ditempatkan bersama keluarga Encik Ismail Awang. beliau yang kami panggil 'abah', seorang peniaga memproses ayam daging @ bandar. jadi sepanjang duk rumah keluarga angkat dapat la makan ayam sokmo. abah ada seorang isteri (of couse ar kan) dan 5 orang anak.beliau juga seorang AJK kampung yang sangat semangat buat kerja dan join program kemasyarakatan kampung, orang kuat la boleh dikatakan


program yang diberi nama " Program Tautan Mahabbah Kasih Sayang" tak banyak beza dengan program anak angkat yang lain. tapi kawasan kampung itu sangat best la sebab dekat dengan parit yang selalunya dijadikan tempat pertandingan memancing

#mula2 aku cadang projek ni buat kat luar terengganu.tapi betul kata en pa, kalau buat jauh2 hubungan ukhwah tu akan terputus sebab susah nak melawat balik keluarga angkat kita.tapi now dah ada keluarga angkat yang dekat sini je boleh la pergi melawat :D



#satu aktiviti yang lain dari yang lain, kejutan hari jadi untuk peserta yang lahir pada bulan itu.mula2 diorang kenakan dulu, ragging dulu, kata peserta2 tersebut ada buat salah.berdebar jugak la mereka itu. tapi selepas itu kek hari jadi dikeluarkan dan ceria la kembali majlis tersebut


# aku masuk sukaneka..tapi..sob2 macam biasa, tak menang pun. ambil caburan bertuah pun tak bertuah juga walaupun berkawan baik dengan Ong :p


#gotong royong membersihkan kawasan semak samun.eceh macam kuat je angkat dahan2 pokok tu

# ada jamuan raya.jadi tak terasa sangat tak dapat pergi jamuan raya UDM.tapi aku tak makan pun di jamuan itu sebab kenyang yang amat makan breakfast macam2.tapi dapat rasa gak seketul daging gulai kawah.sedap tapi tak larat nak masuk dalam perut ku lagi.dengar kata, lauk gulai di jamuan raya UDM habis cepat tak sampai sejam disebabkan ada orang yang mengambil melebihi had yang ditetapkan.satu sifat orang Malaysia yang tak senonoh bila ada makan free.tak pikir orang belakang

# pergi program keluarga angkat ni memang boleh menggemukkan badan.pagi petang siang malam, makan nasi.kalau biasa makan nasi satu senduk satu kali sehari, kat sana boleh pulak 3 pinggan 3 kali sehari.adeh balik UDM puasa la

#pulang ke UDM, berry banyak kali..aduh sakit perut :p


2 comments:

tEHa said...

hai k.iqa..assalamualaikum.
lame xdgr kaba..
g dok umah angkat ekk??
best..bestt..

aunieZ said...

TEHA - wslm..aah g umh kluarga angkat..nt msuk ar koko ni hehe

Google