Friday, August 12, 2011

Solat Tarawih - Maksud, Tujuan dan Sejarah

Siapa yang merapatkan saf, maka Allah akan menghubungkan rahmatNya
Siapa yang memutuskan saf, Maka Allah akan putuskan rahmatnya
Siapa yang melambat2kan merapatkan saf, maka Allah akan hilangkan rezekinya
Dengar dari imam surau Al-Ittihaddiyah Seksyen 9 Shah Alam

"Dari Abi Syajarah, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Luruskanlah oleh kamu saf-saf dan sejajarkanlah di antara bahu-bahu kamu, tutupi celah-celah dan berlaku lembutlah ketika memegang tangan saudaramu (waktu merapatkan saf-saf) dan janganlah kamu biarkan celah-celah yang kosong itu untuk syaitan. Barang siapa menghubungkan saf, maka Allah menghubungkannya dengan rahmat-Nya dan barang siapa yang memutuskan saf-saf, maka Allah memutuskannya daripada rahmat dan pertolongan-Nya." (Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Tak faham kenapa orang selalu biarkan ada ruang kosong antara saf dan sampai solat pun masih terlompang lagi..geram je rasa. Ajak rapatkan pun masih buat tak tahu

By the way, rakan2 yang pergi solat tarawih, tahu tak apa maksud tarawih? Kita buat je tarawih, tapi kita tak tahu apa maksud dia, sejarahnya nya, kenapa kita buat. Jom baca sikit maksud solat tarawih, tujuan dan sejarahnya. Diambil dari sini

Definisi Tarawih ialah bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirehat. Manakala Solat Tarawih bererti solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.

Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Aishah r.a. meriwayatkan: Rasulullah s.a.w. solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?

Baginda menjawab: Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?

Rasulullah s.a.w. pada mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di Masjid Nabawi dengan berjemaah. Pada malam yang keduanya, baginda dapati sambutan begitu ramai dari para sahabat, sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak menganggaap solat Tarawih itu sebagai wajib.

Ternyata benar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih berjamaah bersama Rasulullah s.a.w. Tetapi baginda tidak mahu hadir, kerana bimbang umat Islam akan menganggap ibadat solat itu sebagai wajib, bukan kerana tidak mahu berjemaah.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab, beliau merasa tidak senang hati melihat umat Islam berkelompok-kelompok di sana sini di dalam Masjid Nabawi mendirikan solat sunat Tarawih. Beliau lalu berusaha menyatukan mereka supaya mendirikan solat sunat Tarawih itu dalam satu sahaja jamaah yang lebih besar dan bersatu, dengan diimamkan oleh seorang yang baik bacaannya.

Perubahan yang dibawa oleh Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab itu tidak mendatangkan anggapan bahawa solat Tarawih itu sebagai wajib. Demikian juga bilangan rakaat dari lapan rakaat menjadi dua puluh rakaat tidak dianggap memberatkan mereka. Ini disebabkan pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar itu, keadaan keilmuan agama telah semakin luas dan mendalam, dan suasana mayarakat umat Islam telah stabil. Mereka telah cukup memahami bahawa solat Tarawih itu hukumnya sunat muakkad (sunat yang dikuatkan), bukan fardhu atau wajib. Demikian juga mereka mengamalkan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat memandangkan faedah dan kelebihan pahalanya yang amat besar.

Tapi kadang2 tarawih ni tak dapat bersenang-lenang mana kalau buat kat surau2 dan masjid2. Cepat je dah habis..

By the way, kat surau or masjid korang ada moreh tak?

Selamat bertarawih , beribadat berganda2 di bulan Ramadhan yang mulia ini


4 comments:

Ihsan Arifin said...

moreh moreh moreh ;)

Wan Azri said...

Assalm wbt. Ingin hamba tahu juga tahun ke bila kah cerita di atas.. yg nabi bimbang jemaah makin ramai.. bagaimana pula ketuka nabi di mekah.. bab jemaah ramai tu..

Wan Azri said...

Assalm wbt. Ingin hamba tahu juga tahun ke bila kah cerita di atas.. yg nabi bimbang jemaah makin ramai.. bagaimana pula ketuka nabi di mekah.. bab jemaah ramai tu..

Wan Azri said...

Assalm wbt. Ingin hamba tahu juga tahun ke bila kah cerita di atas.. yg nabi bimbang jemaah makin ramai.. bagaimana pula ketika nabi di mekah.. bab jemaah ramai tu..

Google