Monday, August 22, 2011

Day 2 — Your favorite movie

Saya jarang tengok movie. Kalau amik movie dari kawan, tunggu dan peram je la movie tu dalam hard disk sampai sepurnama baru la dapat menontonnya. Internet is my priority :p

Filem melayu kegemaran ialah filem terhot tahun ni ....jatuh kepada…. jeng jeng jeng

Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) atau dalam bahasa omputihnya, kak limah’s ghost goes home LOL

Kenapa cerita jadi filem kegemaranku ? sebab setiap ayat dalam cerita ni boleh jadi modal untuk semua orang. Kau bayangkan dari ayat pertama cerita ni sampai ayat akhir ada fanpage dalam facebook. Lepas tu boleh la orang bermain tulisan biru dalam Facebook macam ni.

Siapa yang masih belum menonton cerita ni memang rugi la. Sebab kalau kau ni penakot yang amat dengan cerita hantu, memang cerita ni tak takut langsung. Lawak banyak.

Tapi amaran untuk siapa yang belum menonton cerita ini, loghat perak dalam filem mini amat pekat, jadi buat research sikit pasal loghat perak

Loghat perak :
Awak = saya
Mika = awak

Ayat-ayat berhantu dalam HKLBR


Kite bakor jer
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Kalau bisa aku cerita'in, pasti kalian tidak akan percaya
Nampak Beno Nipunye
Soley-soley
Eee budak ni, aku cepuk kang
Sabor Je Lah
Uwww perisa blueberry, my favourite
Ape, orang nak amik roti kelapa jer
Takde sivik punye orang, budaya kita wajah kita tau
Bala-bala
Perhhh!! bau telor
Ini kaki tengok DVD ni
Heyy hantu jahat!! nyah kau dari sini
Abang dah boleh beli evo, shiiuuu


Movie omputih saya suka pula adalah Fast and Furious. Pergh..aksi2 dalam tu buat aku cair..even dorang actually macam jahat kan tapi actually dorang baik je macam Dominic or Dom lakonan Vin Diesel. Even selalu curi2 tapi dia abang yang baik, boyfriend yang penyayang, kawan yang setia, masa makan baca doa lagi kehkeh

Yang pasti aksi drift dan pecut memang sangat best. Boleh apply masa drive kereta nanti


3 comments:

Razil Tahir said...

ske jugak movie nie!!!!
best giler...
tengok kat cinema 2kali kot..huhu

Majz said...

"eeee panjangnya kopekkkkkk!!"

trademark paling lawak awk lupa..haih -.-"

aunieZ said...

razil : wah smpai 2 kali g tgk..
maj : itu trademark awk..bln pose x ssuai ltak lol :p

Google