Sunday, July 05, 2009

Baktisiswa UDM 2009 di Dun Sura, Dungun, Terengganu

sebelum menjadi seorang pembantu mahasiswa yang garang tapi sporting, semua pembantu mahasiwa (PM) UDM dikehendaki menjalani program baktisiswa.program tersebut telah dijalankan di Dun Sura, Dungun Terengganu

program baktisiswa ni adalah program untuk siswa-siswi berbakti untuk masyarakat kampung.kami telah ditempatkan di rumah keluarga angkat di sekitar kampung tanjung pagar, kampung lembah, kampung sungai buaya dan kampung padang jambu.

kenapa lah saya suka membuat ayat skema di permulaan ayat?


long, yaya, adila, haziqah, ema

masa mula2 hendak diserahkan kepada keluarga angkat, wah berdegap degup jantungku.selama ini hanya dijaga oleh mak sendiri tiba2 mahu diserahkan kepada mak orang lain..mana tak berdebar.saya ditempatkan bersama rozana bersama keluarga angkat di kampung lembah.alhamdulillah duduk berdua,kalau duduk sorang2 confirm lagi scary.Allah tahu saya tak mampu nak duduk sorang je

hari pertama adalah hari beramah mesra bersama keluarga angkat sampai lah ke malam.rumah keluarga angkat saya hanya lah rumah kos rendah PPRT sahaja tapi cantik juga dan selesa diduduki.ibu angkat saya tinggal mempunyai 6 orang anak tapi tinggal di rumah itu bersama seorang anak dan mak dia.maknanya kat rumah tu ada nenek.yeh..saya da tak de nenek jadi saya sangat gembira dapat nenek angkat di sana


hari kedua pula,pagi-pagi lagi kami ke sekolah kebangsaan kuala dungun untuk sesi menjadi fasilitator untuk murid darjah 6.kami dikehendaki membantu murid2 darjah 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR dalam subjek english dan matematik.program ini diharap dapat membantu meningkatkan pemahaman dan minat bakal calon2 UPSR

susah rupanya tugas mengajar ini.sangat letih.walaupun begitu kami semua tetap bersemangat mengajar sampai lelah2.tak puas hati selagi tak dapat menolong adik2 menjawab soalan dengan betul.dan rasa seronok sangat kerana dapat berkongsi ilmu dengan mereka.

tapi rasa sedih juga kerana meninggalkan mereka dengan sikit sahaja ilmu yang dapat dicurahkan kepada mereka.mereka hanyalah murid2 luar bandar. ada yang kurang minat belajar.ada juga yang masih tak tahu baca dan menulis.ada yang pandai menulis tetapi menulis mengikut loghat Terengganu.kesian kepada adik2 yang bakal mengambil UPSR itu terutamanya dalam subjek bahasa inggeris kerana banyak sangat vocabulary yang mereka tak paham

tapi ada je yang pandai dan semangat hendak belajar.yang pandai memang ada harapan mendapat 5A tapi yang kurang bijak masih tergapai2 mencari bintang yang kelam sinarannya di langit yang gelap

petang itu pula ade sesi latihan persembahan untuk malam kebudayaan.macam2 idea keluar.lagi2 si zaim..pandai cakap ..buat tu..buat ni la..dan nabil juga sama je kepala dengan zaim.tapi merekalah yang menceriakan kumpulan kami


selepas asar, kami berkumpul di masjid padang jambu.untuk sesi gotong royong membersihkan masjid padang jambu.aku ditugaskan membersihkan bilik air dan bilik wudhuk yang bersih juga sebenarnya.suka sangat melihat sahabat2 bergotong royong dan bersemangat membersihkan dan menceriakan masjid padang jambu.

malam pula ada forum keluarga bahagia.moderator : ustaz rusdi, ahli panel : ustaz azhar, ustaz polis tak ingat nama dan khairul azwad.banyak input yang aku dapat malam itu walaupun kehadiran penduduk kampung agak mengecewakan sedangkan cuaca cerah pada malam itu.tapi syabas diucapakan kepada saudara azwad kerana bagi aku dia lah ahli panel terbaik pada malam itu walaupun beliau yang paling muda antara semua ahli panel itu


next day , aktiviti yang paling menarik iaitu kami belajar membuat keropok lekor, otak2 dan pais.kami buat daripada step yang pertama sehinggalah boleh dimakan.mula dari menyiang ikan dan memisahkan tulang dari isinya, menumbuk sehingga lumat isi ikan,menggaul dengan tepung dan menguli sehingga macam keropok lekor.dan meggoreng atau merebus keropok lekor kemudian sampai sedap dimakan walaupun rasa masin.haha first time makan keropok lekor masin.


tapi pais sedap sangat lagi2 bila sorang satu dapat ikan seketul sorang.yummy memang sedap daripada otak2


sesi motivasi bersama murid2 darjah 6 yang kami jumpa semalam pula di sekolah mereka sekali lagi.motivasi untuk meningkatkan semangat mereka sambil mengenang jasa ibubapa mereka yang selama ini bersusah payah membesarkan dan menyekolahkan mereka.sesi menangis-nangis sampai fasi pun menangis juga hoho

sukan rakyat dijalankan pada waktu petang dan habis dengan agak lewat.kemudian semua tergopoh gapah hendak balik bersiap untuk program malam pula iaitu kami dijemput makan malam di hotel milik senator Dungun dan bersedia untuk malam kebudayaan

malam kebudayaan disertai oleh penduduk kampung yang datang agak ramai dan persembahan daripada UDM sendiri.kami dibahagikan kepada 3 kumpulan.kumpulan pertama membuat persembahan puisidra = puisi + drama , kumpulan dua menyanyikan lagu ulat bulu dan kumpulan kami membuat persembahan combination of dikir barat, boria dan nasyid yang mendapat sorakan penonton sebab merepek dan lawak tapi best gila kumpulan kami punye persembahan haha.penduduk kampung mempersembahkan tarian tradisional terengganu seperti ulik mayang etc.hujan turun sangat lebat pada malam itu tapi penonton sikit pun tak berganjak.apakah tandanya itu?


hari terakhir kami di baktisisiswa dun Sura Terengganu, kami bergotong royong menyediakan lauk untuk makan tengahari dan seekor lembu dikorbankan untuk dibuat gulai.semua peserta baktisiswa sangat bersemangat bergotong-royong menyediakan makan tengahari, membasuh daging sampai busuk2 badan, berebut2 memotong sayur dan daging, mengacau gulai


paling seronok kami dijamu dengan buah-buahan tempatan seperti maggis, rambutan, durian dan tembikai.seronok sangat makan beramai2

setiap pertemuan ada perpisahan, masa untuk anak angkat diserahkan kembali memang terasa hiba dan syahdu.kebanyakan ibubapa angkat menangis untuk melepaskan anak angkat kembali.begitu juga dengan ibu angkat aku.sedih rasanya meninggalkan mereka yang melayan kami dengan begitu baik tapi cuma didera makan sampai kenyang sangat hoho

banyak yang kami pelajari semasa program baktisiswa ini.tapi yang paling penting semangat bermasyarakat dapat diterapkan dalam setiap peserta baktisiswa.

tapi yang paling terkesan dalam diri saya, saya semakin lebih menghargai ibuku dan rindu sangat kepdanya..mak ...long rindu mak la !!!


10 comments:

Anonymous said...

salam
im 1st man komen kat sini
hahhahaha

Anonymous said...

x nmpk kt kiosk pon cian kitaorg....

Iemochi Arihyoshi said...

tahniah impian menjadi pembantu mahasiswa tercapai, hehe

Unknown said...

eee mcmana nk jd PM ek..? apa prosedur2nyerr

aunieZ said...

ANONYMOUS - hoho ada je dtg kiosk ;p

HARIS - Ahha thnks

VICIOUS VON - nt sy cte ek cmne nk jd..he

Nabil Norhalim said...

huhu..pengalaman yg x boleh dilupakan...thanks kepada PM semua..nape letak gmbr cmtu malunyer...tapi xpe kite bahagia...

sabir said...

o..........ambk gambar ngn sape.......xbgthu [pn.....comel2 sma gambar termasuklah tuan dian

aunieZ said...

amik gmbar yang mana..ngn adek sabir la huhuh

mutasyabiha said...

nampak cam best jer.. ni yg nak jadi pm ni..

muas said...

i love to read ur blog,.
btw, korunk mesti da pndai buat keropok kn?
waah,.

Google