Monday, July 27, 2009

cantik menarik tertarik, belum tentu da bomb!


yeh..dapat satu lagi hadiah hari jadi yang comel dari adik saya, ima yang comel juga.er..bila pula dia jadi adik saya...tu adik orang lain he terima kasih banyak ima.memang da jadi panadol akak sebab warna pink heee owh macam best je bilik saya ada perhiasan yang menarik hoho

mari bincang isu di UDM yang agak serius.selama ini hanya cerita pasal program je.masalah kat UDM ni bukan setakat masalah kebajikan tapi masalah imej UDM juga harus dijaga.kenapa saya ni busy body sangat? orang yang tak busy body la orang yang tak cakna dan tak sayang UDM sebenarnya.kalau dia sayang UDM, mesti dia kisah jika ada benda2 tak elok berlaku di UDM ini

ok sekarang ni mahasiswa/i baru di UDM semakin berani.berani apa? berani bercakap bagus juga bleh masuk public speaking atau debat kolej kediaman 'C' .tapi ini berani lain.sudah berani tidak mematuhi etika pemakaian UDM.di UDM,mahasiswi dikehendaki memakai baju kurung, jubah atau apa2 pakaian yang formal untuk ke kuliah.di UDM masih mementingkan pakaian formal untuk ke kelas.begitu juga mahasiswa ,tapi diberi kelonggaran tapi kena pakai baju berkolar.even nak masuk library pun kena pakai formal lagi2 yang perempuan, kalau tak memang kena halau la

ada satu hari mulia, saya mendapat rungutan dari seorang sahabat tentang pemakaian seorang mahasiswi baru ke kelas.si mahasiswi baru yang dikatakan dulu belajar di politeknik itu memakai baju yang pendek dan seluar ke kelas.satu fenomena baru di UDM!

saya bukanlah seorang MPP UDM yang mempunyai kuasa dan pengaruh besar, saya juga bukanlah mak guard yang boleh saman pelajar yang tidak mematuhi arahan di UDM, saya bukan juga mahasiswi FKI yang tudungnya labuh dan menutup aurat dengan sempurna.tapi saya hanyalah seorang mahasiswi yang khilaf lagi hina yang kadang2 menutup aurat pun tak betul lagi.

fenomena baru yang berlaku di UDM itu menyebabkan saya takut ia akan menular di kalangan mahasiswi yang lain.mahasiswi baru tersebut bukannya tak de baju kurung rasanya tapi saja tak mahu pakai.ye la , dulu di tempat dia belajar boleh pakai sedemikian rupa.tapi bila masuk sini mahu meneruskan pemakaian begitu rasanya tidak sesuai.bak pepatah, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau , mengaum,masuk kandang kucing mengiau, eh sejak bila kucing duk kandang,tak de ya kandang kucing

kalau betul la nak jangok atau bergaya, masih boleh je bergaya dan jangok dengan memakai baju kurung.tengok sahaja mahasiswi dari diploma undang2 memang bergaya gila lah dengan kasut tumit tinggi merah lagi tapi masih ayu berbaju kurung. walaupun anda free hair di luar atau memang sudah biasa pakai baju 'adik' anda yang kecik tu kat luar tapi tolonglah hormatilah etika pemakaian UDM lagi2 bila ke kelas.kesian kat ustaz2 dan muslimat yang bila tertengok gadis2 cantik dengan badan mengghiurkan lalu lalang depan mereka dengan mudah saja akan jadi bahan umpatan.kadang2 kami yang perempuan ini pun malu dengan mereka2 yang pakai seksi sangat macam kami pula yang pakai seksi.kalau kat luar, anda yang perempuan ni nak pakai bikini sekali pun di tepi pantai saya tak kisah

pesanan saya yang tak berapa baik sangat ni, kalau anda terlihat kawan2 anda atau bukan kawan anda sekali pun yang membuat perkara yang tak sedap mata memandang di UDM yang disayangi ini tolonglah tegur mereka secara lembut.walaupun anda tak baik sekalipun , tapi demi menjaga nama baik UDM nasihatilah saudara2 seIslam anda..tak perlu mengharapkan orang lain,janganlah kita mahu berada di tahap selemah-lemah iman sampai bila2 iaitu hanya membenci di dalam hati, cuba2lah tingkatkan iman kita ke tahap yang lebih tinggi.sampaikanlah walaupun satu perkataan

oh satu lagi fenomena baru di UDM, lelaki dan perempuan menaiki motorsikal yang sama.adeh..tak lama lagi UDM ni jadi macam UMT da kot

saya memang busy body.nak wat camana..kalau tak puas hati jom jumpa! kalau saya salah, tegur lah saya juga ok.saya pun bukan angel yang sentiasa mengikut arahan juga


10 comments:

pieyaris said...

fenomena yg biasa semenjak menjadi UDM...kalo zaman KUSZA dulu xdok la mende2 yg luar biasa gni...sangat sayang nilai2 yang diterpkan oleh KUsza sdh jauh menghilang....huhuhu...

sabir said...

YE LA NK BT MCM MANA....KDAAN DAH BERUBAH LA...TP NK BUAT MCM MN KITA XDA KUASA KN TP XPE...ORANG YANG BUAT DASAR KENA TANGGUNG DOSA KN...LAWA GAMBAR ATAS SEKALI

sabir said...

BIASA LA XDA KUASA SEMUA XJADI...JADI SIAPA YANG ADA KUASA KENA LA UBAH BENDA MCM NI....AUNI KN PM JADI KENA LA UBAH HE....LAWA GAMBAR ATAS TU

aunieZ said...

PIEYA - hilangnya nilai2 di KUSZA bila KUSZA hilang namanya

SABIR - semua pun da berubah n susah nk ubah kalau pemerintah tak tegas..ala PM apa la sangat boleh buat..berkuasa masa minggu orientasi je he ..he tq gmbr yg lawa ke bnda yang lawa? hee

Anonymous said...

salam..lama dah x komen..cuma satu jer yg kami rasa keseorangan..if we want to create a good environment(islamic culture) what a phrase 'we' stand for..kita ada 69 buah persatuan dan kepimpinan (kuasa siswa).ada pihak pengurusan,pihak akademik... budaya islam,budaya membaca,menghormati,budaya ilmu..kita xmampu lakukan klu menunding sesama kita..'kita' ada kuasa..'kita'mampu mengubahnya...

http://mujahidanbu.blogspot.com

aunieZ said...

MUJAHID ANBU - bukan semua 'kami' juga berpikiran sama macam kita, semua juga harus main peranan untuk ubah,memang betul dan amat payah bila kita hanya minoriti tapi itu tak mustahil, yang penting pemimpin yang berkuasa harus menggunakan kuasa sebaiknya untuk bertindak dahulu dan membetulkan anak buahnya sebelum terlambat

amin poh said...

oi k.iqa..meriah entry besdaey ko..ahakz. jgn lupe aku bile pki sepit rmbut tu n heppi 22nd again! ;) (btol ke ko baik?? ishh x caye aku)

aunieZ said...

haha msti la meriah.. he

isy mne de aku kata aku baik..ko silap bca tu huhu

A d'Z said...

karut la bdk2 br @ UDM ni...

aunieZ said...

A d'z - mmg mngarut pun

Google