Monday, January 02, 2012

Selamat tahun Baru 2012

Pejam celik, sedar tak sedar kita dah masuk ke tahun 2012. Tahun 2012 maksudnya dah umur 25 tahun, umur da matang dah hamagadd..target umur nak kahwin…Lolololo

Bak kata adik bongsu ku
“Along, along kena kahwin tahun ni..”
“Kenapa?”
“Sebab tahun ni along dah 25 tahun”
-_-‘

Macam orang lain, aku pun ada azam untuk tahun ni..tapi actually tak da azam yang exact..err..maksudnya..aku pun tak tahu apa aku nak target untuk tahun ni selain kahwin. Tapi aku akan cari setiap hari untuk buat satu kejayaan walaupun kecil bagi diri aku.

Dah 25 tahun tapi macam takde kejayaan yang boleh nak dibanggakan dan bila dibandingkan dengan kawan2 seperjuangan, jeles tengok mereka dah berjaya dan gembira dengan pencapaian masing2. So aku kena buktikan aku pun boleh berjaya walaupun orang tak nampak , aku akan rasa puas hati dengan kejayaan itu.

Yang penting? Kerjasama? Er bukan.. yang penting azam dan semangat yang kuat dan buang sifat malas. Orang berjaya mana ada yang malas..ye dop?

Selamat tahun baru 2012. Tahun lompat. Tahun kiamat? No no no..jangan percaya..dosa.. kiamat kan rahsia Allah..yang penting kita tambahkan amal dan ibdat kita untuk tahun ni..bukan azam dunia je..azam akhirat lagi lah perlu

Sumber gambar : google aje..

Dan good job kerajaan Selangor sebab penganjuran majlis sambutan tahun baru yang terbaik dan dapat mengajak muda mudi mengingati Allah di tahun baru dari duk berhuhahuha kat I-city tu..oopps..aku tak pergi pun..kurang rajin nak pergi bersesak walaupun dekat je dengan rumah..takpe youtube kan ada :)


1 comment:

EmmaSafa said...

i do plan to get married before 25...papepon, enjoy the life =)

Google