Friday, August 26, 2011

Kad Raya Versi Android

Tahun ni tak sempat nak beli kad satu pun kad raya walaupun memang teringin nak pos kad raya kat kawan2. Kad raya pun hanya dapat satu je dari bff yang tulis kad raya depan depan masa kitorang pergi berbuka puasa hari itu. Terkilan rasa tapi takpe la sejak ada teknologi yang semakin pesat berkembang kini, kita gunakan teknologi sebaiknya

Tahun ni memang takde idea nak design kad raya. Pikir punya pikir, walaupun tak sempat nak pikir sangat sebab konon2 busy dengan kerja je, akhirnya idea mengdesign pun muncul. Ting ! ( keluar mentol lampu)


Kan aku kata, gunakan teknologi sebaiknya, jadi kita ciptakan kad raya tahun ini menggunakan application Android , Androidify bersama Adobe Photoshop. Dan terhasillah kad raya versi Android, yang dinamakan Mek Droid. Comel sangat android ni boleh customize. Dan android memang la sangat comel. Aku punya wallpaper Google chrome sekarang pun Android





Maka petang dan malam ini, berduyun2 la orang pulang ke kampung. Tahun ni macam biasa, raya kat KL di hari raya pertama bersama keluarga belah abah di Ampang. Jalan di KL pasti la lenggang kangkung. Eh ye ke? Rasa macam tak je sebab ramai dah tak balik kampung juga

Tahun ni kena bagi duit raya. Siapa nak duit raya, jemputlah datang ke rumah

Apa makanan wajib untuk korang di hari raya pertama? Aku : ketupat nasi, kari ayam dan kuah lodeh. Pelik? Agak la tapi tanpa makanan2 ni rasa tak lengkap raya pertama. Rendang? Tak penting sangat, tapi kalau ada pun best juga. Tapi rendang ayam terbaik tentulah hanya rendang ayam mak saya buat

Selamat pulang ke kampong, berhati2 ketika memandu, ingat banyak speed trap kalau nak bawa laju
Selamat hari raya, saya tak dapat duit raya da

Walaupun dah nak raya, jangan lupa kita masih di dalam bulan ramadhan. Kumpulkan pahala berganda2 sebelum berkahirnya bulan yang mulia ini

Minta maaf jika ada terlanjur perkataan, terkasar bahasa, gurauan yang menyakitkan hati, sindiran yang menusuk kalbu, mohon ampun dan maaf sangat2 :(

Hari raya keempat saya sudah bekerja. Harap maklum. Takpe boleh sambung raya kelima. Yehh !



5 comments:

Anonymous said...

Eh Aunie, bapak ko tak bace ke ko punya blogging yang karut marut ni?
Ini dah kira goblok, bukan blogging................lollllllllllllllllllllllllll

aunieZ said...

ahha ye ke goblok dan karut marut? tang mne yg karut marut nye? ce cite..ce cite

bloghok said...

wachaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

bloghok said...

wachaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

Auniez. Gua cakap lu, lu citer la yang berpeedah sikit dalam blog lu ni. Idea kena kreatif sikitlah dongggggg

Google